{"id":18590,"date":"2026-11-29T05:13:08","date_gmt":"2026-11-29T05:13:08","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=18590"},"modified":"2026-11-29T05:13:08","modified_gmt":"2026-11-29T05:13:08","slug":"malaysia-perlu-tingkat-kewaspadaan-keselamatan-anwar","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/malaysia-perlu-tingkat-kewaspadaan-keselamatan-anwar\/","title":{"rendered":"Malaysia perlu tingkat kewaspadaan keselamatan: Anwar"},"content":{"rendered":"<p>Malaysia perlu meningkatkan tahap kewaspadaan terhadap kegiatan agensi perisikan Israel, Mossad yang didakwa semakin aktif dan mempunyai pengaruh kuat di beberapa lokasi negara jiran sejak tiga hingga empat tahun kebelakangan ini.<\/p>\n<p>Perdana Menteri, Anwar Ibrahim berkata, perkembangan itu perlu diberi perhatian serius susulan maklumat mengenai dakwaan pembelian tanah oleh pihak berkaitan Israel di beberapa kawasan di Thailand termasuk Phuket, Bangkok dan selatan negara itu.<\/p>\n<p>Menurutnya, kekuatan kegiatan berkenaan dipercayai meningkat sehingga tiga kali ganda dalam tempoh tiga hingga empat tahun lalu berdasarkan maklumat keselamatan yang diterima kerajaan.<\/p>\n<p>\u201cSekarang ini saya minta Majlis Keselamatan Negara (MKN) memaklumkan kepada rakyat bahawa kegiatan Mossad (Israel) yang berpangkalan di negara jiran sangat kuat.<\/p>\n<p>\u201cDalam tiga empat tahun ini naik tiga empat kali, tiga kali kekuatannya. Tanah-tanah yang dikuasai Israel itu telah dibeli bukan sahaja di Phuket dan Bangkok, tetapi juga di selatan Thailand,\u201d katanya pada program Semarak Wakaf Perdana 2026 di sini, hari ini.<\/p>\n<p>Sehubungan itu, Anwar menegaskan Malaysia perlu mengekalkan hubungan baik dengan negara jiran bagi memastikan sebarang ancaman keselamatan rentas sempadan dapat ditangani melalui kerjasama serantau.<\/p>\n<p>\u201cKita kena baik dengan negara jiran supaya dapat kita tangani hal ini. Dan keduanya, kita kena waspada supaya kekuatan kita itu ada,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Dalam perkembangan berkaitan, Anwar berkata Malaysia juga perlu terus mengamalkan pendekatan diplomasi dan menjalin hubungan baik dengan semua negara, termasuk kuasa besar seperti China dan Amerika Syarikat (AS).<\/p>\n<p>Menurutnya, kedudukan Malaysia sebagai negara kecil menuntut kebijaksanaan dalam mengimbangi hubungan antarabangsa demi memastikan kepentingan ekonomi, keselamatan dan kedaulatan negara terus terpelihara.<\/p>\n<p>Beliau berkata, walaupun terdapat perbezaan pendirian dalam beberapa isu dengan AS, hubungan perdagangan dan pelaburan dengan negara itu tetap penting memandangkan ia antara rakan ekonomi utama Malaysia.<\/p>\n<p>Pada masa sama, China juga mempunyai kedudukan strategik sebagai kuasa besar yang memainkan peranan penting dalam perkembangan ekonomi dan geopolitik rantau ini.<\/p>\n<p>Anwar turut mengimbas hubungan diplomatik Kesultanan Melayu Melaka dengan China sebagai contoh kepentingan menjalin hubungan baik dengan kuasa besar bagi membantu menjamin keselamatan serta kelangsungan sesebuah negara.<\/p>\n<p>Justeru, katanya, Malaysia perlu bijak mengurus hubungan dengan negara besar dan negara jiran tanpa mengabaikan aspek keselamatan serta kedaulatan negara.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Malaysia perlu meningkatkan tahap kewaspadaan terhadap kegiatan agensi perisikan Israel, Mossad yang didakwa semakin aktif dan mempunyai pengaruh kuat di beberapa lokasi negara jiran sejak tiga hingga empat tahun kebelakangan ini. Perdana Menteri, Anwar Ibrahim berkata, perkembangan itu perlu diberi perhatian serius susulan maklumat mengenai dakwaan pembelian tanah oleh pihak berkaitan Israel di beberapa kawasan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":15908,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[13,636,5826,5827,5825,131,18],"authors":[],"class_list":["post-18590","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-anwar","tag-israel","tag-jiran","tag-majlis-keselamatan-negara","tag-mossad","tag-negara","tag-pmx"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/18590","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=18590"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/18590\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":18591,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/18590\/revisions\/18591"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/15908"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=18590"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=18590"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=18590"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=18590"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}