{"id":18581,"date":"2026-11-28T10:26:27","date_gmt":"2026-11-28T10:26:27","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=18581"},"modified":"2026-11-28T10:26:27","modified_gmt":"2026-11-28T10:26:27","slug":"fahmi-saran-orang-ramai-guna-ai-semak-berita-palsu","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/fahmi-saran-orang-ramai-guna-ai-semak-berita-palsu\/","title":{"rendered":"Fahmi saran orang ramai guna AI semak berita palsu"},"content":{"rendered":"<p>Orang ramai digalakkan memanfaatkan teknologi kecerdasan buatan (AI) sebagai alat untuk menangkis penyebaran maklumat palsu, khususnya kandungan video dan grafik yang dimanipulasi menggunakan teknologi deepfake.<\/p>\n<p>Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata, kemudahan AI seperti Meta AI dalam aplikasi WhatsApp, Gemini dan ChatGPT boleh digunakan untuk membantu menyemak kesahihan sesuatu maklumat sebelum dikongsi di media sosial.<\/p>\n<p>Menurutnya, teknologi AI kini bukan sahaja boleh digunakan untuk menghasilkan kandungan digital, malah turut berperanan membantu orang ramai mengenal pasti maklumat yang mengelirukan.<\/p>\n<p>\u201cKita boleh guna AI untuk lawan AI sekarang. Dalam WhatsApp sebenarnya ada satu tab Meta AI di sudut bawah kanan.<\/p>\n<p>\u201cKita boleh bercakap, forward mesej atau meletakkan sesuatu kandungan dan minta input pandangan daripada Meta AI mengenai kesahihannya,\u201d katanya selepas menghadiri Majlis Penyerahan Zakat Koperasi TNB &#8216;Kasih Rezeki KopTNB&#8217; di Apartment Zamrud, Jalan Klang Lama, hari ini.<\/p>\n<p>Fahmi turut berkongsi pengalamannya menggunakan kemudahan AI itu bagi menyemak satu grafik tular yang mendakwa Kuala Lumpur disenaraikan antara 10 bandar raya paling berbahaya di dunia.<\/p>\n<p>Katanya, selepas grafik berkenaan dihantar kepada Meta AI untuk semakan, sistem itu memaklumkan statistik digunakan tidak bersumberkan data rasmi pihak polis dan asal-usul maklumat berkenaan juga tidak dapat dikenal pasti.<\/p>\n<p>\u201cJadi saya panjangkan grafik itu kepada Meta AI dan ia memaklumkan statistik berkenaan tidak diambil daripada sumber rasmi pihak polis, malah sumbernya tidak diketahui. Maka, janganlah percaya kandungan seperti ini,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Dalam perkembangan lain, Fahmi meminta orang ramai tidak terkejut sekiranya terdengar bunyi amaran daripada Sistem Amaran Awal (EWS) menerusi sistem MySiren yang akan diuji secara serentak di seluruh negara esok.<\/p>\n<p>Beliau berkata, ujian itu penting bagi membiasakan masyarakat dengan bunyi amaran rasmi supaya mereka dapat mengenal pasti isyarat kecemasan dan bertindak segera sekiranya berlaku bencana sebenar.<\/p>\n<p>Ujian berkenaan dijadual berlangsung dari jam 10.10 hingga 10.30 pagi bagi menguji keupayaan sistem menyalurkan notifikasi kecemasan dengan pantas ke telefon bimbit pengguna.<\/p>\n<p>Sementara itu, Fahmi turut memaklumkan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) dinaikkan daripada RM150 kepada RM200 bagi setiap murid dan akan disalurkan mulai Januari 2027.<\/p>\n<p>Kaedah penyerahan bantuan secara tunai di sekolah akan diteruskan seperti tahun ini bagi menggalakkan hubungan lebih erat antara ibu bapa dengan guru, selain membuka ruang komunikasi mengenai perkembangan murid.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Orang ramai digalakkan memanfaatkan teknologi kecerdasan buatan (AI) sebagai alat untuk menangkis penyebaran maklumat palsu, khususnya kandungan video dan grafik yang dimanipulasi menggunakan teknologi deepfake. Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata, kemudahan AI seperti Meta AI dalam aplikasi WhatsApp, Gemini dan ChatGPT boleh digunakan untuk membantu menyemak kesahihan sesuatu maklumat sebelum dikongsi di media sosial. Menurutnya, [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":15278,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[250,1545,49,331,184,16,5822],"authors":[],"class_list":["post-18581","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-ai","tag-berita-palsu","tag-fahmi-fadzil","tag-kecerdasan-buatan","tag-komunikasi","tag-mcmc","tag-semak"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/18581","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=18581"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/18581\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":18582,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/18581\/revisions\/18582"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/15278"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=18581"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=18581"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=18581"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=18581"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}