{"id":2020,"date":"2025-08-02T08:54:02","date_gmt":"2025-08-02T08:54:02","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=2020"},"modified":"2025-08-02T09:28:50","modified_gmt":"2025-08-02T09:28:50","slug":"ahli-umno-perlu-sedar-realiti-semasa-tak-perlu-takut-kerjasama-dengan-dap-khaled","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/ahli-umno-perlu-sedar-realiti-semasa-tak-perlu-takut-kerjasama-dengan-dap-khaled\/","title":{"rendered":"Ahli UMNO perlu sedar realiti semasa, tak perlu \u2018takut\u2019 kerjasama dengan DAP: Khaled"},"content":{"rendered":"<p>Kerjasama dengan DAP tidak perlu \u2018ditakuti\u2019 kerana asas perjuangan UMNO masih tidak berganjak, gesa Mohamed Khaled Nordin kepada ahli-ahli akar umbi parti itu.<\/p>\n<p>Naib Presiden UMNO itu berkata dasar dan polisi perjuangan tidak tergadai walaupun kini sudah bersama dengan DAP dalam kerajaan perpaduan, sambil menyifatkan perubahan yang berlaku adalah mengikut keadaan politik semasa negara.<\/p>\n<p>\u201cKerjasama dengan DAP juga tidak sesekali menyebabkan dasar dan polisi perjuangan UMNO iaitu menjaga kepentingan agama Islam dan masyarakat Melayu tergadai, sebaliknya hanya perubahan jajaran dan strategi politik.<\/p>\n<p>\u201cAhli dan penyokong UMNO perlu sedar realiti semasa dan dinamik politik baharu bagi memastikan UMNO terus kuat dan kukuh menjelang pilihan raya umum (PRU) akan datang,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang itu berkata demikian ketika berucap dalam Mesyuarat UMNO bahagian tersebut di Dewan Muafakat Taman Mawar hari ini.<\/p>\n<p>Mohamed Khaled berkata, saranan untuk UMNO bekerjasama dengan parti lain itu sudah lama disuarakan tetapi pada ketika itu tidak dilaksanakan.<\/p>\n<p>\u201cSebenarnya ada pandangan dibuat sebelum Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12) lagi agar UMNO bersikap lebih terbuka dan teroka kerjasama baharu untuk pastikan parti dan Barisan Nasional (BN) kekal dengan kekuatan untuk berjaya.<\/p>\n<p>\u201cTetapi masa itu pandangan tersebut tidak diberi perhatian besar, saranan itu datangnya daripada Datuk Seri Johari Abdul Ghani ketika itu, dia seorang pemimpin yang mempunyai pandangan jauh dan berani suarakan pandangan tersebut.<\/p>\n<p>\u201cJadi kalau ada pihak nak marah UMNO bekerjasama dengan siapa, marahlah Datuk Seri Johari Abdul Ghani,\u201d katanya secara berseloroh disambut gelak ketawa perwakilan yang hadir.<\/p>\n<p>Selain itu katanya, UMNO tidak pernah bertanding dalam PRU secara bersendirian sebaliknya sentiasa bekerjasama dengan pihak lain termasuk kaum lain untuk tubuh kerajaan, jadi itu bukan perkara baharu.<\/p>\n<p>\u201cTiada mana-mana perikatan politik akan kekal sampai bila-bila, yang penting kita pastikan UMNO kukuh agar boleh tentukan kerjasama untuk tubuh kerajaan, kalau UMNO tidak kuat mcm mana kita nak tentukan penubuhan kerajaan.<\/p>\n<p>\u201cJadi kita perlu pastikan kerjasama itu akan tambah kekuatan untuk UMNO, keberadaan kita dalam kerajaan hari ini sedikit sebanyak menambah lagi kekuatan dalam parti,\u201d ujarnya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kerjasama dengan DAP tidak perlu \u2018ditakuti\u2019 kerana asas perjuangan UMNO masih tidak berganjak, gesa Mohamed Khaled Nordin kepada ahli-ahli akar umbi parti itu. Naib Presiden UMNO itu berkata dasar dan polisi perjuangan tidak tergadai walaupun kini sudah bersama dengan DAP dalam kerajaan perpaduan, sambil menyifatkan perubahan yang berlaku adalah mengikut keadaan politik semasa negara. \u201cKerjasama [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":2021,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[63,630,1136,401,1135,635,146],"authors":[],"class_list":["post-2020","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-dap","tag-johor","tag-kerajaan-perpaduan","tag-khaled-nordin","tag-takut","tag-umdap","tag-umno"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/2020","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=2020"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/2020\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":2022,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/2020\/revisions\/2022"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/2021"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=2020"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=2020"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=2020"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=2020"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}