{"id":18535,"date":"2026-11-27T03:18:36","date_gmt":"2026-11-27T03:18:36","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=18535"},"modified":"2026-11-27T03:18:36","modified_gmt":"2026-11-27T03:18:36","slug":"bekas-peguam-negara-abdul-gani-patail-meninggal-dunia","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/bekas-peguam-negara-abdul-gani-patail-meninggal-dunia\/","title":{"rendered":"Bekas Peguam Negara Abdul Gani Patail meninggal dunia"},"content":{"rendered":"<p>Bekas Peguam Negara, Abdul Gani Patail meninggal dunia pada usia 71 tahun malam tadi selepas mengalami jangkitan.<\/p>\n<p>Berita pemergian Allahyarham disahkan Peguam Negara, Mohd Dusuki Mokhtar ketika dihubungi Bernama.<\/p>\n<p>\u201cAllahyarham menghembuskan nafas terakhirnya kira-kira 9 malam tadi,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Anak kedua Allahyarham, Faezul Adzra Patail turut mengesahkan bapanya meninggal dunia di Pusat Perubatan Prince Court pada 9.15 malam.<\/p>\n<p>\u201cAllahyarham meninggal dunia akibat jangkitan dan jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Presint 20, Putrajaya pagi esok,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Abdul Gani dilahirkan pada 6 Oktober 1955 di Lahad Datu, Sabah dan merupakan graduan undang-undang Universiti Malaya (UM).<\/p>\n<p>Beliau mencipta sejarah sebagai graduan universiti tempatan pertama dilantik sebagai Peguam Negara, selain menjadi individu kelapan memegang jawatan itu bermula 1 Januari 2002 hingga Julai 2015.<\/p>\n<p>Allahyarham memulakan kerjaya dalam Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan pada 1980 sebagai Timbalan Pendakwa Raya di Kota Kinabalu, Sabah.<\/p>\n<p>Sepanjang perkhidmatannya, beliau pernah memegang beberapa jawatan penting termasuk Peguam Kanan Persekutuan di Sabah, Ketua Bahagian Pendakwaan dan Pesuruhjaya Penyemak Undang-Undang.<\/p>\n<p>Antara kes berprofil tinggi yang pernah dikendalikan beliau ialah pendakwaan terhadap 30 individu berhubung insiden pencerobohan di Lahad Datu pada Februari 2013.<\/p>\n<p>Dalam kes itu, Abdul Gani mengetuai pasukan pendakwaan yang mengendalikan pertuduhan terhadap kumpulan penceroboh, termasuk kesalahan melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong.<\/p>\n<p>Pemergian Abdul Gani merupakan kehilangan seorang tokoh perundangan negara yang pernah memainkan peranan penting dalam sistem pendakwaan dan kehakiman Malaysia selama lebih tiga dekad. &#8211; Bernama<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Bekas Peguam Negara, Abdul Gani Patail meninggal dunia pada usia 71 tahun malam tadi selepas mengalami jangkitan. Berita pemergian Allahyarham disahkan Peguam Negara, Mohd Dusuki Mokhtar ketika dihubungi Bernama. \u201cAllahyarham menghembuskan nafas terakhirnya kira-kira 9 malam tadi,\u201d katanya. Anak kedua Allahyarham, Faezul Adzra Patail turut mengesahkan bapanya meninggal dunia di Pusat Perubatan Prince Court pada [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":18536,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[5811,58,2610,342],"authors":[],"class_list":["post-18535","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-abdul-gani-patail","tag-mahkamah","tag-meninggal-dunia","tag-peguam-negara"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/18535","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=18535"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/18535\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":18537,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/18535\/revisions\/18537"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/18536"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=18535"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=18535"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=18535"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=18535"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}