{"id":1901,"date":"2025-07-29T07:37:07","date_gmt":"2025-07-29T07:37:07","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=1901"},"modified":"2025-07-29T07:37:07","modified_gmt":"2025-07-29T07:37:07","slug":"saifuddin-nasution-puji-pmx-berjaya-damaikan-konflik-antara-thai-kemboja","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/saifuddin-nasution-puji-pmx-berjaya-damaikan-konflik-antara-thai-kemboja\/","title":{"rendered":"Saifuddin Nasution puji PMX berjaya damaikan konflik antara Thai-Kemboja"},"content":{"rendered":"<p>Peranan diplomasi dimainkan Perdana Menteri Anwar Ibrahim dalam konflik dua negara Asean, Thailand dan Kemboja wajar diberikan pujian kerana berjaya membuktikan keyakinan negara rantau terhadap keupayaan Malaysia sebagai pemudah cara berwibawa.<\/p>\n<p>Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail berkata gencatan senjata yang dicapai semasa rundingan di Putrajaya antara Thailand dan Kemboja adalah signifikan kerana mengekalkan kestabilan rantau Asean daripada konflik yang tidak sepatutnya berlaku.<\/p>\n<p>\u201cSebagai Menteri Dalam Negeri, saya menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi kepada Perdana Menteri.<\/p>\n<p>\u201cKeamanan serantau bukan hanya menyumbang kepada kestabilan geopolitik, tetapi juga memberi kesan langsung kepada keharmonian dalam negara menjadikan sempadan kita lebih selamat, kawalan migrasi lebih tersusun, dan keselamatan awam lebih terjamin.<\/p>\n<p>\u201cKita mesti terus mempertahankan kepimpinan ini demi Malaysia yang dihormati, Asean yang bersatu, dan dunia yang lebih aman,\u201d seru beliau.<\/p>\n<p>Saifuddin memberitahu, dalam era global yang penuh ketidaktentuan ini, keamanan bukan hanya sebuah aspirasi, tetapi keperluan utama bagi kestabilan dan kemakmuran serantau.<\/p>\n<p>Kerajaan Madani Malaysia, di bawah kepimpinan Perdana Menteri, sekali lagi memperkukuh peranan di persada antarabangsa apabila dua negara jiran Asean Thailand dan Kemboja bersetuju menamatkan persengketaan melalui gencatan senjata yang bermula hari ini.<\/p>\n<p>\u201cSebagai Pengerusi Asean, Malaysia bukan sahaja memikul amanah besar untuk memantau pematuhan gencatan senjata tersebut, malah memperlihatkan keupayaan diplomasi berasaskan nilai iaitu rundingan, hormat-menghormati dan penolakan terhadap keganasan sebagaimana yang teras dalam Piagam Asean.<\/p>\n<p>\u201cKDN, sebagai peneraju keselamatan dalam negeri, turut memainkan peranan penting dalam aspek pelaksanaan pemantauan, perkongsian maklumat perisikan serantau, serta penyelarasan kawalan sempadan bagi menyokong pelaksanaan gencatan senjata ini secara berkesan. Melalui kerjasama agensi seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Imigresen, AKPS dan APMM, KDN memastikan tiada elemen rentas sempadan seperti penyeludupan senjata, pemerdagangan manusia atau pergerakan kumpulan ekstremis yang boleh menggugat proses damai ini.<\/p>\n<p>\u201cPada masa yang sama, KDN juga mengukuhkan jaringan kerjasama keselamatan dua hala dan pelbagai hala bersama rakan setara di Asean, menjadikan Malaysia bukan sahaja sebagai fasilitator diplomasi, tetapi juga sebagai penyumbang aktif dalam membina ketahanan serantau,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Jelas beliau lagi, apa yang berlaku antara Thailand dan Kemboja ini menunjukkan bahawa Asean masih relevan sebagai platform damai dan Malaysia sebagai Pengerusi kini menjadi contoh kepimpinan yang berani, matang dan berkesan.<\/p>\n<p>\u201cSaya merakamkan penghargaan kepada kerajaan Thailand dan Kemboja atas keberanian mereka memilih jalan damai, serta kepada Presiden AS dan China atas sokongan mereka,\u201d ujar Saifuddin.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Peranan diplomasi dimainkan Perdana Menteri Anwar Ibrahim dalam konflik dua negara Asean, Thailand dan Kemboja wajar diberikan pujian kerana berjaya membuktikan keyakinan negara rantau terhadap keupayaan Malaysia sebagai pemudah cara berwibawa. Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail berkata gencatan senjata yang dicapai semasa rundingan di Putrajaya antara Thailand dan Kemboja adalah signifikan kerana mengekalkan kestabilan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":1824,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[13,221,1075,22,1074,18,1073],"authors":[],"class_list":["post-1901","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-anwar","tag-asean","tag-gencatan-senjata","tag-kdn","tag-kemboja","tag-pmx","tag-thailand"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/1901","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=1901"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/1901\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":1902,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/1901\/revisions\/1902"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/1824"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=1901"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=1901"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=1901"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=1901"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}