{"id":2028,"date":"2025-08-02T09:28:41","date_gmt":"2025-08-02T09:28:41","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=2028"},"modified":"2025-08-02T09:28:41","modified_gmt":"2025-08-02T09:28:41","slug":"trump-puji-rundingan-dibuat-untuk-thai-kemboja-tiga-kali-ucap-fantastik-work-pmx","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/trump-puji-rundingan-dibuat-untuk-thai-kemboja-tiga-kali-ucap-fantastik-work-pmx\/","title":{"rendered":"Trump puji rundingan dibuat untuk Thai-Kemboja, tiga kali ucap \u2018fantastik work\u2019: PMX"},"content":{"rendered":"<p>Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump memuji langkah diambil Malaysia dalam memastikan kejayaan rundingan antara dua negara bertelagah Thailand dan Kemboja baru-baru ini, kata Anwar Ibrahim.<\/p>\n<p>Perdana Menteri memberitahu sebanyak tiga kali Presiden Trump memuji dengan ucapan fantastic work\u2019 susulan peranan dimainkan Malaysia dalam mencapai gencatan senjata antara Thailand dan Kemboja.<\/p>\n<p>\u201cDengan Amerika Syarikat, antara perkara yang disebut pertamanya oleh Presiden Donald Trump apa dia, dia kata Perdana Menteri Anwar \u2018fantastic work\u2019, dia guna istilah \u2018fantastik\u2019 tiga kali.<\/p>\n<p>\u201cIaitu kerana kejayaan kita membawa negara Thai dan Kemboja berpakat untuk menyelesaikan dan mencapai gencatan senjata, keamanan yang sukar diperolehi dimana-mana tempat lain,\u201d kata Anwar semasa berucap pada Karnival Mega 3 Dimensi 2025 (MK3D 2025) di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) hari ini.<\/p>\n<p>Anwar berkata susulan kejayaan Malaysia sebagai pihak ketiga dalam rundingan Thailand dan Kemboja itu menyaksikan nama negara harum di mata dunia kerana berjaya menyatukan negara rantau Asean daripada terjebak dalam konflik tidak sepatutnya.<\/p>\n<p>\u201cPercubaan pertama kurang berjaya, Presiden Trump telefon, negara China cuba, ada kejayaan sedikit\u2026 maka Malaysia, Kementerian Luar, Panglima Angkatan Tentera semua cuba berusaha\u2026 setuju PM Thai dan PM Kemboja datang, dalam tempoh dua jam setengah Alhamdulillah tercapai persetujuan.<\/p>\n<p>\u201cNama Malaysia harum di dunia, dari Washington ke London, Asean orang bicara tentang kejayaan negara Malaysia untuk mempersatukan Asean dan mencapai perdamaian dan kemajuan untuk semua,\u201d ujarnya lagi.<\/p>\n<p>Ketegangan sempadan antara Thailand dan Kemboja tercetus dengan insiden tembak-menembak yang singkat pada 28 Mei lepas sebelum memuncak kepada konflik bersenjata pada 24 Julai.<\/p>\n<p>Setakat 26 Julai, pertempuran antara kedua-dua negara berjiran itu telah meragut sekurang-kurangnya 32 nyawa dan memaksa sehingga 200,000 penduduk berpindah dari kawasan sempadan yang terjejas.<\/p>\n<p>Namun, usaha berterusan untuk meredakan krisis itu akhirnya membuahkan hasil melalui rundingan secara bersemuka di Putrajaya pada Isnin lepas.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump memuji langkah diambil Malaysia dalam memastikan kejayaan rundingan antara dua negara bertelagah Thailand dan Kemboja baru-baru ini, kata Anwar Ibrahim. Perdana Menteri memberitahu sebanyak tiga kali Presiden Trump memuji dengan ucapan fantastic work\u2019 susulan peranan dimainkan Malaysia dalam mencapai gencatan senjata antara Thailand dan Kemboja. \u201cDengan Amerika Syarikat, antara [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":1879,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[605,13,221,1110,1074,18,758,1073],"authors":[],"class_list":["post-2028","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-amerika","tag-anwar","tag-asean","tag-donald-trump","tag-kemboja","tag-pmx","tag-rundingan","tag-thailand"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/2028","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=2028"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/2028\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":2029,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/2028\/revisions\/2029"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/1879"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=2028"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=2028"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=2028"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=2028"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}