{"id":18619,"date":"2026-11-29T07:12:47","date_gmt":"2026-11-29T07:12:47","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=18619"},"modified":"2026-11-29T07:12:47","modified_gmt":"2026-11-29T07:12:47","slug":"isu-penutupan-premis-jumaat-polis-rakam-keterangan-lima-individu-termasuk-mp-kota-melaka","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/isu-penutupan-premis-jumaat-polis-rakam-keterangan-lima-individu-termasuk-mp-kota-melaka\/","title":{"rendered":"Isu penutupan premis Jumaat: Polis rakam keterangan lima individu termasuk MP Kota Melaka"},"content":{"rendered":"<p>Polis sudah merakam keterangan lima individu berhubung hantaran media sosial Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong yang mempersoalkan arahan penutupan premis perniagaan di Kuala Terengganu pada setiap Jumaat.<\/p>\n<p>Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Mohd Kumar berkata, polis menerima lima laporan berhubung isu berkenaan setakat jam 10 pagi tadi.<\/p>\n<p>Beliau berkata, kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 505(b) dan Seksyen 298 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.<\/p>\n<p>&#8220;Kita juga merakam keterangan Khoo mengikut Seksyen 112 Kanun Tatacara Jenayah pada 27 November lalu.<\/p>\n<p>&#8220;Siasatan lanjut masih dijalankan,&#8221; katanya dipetik laporan media.<\/p>\n<p>Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan berkaitan kenyataan yang boleh mencetuskan ketakutan atau kegentaran awam, manakala Seksyen 298 membabitkan perbuatan sengaja melukakan perasaan keagamaan seseorang.<\/p>\n<p>Sementara itu, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 berkaitan penggunaan tidak wajar kemudahan atau perkhidmatan rangkaian.<\/p>\n<p>Kontroversi itu tercetus susulan hantaran Poay Tiong yang mempersoalkan arahan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) supaya premis perniagaan tertentu ditutup dari jam 12.30 tengah hari hingga 2.30 petang setiap Jumaat bagi memberi laluan kepada umat Islam menunaikan solat Jumaat.<\/p>\n<p>Poay Tiong yang juga Pengerusi DAP Melaka sebelum ini dipanggil ke Bukit Aman untuk memberikan keterangan berhubung hantaran berkenaan.<\/p>\n<p>Beliau kemudiannya memohon maaf dan mengakui pemilihan perkataan serta nada dalam hantaran itu mencetuskan salah faham selain menyinggung perasaan orang ramai, khususnya umat Islam.<\/p>\n<p>Sebelum ini, Ketua Polis Negara, Mohd Khalid Ismail memaklumkan polis turut menyiasat dua pemimpin DAP, Poay Tiong dan bekas Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua berhubung hantaran berasingan di Facebook selepas menerima keseluruhan 57 laporan.<\/p>\n<p>Daripada jumlah itu, 55 laporan membabitkan hantaran Pua berkaitan penyahklasifikasian dokumen Lembaga Pengampunan berhubung bekas Perdana Menteri, Najib Razak, manakala dua lagi berkaitan hantaran Khoo mengenai arahan penutupan premis perniagaan di Kuala Terengganu.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Polis sudah merakam keterangan lima individu berhubung hantaran media sosial Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong yang mempersoalkan arahan penutupan premis perniagaan di Kuala Terengganu pada setiap Jumaat. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Mohd Kumar berkata, polis menerima lima laporan berhubung isu berkenaan setakat jam 10 pagi tadi. Beliau berkata, kertas siasatan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":10284,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[1041,1213,63,5833,5745,2986,2985,5832,2408,2756,1386],"authors":[],"class_list":["post-18619","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-akta-komunikasi-dan-multimedia-1998","tag-bukit-aman","tag-dap","tag-jabatan-siasatan-jenayah","tag-jumaat","tag-khoo-poay-tiong","tag-kota-melaka","tag-mohd-kumar","tag-premis","tag-tony-pua","tag-tutup"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/18619","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=18619"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/18619\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":18620,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/18619\/revisions\/18620"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/10284"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=18619"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=18619"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=18619"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=18619"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}