{"id":18602,"date":"2026-11-29T05:33:22","date_gmt":"2026-11-29T05:33:22","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=18602"},"modified":"2026-11-29T05:33:22","modified_gmt":"2026-11-29T05:33:22","slug":"puad-persoal-masa-depan-bersatu-tanpa-muhyiddin-dan-pas","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/puad-persoal-masa-depan-bersatu-tanpa-muhyiddin-dan-pas\/","title":{"rendered":"Puad persoal masa depan Bersatu tanpa Muhyiddin dan PAS"},"content":{"rendered":"<p>Bersatu berisiko terus kehilangan pengaruh malah boleh pupus sekiranya gagal mempertahankan sokongan PAS, khususnya dari segi kekuatan akar umbi dan jentera pilihan raya.<\/p>\n<p>Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Mohd Puad Zarkashi berkata, kebergantungan kepada PAS menjadi antara faktor utama Mohamed Azmin Ali mahu Muhyiddin Yassin terus kekal sebagai Presiden Bersatu.<\/p>\n<p>Menerusi hantaran di Facebook, beliau berpandangan Bersatu tidak mempunyai kekuatan sendiri untuk bangkit semula sekiranya kehilangan sokongan parti itu.<\/p>\n<p>Menurutnya, Muhyiddin berundur boleh menyebabkan kedudukan Bersatu semakin terancam, manakala keputusan untuk terus kekal sebagai presiden juga belum tentu mampu memulihkan kekuatan parti berkenaan.<\/p>\n<p>Puad berkata, kemerosotan Bersatu dapat dilihat menerusi prestasi parti itu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Negeri Sembilan dan Melaka.<\/p>\n<p>Malah, beliau turut membangkitkan kekalahan bekas Menteri Besar Johor yang juga Ketua Bersatu negeri itu di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Kepong pada pilihan raya lalu sebagai gambaran kelemahan sokongan terhadap parti berkenaan.<\/p>\n<p>Katanya, Bersatu perlu memastikan sekurang-kurangnya satu kerusi Parlimen dapat dipertahankan pada Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16), dengan Pagoh dilihat sebagai antara kawasan penting untuk kelangsungan parti itu.<\/p>\n<p>\u201cBersatu perlu menang sekurang-kurangnya satu kerusi Parlimen untuk terus bertahan bagi tempoh lima tahun lagi sebelum Azmin mengambil alih kepimpinan parti,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Mengulas lanjut, Puad mendakwa Bersatu terlalu bergantung kepada PAS, terutama dalam mendapatkan sokongan pengundi Melayu dan menggerakkan jentera pilihan raya.<\/p>\n<p>Beliau turut mengaitkan kelemahan itu dengan kegagalan Bersatu membantu Pakatan Harapan (PH) memperoleh sokongan pengundi Melayu dalam PRN Melaka.<\/p>\n<p>Dalam perkembangan sama, Puad melihat kemunculan Parti Wawasan sebagai satu lagi cabaran kepada Bersatu apabila sebahagian ahli dan wakil rakyat parti itu beralih sokongan serta berjaya mempertahankan kemenangan menggunakan tiket baharu.<\/p>\n<p>Bagaimanapun, beliau mendakwa Parti Wawasan juga masih bergantung kepada sokongan PAS untuk meneruskan kelangsungan politiknya.<\/p>\n<p>Puad menyifatkan Bersatu, Wawasan dan MUDA sebagai parti yang belum mempunyai kekuatan akar umbi tersendiri kerana masih bergantung kepada pengaruh serta kepimpinan individu.<\/p>\n<p>Sehubungan itu, beliau mempersoalkan kemampuan Presiden Bersatu dan Bersama mempertahankan kerusi masing-masing di Pagoh dan Pandan sekiranya tidak lagi mendapat sokongan pengundi Melayu yang selama ini dikaitkan dengan kekuatan PAS.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Bersatu berisiko terus kehilangan pengaruh malah boleh pupus sekiranya gagal mempertahankan sokongan PAS, khususnya dari segi kekuatan akar umbi dan jentera pilihan raya. Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Mohd Puad Zarkashi berkata, kebergantungan kepada PAS menjadi antara faktor utama Mohamed Azmin Ali mahu Muhyiddin Yassin terus kekal sebagai Presiden Bersatu. Menerusi hantaran di [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":1583,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[73,4108,1590,126,633,548],"authors":[],"class_list":["post-18602","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-bersatu","tag-mohd-puad-zarkashi","tag-muhyiddin-yassin","tag-pas","tag-pilihan-raya","tag-pru"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/18602","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=18602"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/18602\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":18603,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/18602\/revisions\/18603"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/1583"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=18602"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=18602"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=18602"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=18602"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}