{"id":18617,"date":"2026-11-29T07:07:48","date_gmt":"2026-11-29T07:07:48","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=18617"},"modified":"2026-11-29T07:07:48","modified_gmt":"2026-11-29T07:07:48","slug":"shuhaily-dipindah-kembali-bertugas-bersama-pdrm-laporan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/shuhaily-dipindah-kembali-bertugas-bersama-pdrm-laporan\/","title":{"rendered":"Shuhaily dipindah, kembali bertugas bersama PDRM? &#8211; Laporan"},"content":{"rendered":"<p>Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Mohd Shuhaily Mohd Zain dilaporkan kembali bertugas dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan ditempatkan di bawah pejabat Ketua Polis Negara (KPN).<\/p>\n<p>Berdasarkan notis pertukaran yang dilihat, Mohd Shuhaily kini ditempatkan di Sekretariat Perancangan Strategik dan Hal Ehwal Antarabangsa KPN dengan pangkat Komisioner Polis (CP), menurut laporan BH.<\/p>\n<p>Pertukaran itu berkuat kuasa pada 24 November lalu menerusi arahan yang ditandatangani Ketua Polis Negara, Khalid Ismail.<\/p>\n<p>Bagaimanapun, setakat ini belum ada kenyataan rasmi daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) atau PDRM berhubung pertukaran berkenaan.<\/p>\n<p>Mohd Shuhaily yang dihubungi bagi mendapatkan pengesahan juga enggan mengulas perkara itu.<\/p>\n<p>Usaha mendapatkan maklum balas daripada Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail dan Khalid turut dilakukan, namun belum mendapat sebarang pengesahan.<\/p>\n<p>Perkembangan itu berlaku selepas Mohd Shuhaily berdepan pertuduhan di Mahkamah Majistret Sepang pada 21 Oktober lalu kerana didakwa mencederakan dua anggota polis di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), September lalu.<\/p>\n<p>Beliau mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan berkenaan.<\/p>\n<p>Susulan kes itu, Saifuddin sebelum ini memaklumkan KDN memutuskan untuk menamatkan penempatan Mohd Shuhaily secara pinjaman di AKPS.<\/p>\n<p>Bagaimanapun, Mohd Shuhaily dilihat kembali menjalankan tugas sebagai Ketua Pengarah AKPS pada 2 November lalu apabila mempengerusikan mesyuarat komander agensi itu selepas dilaporkan bercuti pada minggu sebelumnya.<\/p>\n<p>Pada 14 November lalu, Khalid berkata beliau masih belum menerima sebarang arahan berhubung kepulangan Mohd Shuhaily ke pasukan polis.<\/p>\n<p>Beliau turut menjelaskan Mohd Shuhaily sedang menjalani kontrak selama dua tahun sebagai Ketua Pengarah AKPS menerusi pelantikan oleh Yang di-Pertuan Agong.<\/p>\n<p>Untuk rekod, Mohd Shuhaily pernah mengetuai Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman sebelum dipinjamkan ke AKPS sebagai ketua pengarah pada 1 Julai tahun lalu.<\/p>\n<p>Perkembangan terbaharu ini menimbulkan persoalan mengenai kedudukan beliau dalam AKPS, terutama susulan keputusan KDN sebelum ini untuk menamatkan penempatan secara pinjaman berkenaan.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Mohd Shuhaily Mohd Zain dilaporkan kembali bertugas dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan ditempatkan di bawah pejabat Ketua Polis Negara (KPN). Berdasarkan notis pertukaran yang dilihat, Mohd Shuhaily kini ditempatkan di Sekretariat Perancangan Strategik dan Hal Ehwal Antarabangsa KPN dengan pangkat Komisioner Polis (CP), menurut [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":7277,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[2338,5831,22,5751,3088,43],"authors":[],"class_list":["post-18617","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-akps","tag-dipindah","tag-kdn","tag-kementerian-dalam-negeri","tag-mohd-shuhaily-mohd-zain","tag-pdrm"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/18617","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=18617"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/18617\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":18618,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/18617\/revisions\/18618"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/7277"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=18617"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=18617"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=18617"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=18617"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}