{"id":18606,"date":"2026-11-29T06:40:19","date_gmt":"2026-11-29T06:40:19","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=18606"},"modified":"2026-11-29T06:40:19","modified_gmt":"2026-11-29T06:40:19","slug":"mcmc-perkukuh-tindakan-terhadap-jualan-barangan-terlarang-dalam-talian","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/mcmc-perkukuh-tindakan-terhadap-jualan-barangan-terlarang-dalam-talian\/","title":{"rendered":"MCMC perkukuh tindakan terhadap jualan barangan terlarang dalam talian"},"content":{"rendered":"<p>Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan memperkukuh kerjasama antara agensi penguatkuasaan, badan kawal selia dan penyedia platform e-dagang bagi membanteras penjualan barangan serta perkhidmatan terlarang dalam talian.<\/p>\n<p>Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata, bengkel yang diadakan buat pertama kali itu menghimpunkan lebih 13 platform e-dagang bersama pelbagai agensi kerajaan bagi menyelaraskan tindakan terhadap produk yang tidak memenuhi piawaian atau melanggar undang-undang negara.<\/p>\n<p>Menurutnya, antara agensi yang terlibat ialah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Kementerian Kewangan serta Bank Negara Malaysia.<\/p>\n<p>&#8220;Kita telah mengadakan satu bengkel yang diadakan buat pertama kalinya mengumpulkan lebih 13 platform e-dagang dan pelbagai agensi penguatkuasaan serta jabatan.<\/p>\n<p>&#8220;Perbincangan banyak berkisar isu memastikan produk-produk yang dijual dalam platform e-dagang ini menepati piawaian dan tidak menyalahi undang-undang dalam negara kita,&#8221; katanya selepas menyempurnakan majlis penutupan Bengkel Pengurusan Barangan dan Perkhidmatan Terlarang dalam Talian anjuran MCMC yang berlangsung selama tiga hari bermula 27 November lalu.<\/p>\n<p>Fahmi berkata, bengkel itu berjaya mencapai beberapa persetujuan, termasuk penyediaan garis panduan bagi mengenal pasti produk dan barangan yang dilarang dijual berdasarkan undang-undang sedia ada.<\/p>\n<p>Katanya, larangan itu merangkumi dadah berbahaya, bahan penderaan seksual kanak-kanak atau *child sexual abuse material* (CSAM), senjata api dan barangan lain yang menyalahi undang-undang.<\/p>\n<p>Selain itu, satu penyelarasan turut dicapai berhubung keperluan maklumat daripada platform e-dagang bagi membantu siasatan pihak berkuasa serta tindakan mahkamah sekiranya diperlukan.<\/p>\n<p>&#8220;Maklumat yang diperlukan oleh agensi penguatkuasaan bagi tujuan siasatan dan tindakan mahkamah telah diselaraskan supaya semua platform e-dagang memahami keperluan pihak berkaitan, termasuk unit jenayah siber dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).<\/p>\n<p>&#8220;Ini penting supaya sesuatu kes, contohnya melibatkan penjualan dadah, dapat memenuhi keperluan untuk dibawa ke mahkamah,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Dalam perkembangan sama, Fahmi menggalakkan penyedia platform e-dagang menyertai Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CMCF), sebuah badan bebas yang diwujudkan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, bagi membolehkan industri turut menyampaikan pandangan mengenai pengawalseliaan kandungan digital.<\/p>\n<p>Sementara itu, bengkel berkenaan turut mengenal pasti tiga hasil utama untuk dilaksanakan, iaitu Daftar Barangan dan Perkhidmatan Terlarang dalam Talian, Garis Panduan Pengalihan Keluar Barangan dan Perkhidmatan Terlarang serta Garis Panduan Permintaan, Pemeliharaan dan Pendedahan Maklumat bagi Tujuan Siasatan.<\/p>\n<p>Bagi memastikan pelaksanaan berjalan lancar, satu Pasukan Petugas Barangan dan Perkhidmatan Terlarang dalam Talian akan ditubuhkan bagi menyelaras tindakan susulan, memantau pelaksanaan serta menangani cabaran operasi.<\/p>\n<p>Inisiatif itu merupakan kesinambungan sesi libat urus MCMC bersama agensi penguatkuasaan pada 6 Oktober lalu dan penyedia platform e-dagang pada 7 Oktober lalu, dalam usaha membina ekosistem digital yang lebih selamat dan melindungi pengguna.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan memperkukuh kerjasama antara agensi penguatkuasaan, badan kawal selia dan penyedia platform e-dagang bagi membanteras penjualan barangan serta perkhidmatan terlarang dalam talian. Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata, bengkel yang diadakan buat pertama kali itu menghimpunkan lebih 13 platform e-dagang bersama pelbagai agensi kerajaan bagi menyelaraskan tindakan terhadap produk yang [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":18607,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[4680,5829,511,1781,49,16,2788,5828],"authors":[],"class_list":["post-18606","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-bahan","tag-bengkel-pengurusan-barangan-dan-perkhidmatan-terlarang","tag-dadah","tag-e-dagang","tag-fahmi-fadzil","tag-mcmc","tag-platform","tag-terlarang"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/18606","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=18606"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/18606\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":18608,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/18606\/revisions\/18608"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/18607"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=18606"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=18606"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=18606"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=18606"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}