{"id":2015,"date":"2025-08-02T04:38:07","date_gmt":"2025-08-02T04:38:07","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=2015"},"modified":"2025-08-02T04:38:07","modified_gmt":"2025-08-02T04:38:07","slug":"skandal-rasuah-sabah-shafie-persoal-kenapa-yang-lain-tidak-didakwa","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/skandal-rasuah-sabah-shafie-persoal-kenapa-yang-lain-tidak-didakwa\/","title":{"rendered":"Skandal rasuah Sabah: Shafie persoal kenapa yang lain tidak didakwa?"},"content":{"rendered":"<p>Presiden Parti Warisan, Mohd Shafie Apdal mempersoalkan mengapa ramai lagi individu belum didakwa berhubung skandal rasuah lesen perlombongan yang menjadi kontoversi hangat di Sabah.<\/p>\n<p>Shafie yang juga bekas ketua menteri Sabah itu membangkitkan pendedahan beberapa video bukti rasuah oleh pemberi maklumat melibatkan pemimpin kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan juga Ketua Menteri Sabah Hajiji Noor sebelum ini tetapi hanya individu tertentu sahaja berdepan pendakwaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di mahkamah.<\/p>\n<p>\u201cBukan saya cakap, keluar\u2026video (berhubung dakwaan). Video (tunjuk) YB, bukan YB Warisan (tapi) YB GRS,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Bekas ketua menteri Sabah itu membangkitkan yang setakat ini hanya dua Adun yang dihadapkan ke mahkamah berhubung kes itu, selain Tei.<\/p>\n<p>\u201cYang sembilan lagi kenapa tidak didakwa?\u201d soalnya semasa program politik di kawasannya.<\/p>\n<p>\u201cDulu ketika saya menteri luar bandar, saya dituduh ambil duit RM1 bilion.<\/p>\n<p>\u201c(SPRM) datang rumah saya, tak jumpa duit. Periksa bank saya, tak jumpa duit. Saya diberi baju oren (lokap SPRM).<\/p>\n<p>\u201cSaya tidur di lantai. (Akhirnya) Tiada kes. Tapi yang kena tuduh kini pakai kot,\u201d kata presiden Warisan itu lagi, merujuk ketika dia menjadi menteri persekutuan UMNO.<\/p>\n<p>Sejak November tahun lalu, Albert Tei yang merupakan ahli perniagaan mendedahkan beberapa rakaman video dan mesej yang didakwa menunjukkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah, termasuk Speaker DUN, terlibat dalam perbincangan rasuah.<\/p>\n<p>Pemberi maklumat itu mendakwa dia memberi rasuah bagi mendapatkan lesen penerokaan mineral tetapi memilih untuk tampil ke hadapan selepas lesen tersebut dibatalkan.<\/p>\n<p>Hajiji mendakwa dia bersekongkol dengan pihak-pihak yang ingin menggugat pentadbirannya.<\/p>\n<p>Pemberi maklumat itu juga berdepan tuduhan balas yang kononnya dia cuba memonopoli sektor perlombongan Sabah melalui penipuan.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Presiden Parti Warisan, Mohd Shafie Apdal mempersoalkan mengapa ramai lagi individu belum didakwa berhubung skandal rasuah lesen perlombongan yang menjadi kontoversi hangat di Sabah. Shafie yang juga bekas ketua menteri Sabah itu membangkitkan pendedahan beberapa video bukti rasuah oleh pemberi maklumat melibatkan pemimpin kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan juga Ketua Menteri Sabah Hajiji Noor [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":277,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[151,397,1132,24,241,21,239],"authors":[],"class_list":["post-2015","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-grs","tag-hajiji","tag-lombong","tag-rasuah","tag-shafie-apdal","tag-sprm","tag-warisan"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/2015","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=2015"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/2015\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":2016,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/2015\/revisions\/2016"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/277"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=2015"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=2015"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=2015"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=2015"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}