{"id":2005,"date":"2025-08-01T08:17:58","date_gmt":"2025-08-01T08:17:58","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=2005"},"modified":"2025-08-01T08:17:58","modified_gmt":"2025-08-01T08:17:58","slug":"lawatan-bersejarah-ahli-parlimen-dap-ke-ibu-pejabat-umno-atas-jemputan-zahid-laporan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/lawatan-bersejarah-ahli-parlimen-dap-ke-ibu-pejabat-umno-atas-jemputan-zahid-laporan\/","title":{"rendered":"Lawatan bersejarah Ahli Parlimen DAP ke ibu pejabat UMNO atas jemputan Zahid: Laporan"},"content":{"rendered":"<p>Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan menjemput Ahli Parlimen (MP) DAP ke Ibu Pejabat UMNO di Menara Dato\u2019 Onn pada awal minggu ini yang disifatkan julung-julung kali berlaku.<\/p>\n<p>Sebuah portal melaporkan hampir 30 wakil rakyat DAP menghadiri pertemuan atas jemputan Presiden UMNO tersebut yang dianggap satu lawatan bersejarah dalam politik negara.<\/p>\n<p>Salah seorang pemimpin DAP yang hadir, MP Kota Kinabalu Chan Foong Hin berkata mereka hadir bagi menghadiri taklimat mengenai Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang dikendalikan oleh Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri dan juga pengerusi Majlis TVET Negara.<\/p>\n<p>\u201cIa kali pertama sekumpulan besar Ahli Parlimen DAP melawat Ibu Pejabat Umno \u2014 satu petanda kematangan dan kerjasama dalam kerajaan perpaduan,\u201d kata Foong Hin dalam satu hantaran di Facebook.<\/p>\n<p>\u201cKerajaan Madani bukanlah sempurna. Namun kami serius dalam melaksanakan tanggungjawab.<\/p>\n<p>\u201cKami berusaha mengatasi perbezaan ideologi dan kepartian demi kemajuan negara. Pembinaan negara memerlukan perpaduan, bukan keseragaman, dan itulah semangat yang kami pegang.\u201d<\/p>\n<p>Antara pemimpin DAP hadir termasuk Setiausaha Agung, Loke Siew Fook, Penasihat Lim Guan Eng dan Naib Pengerusi Chong Chieng Jen.<\/p>\n<p>Turut hadir Naib Presiden UMNO Johari Ghani dan Setiausaha Agung, Asyraf Wajdi Dusuki.<\/p>\n<p>Umno memainkan peranan penting dalam pembentukan kerajaan perpaduan apabila bergabung dengan bekas musuh politiknya, DAP, selepas Pilihan Raya Umum Ke-15.<\/p>\n<p>Pada Jun 2023, Loke menyertai Perdana Menteri Anwar Ibrahim menghadiri Perhimpunan Agung UMNO yang pertama membabitkan pemimpin DAP.<\/p>\n<p>Beberapa bulan kemudian, Zahid, Asyraf dan Setiausaha Agung Barisan Nasional, Zambry Abdul Kadir pula hadir ke Konvensyen Kebangsaan DAP.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan menjemput Ahli Parlimen (MP) DAP ke Ibu Pejabat UMNO di Menara Dato\u2019 Onn pada awal minggu ini yang disifatkan julung-julung kali berlaku. Sebuah portal melaporkan hampir 30 wakil rakyat DAP menghadiri pertemuan atas jemputan Presiden UMNO tersebut yang dianggap satu lawatan bersejarah dalam politik negara. Salah seorang pemimpin DAP yang hadir, [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":2006,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[147,63,800,48,520,146],"authors":[],"class_list":["post-2005","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-ahmad-zahid-hamidi","tag-dap","tag-ibu-pejabat","tag-lawatan","tag-tvet","tag-umno"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/2005","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=2005"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/2005\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":2007,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/2005\/revisions\/2007"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/2006"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=2005"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=2005"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=2005"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=2005"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}