{"id":18549,"date":"2026-11-27T06:25:27","date_gmt":"2026-11-27T06:25:27","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=18549"},"modified":"2026-11-27T08:42:40","modified_gmt":"2026-11-27T08:42:40","slug":"dokumen-sudah-dinyahklasifikasi-apa-lagi-hendak-disiasat-tony-pua","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/dokumen-sudah-dinyahklasifikasi-apa-lagi-hendak-disiasat-tony-pua\/","title":{"rendered":"Dokumen sudah dinyahklasifikasi, apa lagi hendak disiasat? &#8211; Tony Pua"},"content":{"rendered":"<p>Bekas Ahli Parlimen DAP, Tony Pua mempersoalkan keperluan polis menjalankan siasatan terhadap dakwaan kebocoran minit mesyuarat Lembaga Pengampunan berkaitan isu tahanan rumah Najib Razak, memandangkan dokumen berkenaan sudah dinyahklasifikasikan.<\/p>\n<p>Beliau berkata, status dokumen itu juga pernah disahkan oleh seorang menteri di Parlimen, sekali gus menimbulkan persoalan mengenai asas siasatan yang dijalankan terhadapnya.<\/p>\n<p>&#8220;Dokumen itu sudah dinyahklasifikasikan. Apa lagi yang hendak disiasat? Apakah kesalahan yang sudah dilakukan? Saya sekadar mengetengahkan apa yang berlaku seperti tercatat dalam minit mesyuarat itu,&#8221; katanya selepas selesai memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM), Bukit Aman, hari ini.<\/p>\n<p>Pua yang ditemani peguamnya, Haijan Omar berkata, beliau disoal siasat berhubung hantaran Facebook pada 18 November lalu yang memaparkan beberapa helaian minit mesyuarat berkenaan.<\/p>\n<p>Menurutnya, beliau menjelaskan kepada pegawai penyiasat bahawa hantaran itu sekadar menterjemahkan kandungan minit mesyuarat berkenaan ke dalam bahasa Inggeris.<\/p>\n<p>Beliau turut mengesahkan mengetahui dokumen itu sudah dinyahklasifikasikan selepas membuat semakan terlebih dahulu.<\/p>\n<p>Pua berkata, pegawai penyiasat turut meminta penjelasan mengenai penggunaan istilah &#8216;raja kleptokrat&#8217; dalam hantaran berkenaan, yang menurutnya merujuk kepada Najib.<\/p>\n<p>&#8220;Saya tidak menafikan itu akaun Facebook saya. Saya yang menulis dan memuat naiknya. Bagaimanapun, jika terdapat sebarang dakwaan kesalahan, saya bersedia menjawabnya di mahkamah,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Beliau memaklumkan proses rakaman percakapan berlangsung kira-kira 45 minit dan menyifatkan pegawai penyiasat memberikan layanan profesional sepanjang sesi berkenaan.<\/p>\n<p>Katanya, beliau dimaklumkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 203A Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, namun tidak diberitahu mengenai tindakan susulan.<\/p>\n<p>Dalam perkembangan sama, Pua turut mengkritik pihak tertentu dalam parti politik yang membangkitkan isu berkenaan dan meminta mereka memahami implikasi undang-undang berkaitan dokumen yang sudah dinyahklasifikasikan.<\/p>\n<p>Sebelum ini, Ketua Polis Negara, Mohd Khalid Ismail dilaporkan berkata polis menerima 55 laporan berhubung hantaran Facebook Pua yang didakwa menyentuh kandungan minit mesyuarat Lembaga Pengampunan berkaitan permohonan tahanan rumah Najib.<\/p>\n<p>Isu berkenaan mendapat perhatian selepas kandungan minit mesyuarat Lembaga Pengampunan yang dikaitkan dengan keputusan pengurangan hukuman dan denda Najib menjadi bahan perbahasan awam, khususnya berhubung pelaksanaan titah tambahan berkaitan tahanan rumah bekas Perdana Menteri itu.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Bekas Ahli Parlimen DAP, Tony Pua mempersoalkan keperluan polis menjalankan siasatan terhadap dakwaan kebocoran minit mesyuarat Lembaga Pengampunan berkaitan isu tahanan rumah Najib Razak, memandangkan dokumen berkenaan sudah dinyahklasifikasikan. Beliau berkata, status dokumen itu juga pernah disahkan oleh seorang menteri di Parlimen, sekali gus menimbulkan persoalan mengenai asas siasatan yang dijalankan terhadapnya. &#8220;Dokumen itu sudah [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":6214,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[123,63,5697,811,407,1115,1923,2756],"authors":[],"class_list":["post-18549","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-1mdb","tag-dap","tag-minit","tag-najib-razak","tag-pengampunan","tag-rumah","tag-tahanan","tag-tony-pua"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/18549","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=18549"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/18549\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":18550,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/18549\/revisions\/18550"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/6214"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=18549"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=18549"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=18549"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=18549"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}