{"id":1971,"date":"2025-07-31T05:35:50","date_gmt":"2025-07-31T05:35:50","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=1971"},"modified":"2025-07-31T05:35:50","modified_gmt":"2025-07-31T05:35:50","slug":"pemberian-rm100-tiada-permohonan-diperlukan-guna-mykad","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/pemberian-rm100-tiada-permohonan-diperlukan-guna-mykad\/","title":{"rendered":"Pemberian RM100: Tiada permohonan diperlukan, guna MyKad"},"content":{"rendered":"<p>Orang ramai berusia 18 tahun dan ke atas tidak perlu membuat permohonan bagi pemberian RM100 secara sekali beri di bawah program Sumbangan Asas Rahmah (SARA).<\/p>\n<p>Kelayakan untuk penghargaan SARA adalah secara automatik berdasarkan data semua warganegara dewasa yang memegang MyKad, kata Menteri Kewangan II, Amir Hamzah Azizan.<\/p>\n<p>Menurut beliau, data pemegang MyKad daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan digunakan bagi tujuan tersebut.<\/p>\n<p>\u201cSehubungan itu, orang ramai dinasihatkan tidak terpedaya dengan sebarang penipuan atau scammer yang menjemput pendaftaran kerana penghargaan SARA ini dilakukan secara terus untuk semua pemegang MyKad.<\/p>\n<p>\u201cInisiatif penghargaan SARA membolehkan sesebuah isi rumah berpeluang menerima jumlah kredit SARA yang lebih tinggi.<\/p>\n<p>\u201cSebagai contoh, sebuah keluarga yang terdiri daripada sepasang suami isteri dan tiga anak berumur 18 tahun dan ke atas akan menerima jumlah keseluruhan RM500 dan bukannya hanya RM100 seisi rumah,\u201d katanya pada sesi pemberitahuan waktu pertanyaan menteri di Dewan Rakyat di sini hari ini.<\/p>\n<p>Beliau menjawab soalan Syerleena Abdul Rashid (PH-Bukit Bendera) yang minta menteri kewangan menjelaskan proses pendaftaran dan bagaimana untuk melayakkan diri bagi menerima dan berbelanja RM100 di bawah inisiatif SARA itu.<\/p>\n<p>Mengulas lanjut, Amir Hamzah berkata, kredit itu boleh dibelanjakan di lebih 4,500 premis runcit yang berdaftar sehingga 29 Julai ini dan akan bertambah dari semasa ke semasa,<\/p>\n<p>Ia melibatkan lebih 90,000 barangan keperluan harian dalam 14 kategori antaranya barangan makanan asas seperti beras dan telur, kebersihan rumah, ubat-ubatan, keperluan sekolah dan kebersihan diri.<\/p>\n<p>Antara premis yang berdaftar adalah seperti Giant, Mydin, Bataras, C-Mart dan TF Value-Mart.<\/p>\n<p>\u201cSekiranya terdapat premis yang ingin berdaftar sebagai Rakan Niaga SARA, mereka boleh membuat permohonan kepada Yayasan MyKasih untuk proses selanjutnya.<\/p>\n<p>\u201cUntuk makluman, senarai pasar raya dan kedai runcit ini bukan muktamad dan sejak pengumuman Perdana Menteri dibuat pada 23 Julai 2025, jumlah ini telah meningkat. Sekiranya terdapat pasar raya dan kedai runcit yang berminat untuk turut serta, mereka boleh menghubungi pihak MyKasih untuk mendaftar.<\/p>\n<p>\u201cDengan pelaksanaan penghargaan SARA, jumlah keseluruhan peruntukan di bawah program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan SARA meningkat daripada RM13 bilion kepada RM15 bilion bagi tahun 2025 iaitu kenaikan sebanyak 50 peratus berbanding RM10 bilion ringgit pada tahun 2024,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Orang ramai berusia 18 tahun dan ke atas tidak perlu membuat permohonan bagi pemberian RM100 secara sekali beri di bawah program Sumbangan Asas Rahmah (SARA). Kelayakan untuk penghargaan SARA adalah secara automatik berdasarkan data semua warganegara dewasa yang memegang MyKad, kata Menteri Kewangan II, Amir Hamzah Azizan. Menurut beliau, data pemegang MyKad daripada Jabatan Pendaftaran [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":1759,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[298,287,1113,1012,1004],"authors":[],"class_list":["post-1971","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-amir-hamzah-azizan","tag-kewangan","tag-pemberian-tunai","tag-rm100","tag-sara"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/1971","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=1971"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/1971\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":1972,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/1971\/revisions\/1972"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/1759"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=1971"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=1971"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=1971"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=1971"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}