{"id":1872,"date":"2025-07-28T08:30:06","date_gmt":"2025-07-28T08:30:06","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=1872"},"modified":"2025-07-28T08:30:06","modified_gmt":"2025-07-28T08:30:06","slug":"polis-tahan-chegubard-atas-dakwaan-menghasut-semasa-himpunan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/polis-tahan-chegubard-atas-dakwaan-menghasut-semasa-himpunan\/","title":{"rendered":"Polis tahan Chegubard atas dakwaan menghasut semasa himpunan"},"content":{"rendered":"<p>Polis bertindak menahan aktivis politik, Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard hari ini berhubung ucapan semasa perhimpunan \u2018Turun Anwar\u2019 pada Sbarul<\/p>\n<p>Chegubard difahamkan berdepan siasatan pihak polis atas dakwaan menghasut semasa perhimpunan tempoh hari dan peguamnya, Muhammad Rafique Rashid Ali memaklumkan anak guamnya itu ditahan pada pukul 2.30 petang tadi.<\/p>\n<p>Rafique mengecam tindakan pihak berkuasa itu dengan mendakwa ia tidak perlu kerana Badrul Hisham sudah menetapkan temu janji untuk bertemu penyiasat polis yang bertanggungjawab kesnya di Bukit Aman esok (Selasa).<\/p>\n<p>\u201cSemalam kami menerima pengesahan laporan polis telah dibuat terhadap Chegubard berhubung Himpunan Turun Anwar pada Sabtu.<\/p>\n<p>\u201cKertas siasatan dibuka atas dakwaan kesalahan di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil (tingkah laku menghina), Seksyen 504 Kanun Keseksaan (menghina dengan sengaja dengan niat untuk mencetuskan pecah keamanan), Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia, dan Seksyen 4(1) Akta Hasutan,&#8221; katanya dalam kenyataan.<\/p>\n<p>&#8220;Tangkapan dalam kes ini tidak diperlukan kerana Chegubard telah memberi akujanji untuk menghadirkan diri di Bukit Aman.<\/p>\n<p>&#8220;Tindakan pihak berkuasa dan\/atau arahan yang diberikan oleh pihak atasan adalah amat dikesali lebih-lebih lagi apabila tiada sebarang insiden tidak diingini semasa dan\/atau susulan daripada Himpunan Turun Anwar,&#8221; tambahnya.<\/p>\n<p>Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia merujuk kepada kesalahan berkaitan penyalahgunaan kemudahan rangkaian, manakala Seksyen 4(1) Akta Hasutan menghukum kesalahan yang berkaitan dengan mengeluarkan kata-kata berbaur hasutan.<\/p>\n<p>Chegubard adalah antara pemimpin semasa perhimpunan mendesak peletakan Anwar Ibrahim di Dataran Merdeka hujung minggu lalu.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Polis bertindak menahan aktivis politik, Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard hari ini berhubung ucapan semasa perhimpunan \u2018Turun Anwar\u2019 pada Sbarul Chegubard difahamkan berdepan siasatan pihak polis atas dakwaan menghasut semasa perhimpunan tempoh hari dan peguamnya, Muhammad Rafique Rashid Ali memaklumkan anak guamnya itu ditahan pada pukul 2.30 petang tadi. Rafique mengecam tindakan pihak berkuasa itu [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":1873,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[1069,1068,236,43,1070,829],"authors":[],"class_list":["post-1872","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-badrul-hisham-shaharin","tag-chegubard","tag-himpunan","tag-pdrm","tag-tahan","tag-turun-anwar"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/1872","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=1872"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/1872\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":1874,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/1872\/revisions\/1874"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/1873"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=1872"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=1872"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=1872"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=1872"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}