{"id":202,"date":"2025-05-19T12:50:33","date_gmt":"2025-05-19T12:50:33","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=202"},"modified":"2025-05-19T12:50:33","modified_gmt":"2025-05-19T12:50:33","slug":"selepas-dilabel-ekstrem-akmal-cabar-dap-jasin-berlawan-dalam-prn-melaka","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/selepas-dilabel-ekstrem-akmal-cabar-dap-jasin-berlawan-dalam-prn-melaka\/","title":{"rendered":"Selepas dilabel ekstrem, Akmal cabar DAP Jasin berlawan dalam PRN Melaka"},"content":{"rendered":"<p>Dr Muhamad Akmal Saleh, mencabar DAP Jasin bertanding di mana-mana kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di kawasan parlimen itu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka nanti.<\/p>\n<p>Ketua Pemuda UMNO membuat cabaran itu sebagai respon balas terhadap usul 15 cawangan DAP di Jasin menyatakan sokongan bersyarat terhadap calon kerajaan perpaduan dalam PRN Melaka nanti mestilah bukan seorang yang esktrem.<\/p>\n<p>\u201cSaya sangat setuju! Malah saya menyarankan kepada DAP Jasin agar buat satu lagi syarat iaitu calon yang betul-betul memahami sejarah dan perlembagaan Malaysia serta mampu bertutur dalam Bahasa Melayu dengan fasih,\u201d tulisnya di media sosial.<\/p>\n<p>Akmal turut mempersoalkan sama ada kenyataan DAP Jasin itu memberi bayangan bahawa parti itu akan meletakkan calon di kerus Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau atau mana-mana kerusi dalam kawasan Parlimen tersebut.<\/p>\n<p>\u201cDAP Jasin mahu bertanding juga di Merlimau atau mana-mana kerusi DUN dalam Jasin ke? Macam cadangan Ketua Pemuda DAP Melaka?<\/p>\n<p>\u201cSilakan, kami tunggu. Kita lawan habis-habisan nanti ya,\u201d katanya lagi.<\/p>\n<p>Terdahulu, gabungan cawangan DAP Jasin meluluskan usul menyokong calon kerajaan perpaduan yang ditunjangi oleh Pakatan Harapan (PH) dan BN pada PRN Melaka yang dijadualkan berlangsung dalam tempoh terdekat.<\/p>\n<p>Bagaimanapun syarat yang dikenakan adalah mereka menolak ahli politik yang mengamalkan politik ekstrem \u2013 termasuk pendekatan perkauman dan agama yang boleh memecahbelahkan perpaduan rakyat.<\/p>\n<p>\u201cDAP Jasin komited untuk menjadi sebahagian daripada usaha membina negara yang lebih bersatu, adil dan makmur.<\/p>\n<p>\u201cKami tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang membawa politik kebencian dan perpecahan,\u201d menurut kenyataan bersama mereka itu.<\/p>\n<p>Cawangan-cawangan terlibat \u2013 antaranya Kelubi, Air Barok, Asahan, Jasin Lalang, dan Kemendor \u2013 turut menyatakan komitmen terhadap kestabilan politik dan keharmonian kaum, serta menolak sebarang bentuk ekstremisme dalam penentuan calon PRN.<\/p>\n<p>Akmal sebelum ini sering dikaitkan dengan pendekatan kontroversi yang dianggap mengamalkan politik ekstrem yang bersifat melampau.<\/p>\n<p>Antaranya termasuk kenyataan berunsur stereotaip terhadap bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, P Ramasamy, dengan mendakwa Ramasamy &#8220;mungkin mabuk&#8221; semasa membangkitkan isu sekolah vernakular \u2013 satu komen yang dikecam sebagai bersifat perkauman.<\/p>\n<p>Dalam isu stoking kalimah \u201cAllah\u201d yang dijual di KK Mart, Akmal mengetuai kempen boikot dan menuntut tindakan keras terhadap syarikat itu. Tindakan itu dikritik oleh sesetengah pihak sebagai cubaan memanipulasi sentimen agama. Malah, Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno turut mengarahkannya supaya menghentikan sebarang kenyataan lanjut berhubung isu berkenaan.<\/p>\n<p>Akmal juga pernah berkata \u201clebih baik mati sahaja\u201d kepada mereka yang dikatakannya tidak menyedari penghinaan terhadap Islam \u2013 satu kenyataan yang mencetuskan reaksi keras kerana dianggap melampau dan tidak wajar keluar dari mulut seorang pemimpin politik.<\/p>\n<p>Pada pilihan raya umum (PRU-15) 2022, Parlimen Jasin yang pernah menjadi kubu kuat BN tumbang ke tangan Perikatan Nasional (PN) dengan hanya 322 undi.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Dr Muhamad Akmal Saleh, mencabar DAP Jasin bertanding di mana-mana kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di kawasan parlimen itu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka nanti. Ketua Pemuda UMNO membuat cabaran itu sebagai respon balas terhadap usul 15 cawangan DAP di Jasin menyatakan sokongan bersyarat terhadap calon kerajaan perpaduan dalam PRN Melaka nanti mestilah bukan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":203,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[120,63,191,192,171,103,146],"authors":[],"class_list":["post-202","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-akmal-saleh","tag-dap","tag-jasin","tag-melaka","tag-pemuda","tag-prn","tag-umno"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/202","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=202"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/202\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":204,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/202\/revisions\/204"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/203"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=202"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=202"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=202"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=202"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}