{"id":18570,"date":"2026-11-28T05:21:49","date_gmt":"2026-11-28T05:21:49","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=18570"},"modified":"2026-11-28T05:21:49","modified_gmt":"2026-11-28T05:21:49","slug":"anwar-arah-siasatan-penuh-kes-seludup-dadah-guna-pesawat-tudm","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/anwar-arah-siasatan-penuh-kes-seludup-dadah-guna-pesawat-tudm\/","title":{"rendered":"Anwar arah siasatan penuh kes seludup dadah guna pesawat TUDM"},"content":{"rendered":"<p>Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengarahkan siasatan menyeluruh dijalankan berhubung kegiatan penyeludupan dadah menggunakan aset Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), yang didakwa berlaku berulang kali sehingga membabitkan puluhan penerbangan.<\/p>\n<p>Beliau menegaskan kes berkenaan bukan perkara kecil atau kejadian terpencil kerana membabitkan penyalahgunaan aset pertahanan negara untuk aktiviti jenayah, sekali gus mencemarkan integriti pasukan keselamatan.<\/p>\n<p>Anwar berkata, kerajaan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terbabit, termasuk anggota tentera atau pegawai yang menyalahgunakan kedudukan dan kemudahan negara demi kepentingan jenayah.<\/p>\n<p>\u201cBukan sekali, berpuluh kali, 20 kali. Nak suruh kita ringankan, tutup kes itu, saya minta maaf.<\/p>\n<p>\u201cKalau begini, cari orang lain. Saya selagi diberi amanah, saya dah beritahu, kamu melakukan pengkhianatan kepada negara, rasuah, guna pesawat TUDM seludup dadah, nak marah, marahlah &#8230; saya tidak peduli, tindakan wajib diambil,\u201d katanya ketika berucap merasmikan program Yakin MADANI bertemakan &#8216;Memaknai Harapan Rakyat&#8217;, hari ini.<\/p>\n<p>Menurutnya, tindakan tegas perlu diambil bagi memastikan pihak yang terbabit tidak terlepas daripada hukuman, selain menjadi peringatan kepada semua pihak supaya tidak menyalahgunakan aset kerajaan.<\/p>\n<p>Anwar turut menegaskan isu itu bukan bertujuan untuk diperbesarkan atas kepentingan politik, sebaliknya rakyat perlu mengetahui keseriusan salah laku yang berlaku apabila aset pertahanan negara digunakan untuk kegiatan penyeludupan dadah.<\/p>\n<p>Kes berkenaan turut menimbulkan persoalan mengenai tahap kawalan keselamatan, pemantauan pergerakan aset ketenteraan serta kemungkinan wujudnya rangkaian jenayah yang mengambil kesempatan terhadap kemudahan TUDM.<\/p>\n<p>Sebelum ini, pendedahan mengenai penggunaan pesawat tentera bagi kegiatan penyeludupan dadah mencetuskan perhatian umum berikutan nilai rampasan yang dilaporkan mencecah ratusan juta ringgit.<\/p>\n<p>Hadir sama, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke; Ketua Setiausaha Negara, Shamsul Azri Abu Bakar dan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan, Awaludin Said.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengarahkan siasatan menyeluruh dijalankan berhubung kegiatan penyeludupan dadah menggunakan aset Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), yang didakwa berlaku berulang kali sehingga membabitkan puluhan penerbangan. Beliau menegaskan kes berkenaan bukan perkara kecil atau kejadian terpencil kerana membabitkan penyalahgunaan aset pertahanan negara untuk aktiviti jenayah, sekali gus mencemarkan integriti pasukan keselamatan. Anwar berkata, [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":18286,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[170,511,18,1581,23,718,1384],"authors":[],"class_list":["post-18570","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-anwar-ibrahim","tag-dadah","tag-pmx","tag-seludup","tag-siasatan","tag-tentera","tag-tudm"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/18570","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=18570"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/18570\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":18571,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/18570\/revisions\/18571"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/18286"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=18570"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=18570"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=18570"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=18570"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}