{"id":1999,"date":"2025-08-01T07:54:31","date_gmt":"2025-08-01T07:54:31","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=1999"},"modified":"2025-08-01T07:54:31","modified_gmt":"2025-08-01T07:54:31","slug":"pengurangan-tarif-as-membuktikan-kepimpinan-pmx-dihormati-amk","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/pengurangan-tarif-as-membuktikan-kepimpinan-pmx-dihormati-amk\/","title":{"rendered":"Pengurangan tarif AS membuktikan kepimpinan PMX dihormati: AMK"},"content":{"rendered":"<p>Kepimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim ternyata dihormati susulan keputusan Amerika Syarikat (AS) menurunkan tarif eksport Malaysia ke negara itu, kata Angkatan Muda Keadilan (AMK).<\/p>\n<p>Ketua Penerangan AMK, Danish Hairudin menyifatkan kejayaan dalam rundingan perdagangan dengan Presiden AS, Donald Trump yang diumumkan Anwar semalam adalah bukti keberkesanan diplomasi ekonomi.<\/p>\n<p>\u201cIni adalah kemenangan penting dalam diplomasi ekonomi negara yang sekali lagi membuktikan bahawa kepimpinan YAB Perdana Menteri Anwar Ibrahim bukan sahaja tegas mempertahankan kepentingan nasional, malah dihormati di pentas antarabangsa,\u201d katanya dalam kenyataan, hari ini.<\/p>\n<p>Menurut Danish, pengurangan tarif tersebut membuka peluang lebih luas kepada syarikat tempatan untuk menembusi pasaran antarabangsa selain meningkatkan keyakinan pelabur terhadap daya saing industri negara.<\/p>\n<p>\u201cLangkah ini bukan sahaja membuka ruang pasaran lebih luas untuk syarikat Malaysia, tetapi turut melonjakkan keyakinan pelabur asing terhadap daya saing industri kita.<\/p>\n<p>\u201cIa juga membuktikan bahawa Kerajaan Madani tidak tunduk kepada tekanan luar, sebaliknya berunding dengan prinsip dan strategi yang berpaksikan kepentingan rakyat,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Jelas beliau, rundingan itu dicapai tanpa mengorbankan dasar utama negara termasuk pelan transformasi industri, perlindungan terhadap perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta agenda pembangunan hijau dan teknologi tinggi.<\/p>\n<p>\u201cLebih penting, tarif ini diturunkan tanpa negara perlu mengorbankan dasar-dasar penting seperti pelan transformasi industri, perlindungan kepada PKS serta agenda pembangunan hijau dan teknologi tinggi,\u201d ujarnya.<\/p>\n<p>AMK turut menyifatkan kejayaan itu sebagai bukti hasil perubahan budaya pentadbiran negara yang lebih profesional dan berpandangan jauh.<\/p>\n<p>\u201cKejayaan ini adalah manifestasi kepada perubahan budaya pentadbiran yang lebih profesional, fokus dan berpandangan jauh. Ia menunjukkan hasil daripada dasar yang konsisten, komitmen kepada reformasi struktur, dan hubungan antarabangsa yang dimanfaatkan demi kemakmuran rakyat,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Sehubungan itu, beliau menyeru golongan muda terutama usahawan dan pengeksport agar memanfaatkan peluang hasil keputusan itu bagi memperluas capaian pasaran global.<\/p>\n<p>Malaysia dikenakan tarif 19 peratus berdasarkan perintah eksekutif yang ditandatangani Presiden AS, Trump, semalam.<\/p>\n<p>Dokumen pelarasan lanjut kadar tarif timbal balas yang ditandatangani Trump bertarikh 31 Julai 2025 itu sudah dimuat naik di laman sesawang White House.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kepimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim ternyata dihormati susulan keputusan Amerika Syarikat (AS) menurunkan tarif eksport Malaysia ke negara itu, kata Angkatan Muda Keadilan (AMK). Ketua Penerangan AMK, Danish Hairudin menyifatkan kejayaan dalam rundingan perdagangan dengan Presiden AS, Donald Trump yang diumumkan Anwar semalam adalah bukti keberkesanan diplomasi ekonomi. \u201cIni adalah kemenangan penting dalam diplomasi ekonomi [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":2000,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[13,952,1110,1129,18,1123],"authors":[],"class_list":["post-1999","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-anwar","tag-danish-hairudin","tag-donald-trump","tag-ketua-penerangan-amk","tag-pmx","tag-tarif-import"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/1999","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=1999"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/1999\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":2001,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/1999\/revisions\/2001"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/2000"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=1999"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=1999"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=1999"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=1999"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}