{"id":2163,"date":"2025-08-07T03:31:04","date_gmt":"2025-08-07T03:31:04","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=2163"},"modified":"2025-08-07T03:31:04","modified_gmt":"2025-08-07T03:31:04","slug":"belanjawan-2026-fokus-tiga-teras-utama-sokong-rmk13-amir-hamzah","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/belanjawan-2026-fokus-tiga-teras-utama-sokong-rmk13-amir-hamzah\/","title":{"rendered":"Belanjawan 2026 fokus tiga teras utama sokong RMK13: Amir Hamzah"},"content":{"rendered":"<p>Belanjawan 2026 yang akan dibentangkan Oktober ini menjadi belanjawan pertama menyokong pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) dengan memberi tumpuan kepada tiga teras utama iaitu menaikkan siling, menaikkan lantai dan memperkukuh tadbir urus baik.<\/p>\n<p>Menteri Kewangan II Amir Hamzah Azizan menjelaskan strategi &#8216;menaikkan siling&#8217; akan memfokuskan kepada peningkatan daya saing negara melalui pelaburan dalam bidang inovasi, teknologi dan pembangunan bakat, khususnya dalam industri semikonduktor, peralihan tenaga dan ekonomi Islam.<\/p>\n<p>&#8220;Kerajaan akan mempergiat usaha membangunkan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) serta syarikat pemula untuk melonjakkan produk dan perkhidmatan &#8216;Buatan Malaysia&#8217;,&#8221; katanya semasa berucap pada Majlis Libat Urus Belanjawan 2026 hari ini.<\/p>\n<p>Teras &#8216;menaikkan lantai&#8217; pula memberi penekanan kepada peningkatan kualiti perkhidmatan asas seperti pendidikan dan kesihatan bagi memastikan tiada rakyat yang tercicir. Manakala pengukuhan tadbir urus baik akan menyokong pelaksanaan kedua-dua teras tersebut.<\/p>\n<p>Amir Hamzah menekankan agenda digital dan kecerdasan buatan akan terus menjadi keutamaan bagi memacu pertumbuhan ekonomi berasaskan penciptaan nilai. Belanjawan 2026 dijadualkan dibentangkan pada 10 Oktober depan di Dewan Rakyat.<\/p>\n<p>\u201cAgenda digital dan kecerdasan buatan terus diberi tumpuan selari dengan usaha membudayakan daya cipta bagi menggalakkan pertumbuhan ekonomi berteraskan penciptaan nilai,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Majlis libat urus yang dihadiri 300 wakil daripada pelbagai sektor termasuk penjawat awam, industri, akademik dan pertubuhan antarabangsa itu turut disertai Ketua Setiausaha Negara Shamsul Azri Abu Bakar dan beberapa pemimpin kanan kerajaan.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Belanjawan 2026 yang akan dibentangkan Oktober ini menjadi belanjawan pertama menyokong pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) dengan memberi tumpuan kepada tiga teras utama iaitu menaikkan siling, menaikkan lantai dan memperkukuh tadbir urus baik. Menteri Kewangan II Amir Hamzah Azizan menjelaskan strategi &#8216;menaikkan siling&#8217; akan memfokuskan kepada peningkatan daya saing negara melalui pelaburan dalam bidang inovasi, [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":1093,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[298,1199,505,1114],"authors":[],"class_list":["post-2163","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-amir-hamzah-azizan","tag-bajet-2026","tag-menteri-kewangan","tag-rmk13"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/2163","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=2163"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/2163\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":2164,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/2163\/revisions\/2164"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/1093"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=2163"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=2163"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=2163"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=2163"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}