{"id":2093,"date":"2025-08-05T02:02:01","date_gmt":"2025-08-05T02:02:01","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=2093"},"modified":"2025-08-05T02:02:01","modified_gmt":"2025-08-05T02:02:01","slug":"dah-tahu-oku-kenapa-masih-beri-tugasan-pasang-bendera-akmal-bidas-jawapan-adun-dap","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/dah-tahu-oku-kenapa-masih-beri-tugasan-pasang-bendera-akmal-bidas-jawapan-adun-dap\/","title":{"rendered":"Dah tahu OKU kenapa masih beri tugasan pasang bendera? Akmal bidas jawapan ADUN DAP"},"content":{"rendered":"<p>Pemuda UMNO mempersoalkan sekolah terlibat dalam isu bendera terbalik yang memberi tugasan memasang bendera kepada seorang Orang Kurang Upaya (OKU).<\/p>\n<p>Ketuanya, Dr Akmal Saleh berkata pihak sekolah perlu dikenakan tindakan tegas kerana cuai apabila membiarkan seorang OKU memasang bendera tanpa pengawasan sehingga menyebabkan ia dipasang terbalik dan menegaskan maruah simbol negara harus dijaga dengan sempurna.<\/p>\n<p>\u201cJika benar yang memasang bendera terbalik ini adalah seorang OKU maka tindakan berat tetap perlu dikenakan ke atas pihak sekolah kerana membenarkan seorang pekerja OKU memasang bendera tanpa pengawasan.<\/p>\n<p>\u201cDan kenapa pekerja OKU ini yang diberikan tanggungjawab memasang bendera jika sudah tahu beliau adalah seorang OKU dan bukan pekerja lain?\u201d soal beliau dalam satu kenyataan hari ini.<\/p>\n<p>Dr Akmal yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau berkata demikian mengulas kenyataan ADUN DAP (Lukut), Choo Ken Hwa yang mendedahkan bahawa pekerja yang memasang bendera Jalur Gemilang secara terbalik di sebuah sekolah di Port Dickson merupakan OKU.<\/p>\n<p>Perkara itu diberitahu Ken Hwa pada sidang kedua DUN Negeri Sembilan di Seremban semalam.<\/p>\n<p>Sabtu lalu, media melaporkan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Chung Hua, memohon maaf secara terbuka kepada seluruh masyarakat melalui satu kenyataan yang dikongsikan Lembaga Pengelola, Persatuan Ibu Bapa dan Guru ekoran tindakan pekerjanya yang memasang bendera Jalur Gemilang secara terbalik.<\/p>\n<p>Dalam pada itu, Dr Akmal berkata, kegagalan pihak sekolah untuk menyedari kesilapan itu sejurus bendera dipasang turut menunjukkan sikap tidak cakna dan sambil lewa dalam isu yang menyentuh semangat patriotisme rakyat.<\/p>\n<p>\u201cTidak langsung cakna selepas bendera itu dipasang dan dibiarkan begitu sahaja,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau turut menegaskan status OKU tidak seharusnya dijadikan alasan untuk melepaskan mana-mana pihak daripada bertanggungjawab jika perkara seumpama itu berlaku lagi.<\/p>\n<p>\u201cKita tidak mahu alasan OKU atau orang kurang siuman menjadi alasan utama lagi jika perkara ini berulang kembali!\u201d tegas beliau.<\/p>\n<p>Dr Akmal juga mendesak agar Kementerian Pendidikan (KPM) menjalankan siasatan terperinci terhadap individu yang terlibat termasuk status jenis ketidakupayaannya sama ada fizikal atau mental.<\/p>\n<p>\u201cSaya harap KPM juga mengambil perkara ini dengan serius agar ia menjadi pengajaran buat semua, dan saya mendesak juga kementerian untuk siasat siapakah OKU tersebut, adakah OKU fizikal ataupun mental? Jika individu itu adalah OKU mental, adakah ia dibenarkan bekerja di dalam premis sekolah?\u201d soalnya.<\/p>\n<p>Dalam masa yang sama, beliau membidas segelintir pemimpin politik yang menyelar kenyataan pihak tertentu berhubung isu itu dengan menegaskan ia bukan soal politik tetapi melibatkan kecintaan terhadap negara.<\/p>\n<p>\u201cDan kepada pemimpin politik yang bercakap jangan politikkan perkara ini, kamu sebenarnya yang mempolitikkan perkara ini, kerana ini bukan soal politik, tetapi soal patriotisme terhadap negara ini,\u201d katanya lagi.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Pemuda UMNO mempersoalkan sekolah terlibat dalam isu bendera terbalik yang memberi tugasan memasang bendera kepada seorang Orang Kurang Upaya (OKU). Ketuanya, Dr Akmal Saleh berkata pihak sekolah perlu dikenakan tindakan tegas kerana cuai apabila membiarkan seorang OKU memasang bendera tanpa pengawasan sehingga menyebabkan ia dipasang terbalik dan menegaskan maruah simbol negara harus dijaga dengan sempurna. [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":2094,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[120,61,1170,1147,63,1149,473,146],"authors":[],"class_list":["post-2093","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-akmal-saleh","tag-bendera","tag-choo-ken-hwa","tag-chung-hua","tag-dap","tag-sjkc","tag-terbalik","tag-umno"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/2093","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=2093"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/2093\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":2095,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/2093\/revisions\/2095"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/2094"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=2093"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=2093"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=2093"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=2093"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}