{"id":18615,"date":"2026-11-29T07:03:02","date_gmt":"2026-11-29T07:03:02","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=18615"},"modified":"2026-11-29T07:03:02","modified_gmt":"2026-11-29T07:03:02","slug":"universiti-diingatkan-kawal-hiburan-ketika-konvokesyen-zambry","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/universiti-diingatkan-kawal-hiburan-ketika-konvokesyen-zambry\/","title":{"rendered":"Universiti diingatkan kawal hiburan ketika konvokesyen: Zambry"},"content":{"rendered":"<p>Semua universiti awam dan swasta diingatkan supaya tidak menganjurkan elemen hiburan secara berlebihan dalam majlis konvokesyen sehingga menjejaskan tujuan dan nilai sebenar acara berkenaan.<\/p>\n<p>Menteri Pendidikan Tinggi, Zambry Abdul Kadir berkata, sebarang bentuk hiburan yang diselitkan dalam majlis konvokesyen perlu diteliti dengan cermat supaya bersesuaian dengan suasana akademik, selain mengambil kira nilai, adab dan tradisi keilmuan.<\/p>\n<p>Beliau menegaskan hiburan keterlaluan yang mengalihkan perhatian daripada penghormatan terhadap ilmu, graduan serta keluarga mereka tidak sepatutnya menjadi kebiasaan dalam penganjuran majlis berkenaan.<\/p>\n<p>\u201cHiburan yang keterlaluan, yang boleh mengalihkan perhatian daripada penghormatan terhadap ilmu, para graduan dan keluarga mereka, bukanlah sesuatu yang patut dinormalisasikan,\u201d katanya menerusi hantaran di X hari ini.<\/p>\n<p>Sehubungan itu, Zambry meminta pihak pengurusan universiti memastikan semua garis panduan penganjuran konvokesyen dipatuhi bagi memelihara kemuliaan dan imej institusi pendidikan tinggi.<\/p>\n<p>Menurutnya, kegembiraan graduan dan keluarga dalam meraikan kejayaan selepas bertahun-tahun menuntut ilmu sememangnya wajar diraikan, namun perlu dizahirkan dalam bentuk yang bersesuaian dengan martabat majlis akademik.<\/p>\n<p>\u201cUniversiti bukan sekadar tempat melahirkan graduan yang memiliki kelayakan akademik. Universiti juga merupakan institusi yang membentuk akhlak, adab dan keperibadian manusia,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau turut mengingatkan majlis konvokesyen bukan sekadar upacara penyampaian ijazah, sebaliknya membawa makna lebih besar sebagai simbol kejayaan menempuh perjalanan ilmu, pengorbanan keluarga dan komitmen tenaga pendidik.<\/p>\n<p>Katanya, setiap acara anjuran universiti perlu mencerminkan kecemerlangan akademik, kematangan intelektual serta ketinggian adab dalam masyarakat.<\/p>\n<p>Teguran itu menyusul kontroversi persembahan hiburan ala konsert ketika majlis konvokesyen Universiti Kuala Lumpur (UniKL) ke-23 baru-baru ini yang menerima kritikan masyarakat, termasuk Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Asyraf Wajdi Dusuki.<\/p>\n<p>Semalam, UniKL memohon maaf atas persembahan berkenaan dan mengakui bertanggungjawab sepenuhnya terhadap perkara itu.<\/p>\n<p>Universiti berkenaan turut memaklumkan akan membentangkan langkah penambahbaikan kepada MARA dalam masa terdekat bagi memastikan perkara sama tidak berulang.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Semua universiti awam dan swasta diingatkan supaya tidak menganjurkan elemen hiburan secara berlebihan dalam majlis konvokesyen sehingga menjejaskan tujuan dan nilai sebenar acara berkenaan. Menteri Pendidikan Tinggi, Zambry Abdul Kadir berkata, sebarang bentuk hiburan yang diselitkan dalam majlis konvokesyen perlu diteliti dengan cermat supaya bersesuaian dengan suasana akademik, selain mengambil kira nilai, adab dan tradisi [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":11683,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[5209,5817,1651,5830,5818,5680],"authors":[],"class_list":["post-18615","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-hiburan","tag-konsert","tag-kpt","tag-menteri-pendidikan-tinggi","tag-unikl","tag-zambry-abdul-kadir"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/18615","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=18615"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/18615\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":18616,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/18615\/revisions\/18616"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/11683"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=18615"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=18615"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=18615"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=18615"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}