{"id":18600,"date":"2026-11-29T05:29:30","date_gmt":"2026-11-29T05:29:30","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=18600"},"modified":"2026-11-29T05:29:30","modified_gmt":"2026-11-29T05:29:30","slug":"isu-seludup-dadah-tudm-anwar-gesa-jangan-lindungi-pengkhianat-dalam-pasukan-keselamatan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/isu-seludup-dadah-tudm-anwar-gesa-jangan-lindungi-pengkhianat-dalam-pasukan-keselamatan\/","title":{"rendered":"Isu seludup dadah TUDM: Anwar gesa jangan lindungi pengkhianat dalam pasukan keselamatan"},"content":{"rendered":"<p>Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang mengkhianati negara, termasuk individu yang didakwa menyalahgunakan pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) untuk kegiatan penyeludupan dadah.<\/p>\n<p>Perdana Menteri berkata, tindakan tegas kerajaan membanteras rasuah dan ketirisan dalam agensi penguatkuasaan serta pertahanan bukan bertujuan memusuhi anggota keselamatan, sebaliknya memastikan integriti institusi negara terus dipelihara.<\/p>\n<p>Anwar berkata, beliau akan mengadakan lawatan ke Pangkalan Udara Butterworth petang ini bagi menjelaskan pendirian kerajaan secara langsung kepada warga TUDM susulan pendedahan berhubung dakwaan penyalahgunaan aset ketenteraan itu.<\/p>\n<p>&#8220;Saya tidak peduli sama ada orang suka saya atau tidak. Saya terpaksa turun ke pangkalan TUDM untuk beritahu mereka, saya bukan musuh anda.<\/p>\n<p>&#8220;Saya adalah musuh pengkhianat yang menggunakan pesawat tentera udara untuk mengangkut dadah dengan bersekongkol bersama pihak luar dan dalam negara,&#8221; katanya ketika berucap pada majlis pelancaran Semarak Wakaf Perdana 2026, hari ini.<\/p>\n<p>Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, isu berkenaan mencerminkan masalah integriti yang semakin membimbangkan apabila budaya mengambil mudah terhadap tanggungjawab mula menjadi sebahagian daripada kelemahan sistemik dalam agensi kerajaan.<\/p>\n<p>Menurutnya, masalah rasuah dan ketirisan tidak boleh dilihat hanya dari sudut kesalahan individu, sebaliknya perlu ditangani secara menyeluruh bagi memastikan wang serta aset negara tidak terus disalahgunakan.<\/p>\n<p>&#8220;Mengapa perkara ini berlaku? Kerana kita ambil mudah. Kerana budaya kita sudah menjadi sistemik.<\/p>\n<p>&#8220;Ini bukan soal hukum hudud, pancung kepala atau potong tangan, tetapi berbilion ringgit lesap,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Kenyataan itu menyusul selepas beberapa siri tangkapan membabitkan agensi penguatkuasaan dan pendedahan dakwaan sindiket penyeludupan dadah yang mengeksploitasi aset udara ketenteraan.<\/p>\n<p>Semalam, Anwar menyifatkan dakwaan penggunaan pesawat TUDM bagi tujuan penyeludupan dadah sebagai satu pengkhianatan serius terhadap keselamatan negara.<\/p>\n<p>Beliau turut menggesa siasatan menyeluruh dijalankan bagi mengenal pasti pihak yang terbabit serta memastikan tindakan sewajarnya diambil.<\/p>\n<p>Kerajaan sebelum ini menegaskan usaha membanteras rasuah dan salah guna kuasa perlu dilaksanakan tanpa mengira pangkat atau kedudukan, khususnya apabila melibatkan aset strategik dan keselamatan negara.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang mengkhianati negara, termasuk individu yang didakwa menyalahgunakan pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) untuk kegiatan penyeludupan dadah. Perdana Menteri berkata, tindakan tegas kerajaan membanteras rasuah dan ketirisan dalam agensi penguatkuasaan serta pertahanan bukan bertujuan memusuhi anggota keselamatan, sebaliknya memastikan integriti institusi negara terus dipelihara. [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":18286,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[13,511,1117,1869,18,1581,718,1384],"authors":[],"class_list":["post-18600","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-anwar","tag-dadah","tag-keselamatan","tag-pengkhianat","tag-pmx","tag-seludup","tag-tentera","tag-tudm"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/18600","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=18600"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/18600\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":18601,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/18600\/revisions\/18601"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/18286"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=18600"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=18600"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=18600"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=18600"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}