{"id":18598,"date":"2026-11-29T05:24:49","date_gmt":"2026-11-29T05:24:49","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=18598"},"modified":"2026-11-29T05:24:49","modified_gmt":"2026-11-29T05:24:49","slug":"dap-cadang-prn-pulau-pinang-diadakan-serentak-dengan-pru","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/dap-cadang-prn-pulau-pinang-diadakan-serentak-dengan-pru\/","title":{"rendered":"DAP cadang PRN Pulau Pinang diadakan serentak dengan PRU"},"content":{"rendered":"<p>DAP akan mengemukakan cadangan supaya Pilihan Raya Negeri (PRN) Pulau Pinang diadakan serentak dengan Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang bagi meningkatkan peratusan keluar mengundi.<\/p>\n<p>Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke berkata, cadangan itu akan dibawa kepada Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) untuk dibincangkan sebelum mendapatkan pandangan rakan parti dalam Pakatan Harapan (PH).<\/p>\n<p>Menurutnya, pelaksanaan pilihan raya secara serentak dilihat sebagai pilihan lebih baik berbanding mengadakan PRN secara berasingan yang berisiko menyebabkan jumlah pengundi keluar mengundi lebih rendah.<\/p>\n<p>&#8220;Kita akan cadangkan usul dan perkara ini akan dibawa ke CEC bagi diadakan pilihan raya serentak untuk Pulau Pinang antara Parlimen dengan Dewan Undangan Negeri (DUN).<\/p>\n<p>&#8220;Pada pilihan raya kali ini, kita harap dapat melihat peratusan pengundi yang lebih tinggi,&#8221; katanya selepas merasmikan Konvensyen Tahunan Negeri DAP Pulau Pinang 2026, hari ini.<\/p>\n<p>Loke berkata, pengalaman beberapa pilihan raya sebelum ini menunjukkan kadar keluar mengundi bagi PRN secara berasingan lazimnya lebih rendah berbanding pilihan raya umum.<\/p>\n<p>Katanya, keadaan itu dapat dilihat menerusi enam PRN yang berlangsung pada 2023, selain pilihan raya negeri di Johor, Melaka dan Negeri Sembilan baru-baru ini.<\/p>\n<p>&#8220;Ini terbukti bukan sahaja dalam enam PRN pada 2023, malah turut berlaku di Johor, Melaka dan Negeri Sembilan baru-baru ini apabila peratusannya memang lebih rendah daripada PRU.<\/p>\n<p>&#8220;Jadi, bagi memastikan peratusan pengundi lebih tinggi, pilihan raya serentak adalah satu pilihan lebih baik,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Beliau menjelaskan pendirian DAP mengenai perkara itu juga mengambil kira perubahan kedudukan politik parti berbanding ketika berada dalam blok pembangkang sebelum ini.<\/p>\n<p>Ketika itu, DAP pernah menyuarakan pendirian supaya penggal kerajaan negeri diteruskan sehingga tamat tempoh, namun cadangan berkenaan tidak mendapat sambutan Perdana Menteri ketika itu.<\/p>\n<p>Cadangan terbaharu itu bagaimanapun masih perlu melalui perbincangan di peringkat kepimpinan DAP dan PH sebelum sebarang keputusan dibuat.<\/p>\n<p>Pilihan raya serentak dilihat mampu mengurangkan kos pengurusan pilihan raya, selain berpotensi meningkatkan penyertaan pengundi melalui pelaksanaan pengundian Parlimen dan DUN pada hari yang sama.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>DAP akan mengemukakan cadangan supaya Pilihan Raya Negeri (PRN) Pulau Pinang diadakan serentak dengan Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang bagi meningkatkan peratusan keluar mengundi. Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke berkata, cadangan itu akan dibawa kepada Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) untuk dibincangkan sebelum mendapatkan pandangan rakan parti dalam Pakatan Harapan (PH). Menurutnya, pelaksanaan pilihan raya [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":7806,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[508,63,633,103,548,67,2347],"authors":[],"class_list":["post-18598","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-anthony-loke","tag-dap","tag-pilihan-raya","tag-prn","tag-pru","tag-pulau-pinang","tag-serentak"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/18598","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=18598"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/18598\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":18599,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/18598\/revisions\/18599"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/7806"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=18598"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=18598"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=18598"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=18598"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}