{"id":2055,"date":"2025-08-03T14:24:03","date_gmt":"2025-08-03T14:24:03","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=2055"},"modified":"2025-08-03T14:24:03","modified_gmt":"2025-08-03T14:24:03","slug":"pmx-akan-cuba-pastikan-tiada-saingan-tiga-penjuru-ph-bn-grs-di-sabah","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/pmx-akan-cuba-pastikan-tiada-saingan-tiga-penjuru-ph-bn-grs-di-sabah\/","title":{"rendered":"PMX akan cuba pastikan tiada saingan tiga penjuru PH-BN-GRS di Sabah"},"content":{"rendered":"<p>Anwar Ibrahim akan cuba memastikan rundingan dijalankan antara tiga parti gabungan di Sabah untuk mengelak pertembungan tiga penjuru semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti.<\/p>\n<p>Perdana Menteri berkata usaha akan dijalankan bagi memastikan rundingan pembahagian kerusi dapat mencapai persetujuan antara Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).<\/p>\n<p>\u201cBuat masa ini, kita sedang cuba untuk mencapai persetujuan agar tidak berlaku pertandingan tiga penjuru. Tetapi jika ia berlaku, nasihat kita adalah kemungkinan besar kita akan cuba untuk tidak menyertai pertandingan itu agar tidak mencetuskan terlalu banyak perpecahan.<\/p>\n<p>\u201cNamun, saya tidak mahu membuat andaian terlalu awal kerana niat kita adalah untuk memastikan wujudnya persefahaman secara menyeluruh,\u201d katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri sesi perjumpaan dengan pimpinan PKR pada Ahad.<\/p>\n<p>Mengulas kemungkinan situasi itu mengelirukan pengundi, Anwar mengakui perkara tersebut boleh berlaku, khususnya di kawasan yang menyaksikan konflik tuntutan kerusi antara parti.<\/p>\n<p>\u201cDi sesetengah kawasan yang ada konflik seperti ini, saya yakin memang akan timbul kekeliruan. Sebab itu kita sudah sampaikan mesej kepada ketiga-tiga pihak \u2013 PH, BN dan GRS \u2013 bahawa keutamaan kita adalah untuk mencapai persefahaman,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Tambah beliau, dunia politik sentiasa dipenuhi pelbagai kemungkinan, namun tidak semuanya mudah dicapai.<\/p>\n<p>\u201cDalam politik, semuanya mungkin, tetapi kadang-kadang juga ia mustahil,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Ditanya mengenai dakwaan sesetengah pihak bahawa kerjasama antara ketiga-tiga gabungan itu menyerupai \u2018cinta tiga penjuru\u2019, beliau membayangkan bahawa kerjasama itu pada dasarnya membawa kebaikan, namun tidak terlepas daripada cabaran dan perbezaan pendapat yang perlu ditangani dengan bijaksana.<\/p>\n<p>\u201cCinta&#8230; cinta itu menyenangkan. Kadang-kadang ada sedikit luka, tapi itulah makna cinta,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Sementara itu, ketika ditanya mengenai jumlah kerusi yang bakal ditandingi PH pada PRN Sabah, beliau berkata perkara itu akan ditentukan oleh pasukan pilihan raya yang telah diberi tanggungjawab menguruskan rundingan pembahagian kerusi.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Anwar Ibrahim akan cuba memastikan rundingan dijalankan antara tiga parti gabungan di Sabah untuk mengelak pertembungan tiga penjuru semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti. Perdana Menteri berkata usaha akan dijalankan bagi memastikan rundingan pembahagian kerusi dapat mencapai persetujuan antara Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS). \u201cBuat masa ini, kita sedang [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":2056,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[13,1037,1151,100,727,1152,103,1150],"authors":[],"class_list":["post-2055","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-anwar","tag-barisan-nasional","tag-gagasan-rakyat-sabah","tag-kerusi","tag-pakatan-harapan","tag-pembahagian","tag-prn","tag-sabab"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/2055","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=2055"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/2055\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":2057,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/2055\/revisions\/2057"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/2056"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=2055"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=2055"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=2055"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=2055"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}