{"id":18613,"date":"2026-11-29T07:00:08","date_gmt":"2026-11-29T07:00:08","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=18613"},"modified":"2026-11-29T07:00:08","modified_gmt":"2026-11-29T07:00:08","slug":"kerajaan-sedia-saluran-alternatif-jika-mysiren-gagal-berfungsi","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/kerajaan-sedia-saluran-alternatif-jika-mysiren-gagal-berfungsi\/","title":{"rendered":"Kerajaan sedia saluran alternatif jika MySiren gagal berfungsi"},"content":{"rendered":"<p>Kementerian Komunikasi akan menyediakan laporan menyeluruh berhubung ujian sistem amaran awal MySiren, termasuk mengenal pasti kelemahan atau kawasan yang tidak menerima liputan amaran (blind spot).<\/p>\n<p>Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata, penilaian lanjut diperlukan sebelum keputusan ujian yang dijalankan hari ini dapat dimuktamadkan dan pihaknya baru memperoleh maklumat awal selepas tiga jam ujian berkenaan dilaksanakan.<\/p>\n<p>\u201cSekarang ini baru tiga jam daripada waktu ujian itu dijalankan. Nanti saya akan sediakan Nota Jumaat Menteri untuk memaklumkan hasil daripada ujian yang dilakukan pada hari ini.<\/p>\n<p>\u201cDalam laporan itu nanti, sudah pasti kita akan maklumkan mengenai isu-isu yang berbangkit termasuk apa yang disebut sebagai blind spot,\u201d katanya pada sidang media selepas majlis penutupan Bengkel Pengurusan Barangan dan Perkhidmatan Terlarang Dalam Talian anjuran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), hari ini.<\/p>\n<p>Fahmi menjelaskan, kerajaan tidak bergantung sepenuhnya kepada MySiren untuk menyampaikan maklumat kecemasan kepada orang ramai, sebaliknya turut mempunyai beberapa saluran komunikasi alternatif.<\/p>\n<p>Menurutnya, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) misalnya mempunyai sistem siren tersendiri bagi memberi amaran kepada penduduk sekiranya berlaku ancaman berkaitan sungai.<\/p>\n<p>Selain itu, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) juga boleh menggunakan khidmat pesanan ringkas (SMS) untuk menyampaikan maklumat kecemasan secara terus kepada orang awam.<\/p>\n<p>Beliau turut menyebut peranan Jabatan Penerangan melalui kemudahan Info On Wheels yang menggunakan kenderaan dilengkapi sistem siar raya bagi menyampaikan maklumat kepada penduduk setempat.<\/p>\n<p>Katanya, pendekatan pelbagai saluran itu penting bagi memastikan maklumat kecemasan dapat disampaikan walaupun berlaku gangguan terhadap infrastruktur komunikasi.<\/p>\n<p>\u201cSekiranya ada kawasan berpenduduk yang menghadapi masalah akibat kerosakan grid elektrik dan menara telekomunikasi tidak berfungsi, maka ada cara-cara alternatif untuk kita sampaikan maklumat ke kawasan itu,\u201d katanya.<\/p>\n<p>MySiren merupakan sebahagian daripada usaha memperkukuh penyampaian amaran awal kepada masyarakat bagi menghadapi situasi kecemasan dan bencana.<\/p>\n<p>Keberkesanan sistem itu penting bagi memastikan penduduk menerima maklumat tepat pada masanya, khususnya ketika berdepan ancaman yang memerlukan tindakan segera.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kementerian Komunikasi akan menyediakan laporan menyeluruh berhubung ujian sistem amaran awal MySiren, termasuk mengenal pasti kelemahan atau kawasan yang tidak menerima liputan amaran (blind spot). Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata, penilaian lanjut diperlukan sebelum keputusan ujian yang dijalankan hari ini dapat dimuktamadkan dan pihaknya baru memperoleh maklumat awal selepas tiga jam ujian berkenaan dilaksanakan. \u201cSekarang [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":18355,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[4987,558,49,184,5763,216,4746],"authors":[],"class_list":["post-18613","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-amaran","tag-bencana","tag-fahmi-fadzil","tag-komunikasi","tag-mysiren","tag-sistem","tag-ujian"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/18613","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=18613"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/18613\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":18614,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/18613\/revisions\/18614"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/18355"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=18613"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=18613"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=18613"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=18613"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}