{"id":2002,"date":"2025-08-01T08:05:32","date_gmt":"2025-08-01T08:05:32","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=2002"},"modified":"2025-08-01T08:05:32","modified_gmt":"2025-08-01T08:05:32","slug":"puad-sindir-saravanan-semuanya-kerana-jawatan-umno-mic-bergolak-lagi","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/puad-sindir-saravanan-semuanya-kerana-jawatan-umno-mic-bergolak-lagi\/","title":{"rendered":"Puad sindir Saravanan \u2018semuanya kerana jawatan\u2019, UMNO-MIC bergolak lagi?"},"content":{"rendered":"<p>UMNO dengan parti rakan komponen Barisan Nasional (BN), MIC dilihat kembali berkonflik selepas timbul perang mulut antara Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr. Mohd Puad Zarkashi dengan Timbalan Presiden MIC, M. Saravanan.<\/p>\n<p>Puad dalam kenyataan terbaharu menyindir Saravanan yang didakwa kecewa kerana tidak mendapat jawatan dalam kerajaan seperti yang dijanjikan.<\/p>\n<p>Menurut Puad, Saravanan menuduh Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi \u201cmenipu bulat-bulat\u201d kerana didakwa menjanjikan jawatan kepadanya tetapi gagal menunaikannya sehingga hari ini.<\/p>\n<p>Sedangkan katanya, pelantikan dalam kerajaan adalah hak prerogatif Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.<\/p>\n<p>\u201cKenapa Saravanan tuduh Zahid tipu dia bulat-bulat. Kononnya dia telah dijanjikan jawatan. Tetapi belum dapat sampai sekarang. Dia tahu itu hak prerogatif PMX,\u201d katanya menerusi kenyataan di Facebook, hari ini.<\/p>\n<p>Puad turut mempersoalkan tindakan Saravanan yang menandatangani akuan bersumpah (SD) menyokong Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri ke-10 selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), dan kemudian menarik balik sokongan tersebut.<\/p>\n<p>\u201cKenapa dia tanda tangan SD sokong Muhyiddin sebagai PM ke-10? Dia mungkin telah dijanjikan jawatan. Kemudian dia batal akuan bersumpah sokong Muhyiddin. Pun ada kaitan dengan jawatan,\u201d katanya lagi.<\/p>\n<p>Tambah Puad, calon BN termasuk Saravanan telah menandatangani SD bersetuju untuk tidak melompat parti dan memberi kuasa kepada ketua parti untuk membuat rundingan membentuk kerajaan.<\/p>\n<p>Oleh itu, tindakan Saravanan menyokong Muhyiddin jelas bercanggah dengan prinsip itu.<\/p>\n<p>\u201cTidakkah itu tipu bulat-bulat?\u201d tegas beliau.<\/p>\n<p>Saravanan dalam satu wawancara bersama media mendakwa dirinya telah \u2018dijanjikan jawatan menteri\u2019 oleh Zahid selepas MIC menyokong penubuhan Kerajaan Perpaduan.<\/p>\n<p>Namun selepas tiga tahun, beliau masih tidak melihat sebarang janji itu ditunaikan.<\/p>\n<p>\u201cSaya tidak nampak PMX akan tunaikan janji pasal jawatan. Sudah tiga tahun. Tunaikan apa lagi?\u201d katanya seperti dilaporkan.<\/p>\n<p>Puad turut membidas Saravanan yang mencabar kekuatan UMNO dalam PRU akan datang, dan menegaskan UMNO sekurang-kurangnya berjaya merampas kerusi DUN Nenggiri dalam PRN Kelantan walaupun berdepan PAS di kubu kuatnya.<\/p>\n<p>\u201cSekurang-kurangnya UMNO rampas Nenggiri di negeri kubu kuat Pas,\u201d kata beliau yang menasihatkan MIC agar terus kekal dalam BN dan memperkukuh kuasa rundingan sebagai langkah yang lebih praktikal daripada sekadar bergantung kepada janji jawatan.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>UMNO dengan parti rakan komponen Barisan Nasional (BN), MIC dilihat kembali berkonflik selepas timbul perang mulut antara Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr. Mohd Puad Zarkashi dengan Timbalan Presiden MIC, M. Saravanan. Puad dalam kenyataan terbaharu menyindir Saravanan yang didakwa kecewa kerana tidak mendapat jawatan dalam kerajaan seperti yang dijanjikan. Menurut Puad, Saravanan menuduh Presiden UMNO, [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":2003,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[13,378,69,377,18,1130,1131,146,327],"authors":[],"class_list":["post-2002","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-anwar","tag-bn","tag-jawatan","tag-mic","tag-pmx","tag-puad","tag-saravanan","tag-umno","tag-zahid-hamidi"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/2002","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=2002"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/2002\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":2004,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/2002\/revisions\/2004"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/2003"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=2002"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=2002"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=2002"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=2002"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}