{"id":18572,"date":"2026-11-28T05:25:40","date_gmt":"2026-11-28T05:25:40","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=18572"},"modified":"2026-11-28T05:25:40","modified_gmt":"2026-11-28T05:25:40","slug":"asyraf-tegur-hiburan-konsert-di-konvokesyen-unikl-arah-semak-etika","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/asyraf-tegur-hiburan-konsert-di-konvokesyen-unikl-arah-semak-etika\/","title":{"rendered":"Asyraf tegur hiburan konsert di konvokesyen UniKL, arah semak etika"},"content":{"rendered":"<p>Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Asyraf Wajdi Dusuki mengarahkan pengurusan MARA dan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) menyemak serta menambah baik kod etika penganjuran majlis konvokesyen susulan kontroversi persembahan hiburan ala konsert yang tular di media sosial.<\/p>\n<p>Beliau menyifatkan persembahan sedemikian sebagai tidak wajar dan kurang beradab kerana majlis konvokesyen sepatutnya menjadi acara kemuncak pengiktirafan terhadap kejayaan akademik serta pemartabatan ilmu.<\/p>\n<p>Menurutnya, sebarang elemen hiburan yang diselitkan dalam majlis berkenaan perlu mengambil kira kesesuaian lagu, pakaian dan konsep persembahan agar tidak menjejaskan nilai serta imej institusi pendidikan.<\/p>\n<p>\u201cKalau pun hendak ada nyanyian dan persembahan artis jemputan di waktu sela masa rehat, pemilihan lagu, pakaian dan orientasi persembahan mestilah bersesuaian dengan majlis istiadat ini,\u201d katanya menerusi hantaran di Facebook.<\/p>\n<p>Asyraf berkata, pendidikan bukan sekadar proses mendapatkan pengetahuan dan menguasai kemahiran, sebaliknya turut berperanan membentuk adab, menyemai nilai serta membina keperibadian seseorang.<\/p>\n<p>\u201cMajlis konvokesyen adalah manifestasi ilmu dan adab yang perlu dipelihara,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau turut memaklumkan sudah memanggil Naib Canselor UniKL dan Ketua Pengarah MARA untuk membentangkan langkah penambahbaikan yang akan dilaksanakan.<\/p>\n<p>Pertemuan itu dijadual berlangsung Isnin ini bagi membincangkan tindakan susulan, termasuk penambahbaikan penganjuran majlis konvokesyen di universiti serta institusi pendidikan di bawah MARA.<\/p>\n<p>Kontroversi itu tercetus selepas beberapa rakaman persembahan hiburan sempena Konvokesyen UniKL Ke-23 tular menerusi akaun rasmi universiti berkenaan di TikTok dan Facebook.<\/p>\n<p>Antara artis yang membuat persembahan ialah Wani Kayrie, kumpulan Bunkface dan K.O.I. (Konflict of Interest).<\/p>\n<p>Konvokesyen UniKL Ke-23 berlangsung dari 21 hingga 26 November di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), membabitkan 11 sesi dan meraikan seramai 8,147 graduan.<\/p>\n<p>Isu berkenaan mencetuskan perbincangan mengenai batas hiburan dalam majlis rasmi institusi pendidikan, khususnya berkaitan usaha mengekalkan nilai kesopanan dan tradisi akademik.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Asyraf Wajdi Dusuki mengarahkan pengurusan MARA dan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) menyemak serta menambah baik kod etika penganjuran majlis konvokesyen susulan kontroversi persembahan hiburan ala konsert yang tular di media sosial. Beliau menyifatkan persembahan sedemikian sebagai tidak wajar dan kurang beradab kerana majlis konvokesyen sepatutnya menjadi acara kemuncak pengiktirafan terhadap [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":1639,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[4154,5209,5817,5741,2727,5818],"authors":[],"class_list":["post-18572","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-asyraf-wajdi-dusuki","tag-hiburan","tag-konsert","tag-konvokesyen","tag-mara","tag-unikl"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/18572","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=18572"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/18572\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":18573,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/18572\/revisions\/18573"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/1639"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=18572"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=18572"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=18572"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=18572"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}