{"id":18577,"date":"2026-11-28T10:20:12","date_gmt":"2026-11-28T10:20:12","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=18577"},"modified":"2026-11-28T10:20:12","modified_gmt":"2026-11-28T10:20:12","slug":"malaysia-masih-negara-aman-jangan-samakan-dengan-colombia-saifuddin-nasution","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/malaysia-masih-negara-aman-jangan-samakan-dengan-colombia-saifuddin-nasution\/","title":{"rendered":"Malaysia masih negara aman, jangan samakan dengan Colombia: Saifuddin Nasution"},"content":{"rendered":"<p>Malaysia tidak boleh disamakan dengan Colombia susulan beberapa kes penyeludupan dadah menggunakan jet peribadi dan aset tentera kerana kejadian itu tidak menggambarkan keseluruhan tahap keselamatan negara.<\/p>\n<p>Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail berkata, penilaian terhadap tahap keamanan dan keselamatan Malaysia perlu berdasarkan indeks antarabangsa yang mengambil kira pelbagai aspek, bukannya hanya bersandarkan kes jenayah yang mendapat perhatian umum.<\/p>\n<p>Beliau berkata, Malaysia berada pada kedudukan ke-12 daripada 163 negara dalam Indeks Keamanan Global (GPI) 2026, sekali gus membuktikan negara masih berada dalam kelompok negara paling aman di dunia.<\/p>\n<p>&#8220;Malaysia berada pada kedudukan kedua paling aman di Asia Tenggara selepas Singapura, manakala ketiga di rantau Asia Pasifik selepas Singapura dan New Zealand.<\/p>\n<p>&#8220;Biar badan antarabangsa yang membuat penilaian mengenai tahap keselamatan, keamanan dan ketenteraman negara kita,&#8221; katanya semasa program Jelajah Wira Madani dan Santuni Madani Jabatan Imigresen Malaysia di Masjid al-Hasaniah, Kampung Rambong Pulai, Mukim Kupang, hari ini.<\/p>\n<p>Mengulas dakwaan di media sosial yang menyamakan Malaysia dengan Colombia susulan pendedahan kegiatan penyeludupan dadah menggunakan aset Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Saifuddin berkata, Indeks Keamanan Global mengambil kira puluhan indikator dalam membuat penilaian.<\/p>\n<p>Antara aspek dinilai termasuk kekerapan demonstrasi, peruntukan keselamatan negara serta nisbah anggota keselamatan berbanding jumlah penduduk.<\/p>\n<p>&#8220;Kesimpulannya, kita berada pada kedudukan yang baik,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Dakwaan itu timbul susulan beberapa pendedahan kes penyeludupan dadah yang mengaitkan Malaysia dengan rangkaian pengedaran antarabangsa, termasuk rampasan dadah di negara jiran.<\/p>\n<p>Pada 24 Oktober lalu, pihak berkuasa Indonesia dilaporkan merampas lebih dua tan dadah bernilai kira-kira AS$300 juta (RM1.3 bilion) menerusi dua operasi di Pulau Sumatera, termasuk penahanan sebuah kapal tangki milik syarikat berpangkalan di Johor Bahru.<\/p>\n<p>Sebelum itu, polis Laos merampas 521 kilogram dadah jenis methamphetamine kristal daripada sebuah jet peribadi yang dilaporkan tiba dari Malaysia di Lapangan Terbang Antarabangsa Luang Prabang. Seramai 13 individu ditahan berkaitan kes berkenaan.<\/p>\n<p>Terbaharu, pada 17 November lalu, 11 individu termasuk lima pegawai dan anggota TUDM serta enam orang awam ditahan dalam operasi di Lembah Klang dan Labuan kerana disyaki terbabit dalam kegiatan penyeludupan dadah menggunakan aset tentera.<\/p>\n<p>Polis turut merampas 96.64 kilogram dadah disyaki syabu bernilai RM4.83 juta serta 6.98 kilogram bahan kimia dalam operasi berkenaan.<\/p>\n<p>Pendedahan beberapa kes berprofil tinggi itu mencetuskan persoalan mengenai tahap kawalan keselamatan dan kemungkinan wujudnya rangkaian penyeludupan yang menggunakan kemudahan serta aset negara.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Malaysia tidak boleh disamakan dengan Colombia susulan beberapa kes penyeludupan dadah menggunakan jet peribadi dan aset tentera kerana kejadian itu tidak menggambarkan keseluruhan tahap keselamatan negara. Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail berkata, penilaian terhadap tahap keamanan dan keselamatan Malaysia perlu berdasarkan indeks antarabangsa yang mengambil kira pelbagai aspek, bukannya hanya bersandarkan kes jenayah yang [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":13655,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[5821,511,22,38,20,1581,1384],"authors":[],"class_list":["post-18577","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-colombia","tag-dadah","tag-kdn","tag-malaysia","tag-saifuddin-nasution-ismail","tag-seludup","tag-tudm"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/18577","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=18577"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/18577\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":18578,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/18577\/revisions\/18578"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/13655"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=18577"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=18577"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=18577"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=18577"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}