{"id":18554,"date":"2026-11-27T08:30:22","date_gmt":"2026-11-27T08:30:22","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=18554"},"modified":"2026-11-27T08:30:22","modified_gmt":"2026-11-27T08:30:22","slug":"saman-mcmc-tidak-jejas-pelaburan-google-di-malaysia-pmx","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/saman-mcmc-tidak-jejas-pelaburan-google-di-malaysia-pmx\/","title":{"rendered":"Saman MCMC tidak jejas pelaburan Google di Malaysia: PMX"},"content":{"rendered":"<p>Kerajaan yakin tindakan undang-undang Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) terhadap Google berhubung isu kandungan dalam talian tidak akan menjejaskan pelaburan syarikat teknologi gergasi itu di Malaysia.<\/p>\n<p>Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata, beliau sudah menghubungi Presiden dan Ketua Pegawai Pelaburan Alphabet Inc., Ruth Porat bagi membincangkan perkara itu dan menerima jaminan Google akan memberikan kerjasama kepada kerajaan.<\/p>\n<p>Menurutnya, Google sedang meneliti isu dibangkitkan dan dijangka mengambil tindakan sewajarnya bagi menyelesaikan masalah berkenaan.<\/p>\n<p>\u201cSemalam saya dapat hubungi Ruth Porat sendiri dan dia menjawab akan bekerjasama menangani masalah ini (kandungan dalam talian). Jadi tidak akan menjejaskan (pelaburan Google di Malaysia) sebenarnya,\u201d katanya selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Bandar Baru Ampang, hari ini.<\/p>\n<p>Anwar berkata, antara isu utama yang menjadi perhatian kerajaan dan MCMC ialah kegiatan perjudian dalam talian yang masih berleluasa menerusi platform digital.<\/p>\n<p>Katanya, kerajaan sudah beberapa kali mengemukakan laporan kepada Google berhubung kegiatan itu, namun tindakan sewajarnya didakwa masih belum diambil walaupun aduan dibuat sejak beberapa bulan lalu.<\/p>\n<p>\u201cKadang-kadang ada kes perjudian dalam talian. Kita lapor enam bulan pun belum ambil tindakan. Tapi saya telah sampaikan juga kepada pihak Google mengenai perkara ini.<\/p>\n<p>\u201cSaya percaya pihak Google sedang meneliti dan mengambil tindakan yang wajar,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Rabu lalu, MCMC mengumumkan dua tindakan undang-undang terhadap Google dengan tuntutan ganti rugi keseluruhan berjumlah RM600 juta.<\/p>\n<p>Saman pertama membabitkan dakwaan kegagalan Google mengambil langkah sewajarnya bagi menangani kandungan memudaratkan, termasuk perjudian dalam talian dan penipuan digital.<\/p>\n<p>Saman kedua pula berkaitan penerbitan semula kandungan oleh Papagomo yang didakwa melanggar undang-undang.<\/p>\n<p>Bagi setiap saman, MCMC menuntut RM300 juta merangkumi RM100 juta ganti rugi am, RM100 juta ganti rugi teruk dan RM100 juta ganti rugi teladan.<\/p>\n<p>Tindakan itu dilihat sebagai sebahagian usaha kerajaan memperketat kawal selia platform digital serta memastikan penyedia perkhidmatan dalam talian bertanggungjawab terhadap kandungan yang disebarkan melalui platform masing-masing.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kerajaan yakin tindakan undang-undang Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) terhadap Google berhubung isu kandungan dalam talian tidak akan menjejaskan pelaburan syarikat teknologi gergasi itu di Malaysia. Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata, beliau sudah menghubungi Presiden dan Ketua Pegawai Pelaburan Alphabet Inc., Ruth Porat bagi membincangkan perkara itu dan menerima jaminan Google akan memberikan kerjasama [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":15908,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[13,2224,58,16,405,504,18,290],"authors":[],"class_list":["post-18554","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-anwar","tag-google","tag-mahkamah","tag-mcmc","tag-media-sosial","tag-pelaburan","tag-pmx","tag-saman"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/18554","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=18554"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/18554\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":18555,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/18554\/revisions\/18555"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/15908"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=18554"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=18554"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=18554"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=18554"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}