{"id":1982,"date":"2025-07-31T10:04:17","date_gmt":"2025-07-31T10:04:17","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=1982"},"modified":"2025-07-31T10:04:17","modified_gmt":"2025-07-31T10:04:17","slug":"hassan-sifatkan-rmk13-akan-beri-lonjakkan-kepada-kerajaan-madani-hadapi-pru-16","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/hassan-sifatkan-rmk13-akan-beri-lonjakkan-kepada-kerajaan-madani-hadapi-pru-16\/","title":{"rendered":"Hassan sifatkan RMK13 akan beri lonjakkan kepada kerajaan Madani hadapi PRU-16"},"content":{"rendered":"<p>Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) yang dibentang Perdana Menteri, Anwar Ibrahim dijangka akan memberi lonjakkan kepada kerajaan Madani untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16), kata Hassan Karim.<\/p>\n<p>Ahli Parlimen Pasir Gudang itu berkata Anwar membentangkan dasar lengkap bagi tempoh lima tahun akan datang iaitu dari 2026 hingga 2030 ke arah pembangunan yang mampan dan menunjukkan hala tuju kerajaan yang jelas.<\/p>\n<p>\u201cJadi, dokumen lengkap RMK13 ini yang disampaikan intisari dan intipatinya secara lisan di Parlimen oleh Anwar bolehlah dianggap semacam manifesto pilihan raya parti-parti politik yang bergabung dalam Kerajaan Madani yang mentadbir kerajaan Persekutuan di Putrajaya,\u201d katanya dalam kenyataan hari ini.<\/p>\n<p>Menurut Hassan, pembentangan RMK13 yang merupakan dokumen rasmi kerajaan memberikan keyakinan kepada rakyat, golongan usahawan serta pelabur luar dan dalam negara bahawa ia bukan sekadar manifesto politik, sebaliknya dasar ekonomi negara yang dibahaskan dan diluluskan di Parlimen.<\/p>\n<p>\u201cDokumen lengkap RMK13 yang tebal itu merekodkan pencapaian sosioekonomi Malaysia bagi tahun 2021 hingga 2025.<\/p>\n<p>\u201cContohnya, sasaran 10 tahun Ekonomi Madani adalah untuk menjadi antara 30 ekonomi terbesar dunia. Namun, setakat tahun 2024, Malaysia mencapai kedudukan ke-36 ekonomi terbesar dunia. Ini adalah satu fakta pencapaian yang dapat diukur,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau turut menjelaskan bahawa pembentangan secara rasmi dan terbuka itu membuktikan Malaysia mempunyai perancangan yang jelas menuju tahun 2030, termasuk sasaran ekonomi makro dan usaha menangani kos sara hidup rakyat.<\/p>\n<p>\u201cSatu kekuatan Anwar dan kerajaan Madani pimpinannya ialah beliau fokus dalam memperbaiki kedudukan ekonomi Malaysia. Ini ditunjukkan oleh Anwar bahawa dalam tempoh lima tahun RMK13, Kerajaan Madani akan mengemukakan 10 keutamaan kerencaman ekonomi. Contohnya, kerajaan akan mereformasi industri semikonduktor tempatan,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Ujarnya lagi, kerajaan turut menggariskan dasar berkaitan reformasi pendidikan, pasaran buruh serta peningkatan taraf sosioekonomi golongan sasar.<\/p>\n<p>\u201cDalam setiap inisiatif dan dasar lima tahun yang akan datang, dokumen RMK13 dengan jujur dan telus boleh disemak dan diteliti pencapaian setiap satu dalam RMK12, yang mana Kerajaan Madani turut terlibat dan mentadbir negara sebagai kerajaan mulai November 2022 hingga kini,\u201d tambah beliau.<\/p>\n<p>Hassan berkata, RMK13 turut menyatakan dasar kerajaan untuk melaksanakan agenda reformasi perkhidmatan awam serta dasar meningkatkan kesejahteraan rakyat dan kelestarian alam sekitar.<\/p>\n<p>\u201cSebagai contoh, dinyatakan sasaran kerajaan bagi tahun 2030 ialah sebanyak 500,000 unit rumah mampu milik siap dibina. Namun, setakat Mac 2025, hanya 179,769 unit rumah mampu milik yang siap dibina. Ertinya, kerajaan menyedari banyak yang perlu dilakukan lagi untuk mereformasikan sektor perumahan negara dalam tempoh RMK13,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau turut menyentuh perhimpunan besar pada 26 Julai lalu di ibu negara yang menuntut Anwar meletak jawatan sebagai Perdana Menteri.<\/p>\n<p>\u201cLima hari kemudian di Parlimen, Anwar di Dewan Rakyat membentangkan satu dasar ekonomi yang lengkap untuk negara Malaysia dan rakyatnya, iaitu dasar ekonomi bagi tempoh lima tahun akan datang.<\/p>\n<p>\u201cSetelah mendengar Anwar Ibrahim membentangkan RMK13 itu di Parlimen, adakah wajar lagi untuk rakyat menuntut Anwar turun, sedangkan dialah orang yang diharapkan untuk menerajui dan melaksanakan cita-cita yang terkandung dalam RMK13 tersebut?\u201d soal Hassan.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) yang dibentang Perdana Menteri, Anwar Ibrahim dijangka akan memberi lonjakkan kepada kerajaan Madani untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16), kata Hassan Karim. Ahli Parlimen Pasir Gudang itu berkata Anwar membentangkan dasar lengkap bagi tempoh lima tahun akan datang iaitu dari 2026 hingga 2030 ke arah pembangunan yang mampan dan menunjukkan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":1821,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[13,68,1118,285,18,101,1114],"authors":[],"class_list":["post-1982","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-anwar","tag-ekonomi","tag-hassan-karim","tag-madani","tag-pmx","tag-pru-16","tag-rmk13"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/1982","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=1982"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/1982\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":1983,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/1982\/revisions\/1983"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/1821"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=1982"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=1982"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=1982"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=1982"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}