{"id":18546,"date":"2026-11-27T06:22:17","date_gmt":"2026-11-27T06:22:17","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=18546"},"modified":"2026-11-27T06:22:17","modified_gmt":"2026-11-27T06:22:17","slug":"enam-exco-n9-angkat-sumpah-tuanku-muhriz-ingatkan-jangan-lampaui-kuasa","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/enam-exco-n9-angkat-sumpah-tuanku-muhriz-ingatkan-jangan-lampaui-kuasa\/","title":{"rendered":"Enam Exco N9 angkat sumpah, Tuanku Muhriz ingatkan jangan lampaui kuasa"},"content":{"rendered":"<p>Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir mengingatkan enam Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) baharu supaya memahami batas tugas dan bidang kuasa masing-masing serta tidak bertindak melampaui tanggungjawab ditetapkan.<\/p>\n<p>Baginda bertitah, kemelut politik dan pentadbiran yang berlaku di negeri itu sebelum ini perlu dijadikan pengajaran supaya perkara sama tidak berulang sehingga menjejaskan keharmonian dan kestabilan kerajaan negeri.<\/p>\n<p>&#8220;Segala peristiwa dan isu tercetus baru-baru ini harus dijadikan pengajaran dan pedoman oleh semua pihak, terutamanya kamu semua sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.<\/p>\n<p>&#8220;Kamu hendaklah sentiasa memahami batas tugas dan bidang kuasa masing-masing serta tidak bertindak melampaui kuasa dan tanggungjawab yang telah ditetapkan,&#8221; titah baginda.<\/p>\n<p>Baginda bertitah demikian pada Majlis Istiadat Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan Exco baharu di Istana Besar Seri Menanti, di sini, hari ini.<\/p>\n<p>Turut berangkat, Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud, manakala Menteri Besar, Ismail Lasim turut hadir.<\/p>\n<p>Tuanku Muhriz turut mengingatkan barisan Exco supaya memberikan sepenuh perhatian kepada portfolio masing-masing serta melaksanakan amanah dengan penuh komitmen dan kebijaksanaan.<\/p>\n<p>Baginda menegaskan pelantikan sebagai Exco bukan sekadar satu penghormatan, sebaliknya membawa tanggungjawab besar kepada negeri dan rakyat.<\/p>\n<p>&#8220;Utamakan kepentingan rakyat, laksanakan tanggungjawab dengan penuh integriti dan profesionalisme, serta pastikan setiap keputusan yang dibuat berlandaskan kepentingan negeri dan kesejahteraan rakyat,&#8221; titah baginda.<\/p>\n<p>Dalam majlis sama, enam ADUN mengangkat sumpah sebagai Exco baharu bagi membentuk semula barisan pentadbiran kerajaan negeri selepas kemelut politik yang berlarutan sejak September lalu.<\/p>\n<p>Mereka terdiri daripada tiga wakil UMNO iaitu ADUN Kota, Suhaimi Aini; ADUN Jeram Padang, Mohd Zaidy Abdul Kadir dan ADUN Senaling, Mohamad Qayyum Abd Jalil.<\/p>\n<p>Tiga lagi ialah ADUN Bagan Pinang, Abdul Fatah Zakaria (PAS); ADUN Gemas, Ridzuan Ahmad (Wawasan) dan ADUN Repah, Koh Kim Swee (MCA).<\/p>\n<p>Pelantikan itu menyusul keputusan Tuanku Muhriz pada 20 September lalu membatalkan pelantikan kesemua 10 Exco kerajaan negeri berkuat kuasa serta-merta selepas mendapati mereka memungkiri sumpah jawatan melalui tindakan dan kenyataan pada 15 September.<\/p>\n<p>Keputusan berkenaan dibuat berdasarkan Perkara XXXVIII(5) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959 yang menetapkan seseorang Exco memegang jawatan selagi mendapat perkenan Yang di-Pertuan Besar.<\/p>\n<p>Tuanku Muhriz turut mendoakan Menteri Besar dan seluruh barisan Exco diberikan petunjuk, kekuatan serta kebijaksanaan dalam melaksanakan amanah demi memastikan Negeri Sembilan terus aman, makmur dan sejahtera.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir mengingatkan enam Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) baharu supaya memahami batas tugas dan bidang kuasa masing-masing serta tidak bertindak melampaui tanggungjawab ditetapkan. Baginda bertitah, kemelut politik dan pentadbiran yang berlaku di negeri itu sebelum ini perlu dijadikan pengajaran supaya perkara sama tidak berulang sehingga menjejaskan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":9462,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[2585,2580,4644,408,1154,3684,146],"authors":[],"class_list":["post-18546","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-angkat-sumpah","tag-exco","tag-ismail-lasim","tag-menteri-besar","tag-negeri-sembilan","tag-tuanku-muhriz-tuanku-munawir","tag-umno"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/18546","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=18546"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/18546\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":18547,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/18546\/revisions\/18547"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/9462"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=18546"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=18546"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=18546"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=18546"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}