{"id":2209,"date":"2025-08-08T11:42:32","date_gmt":"2025-08-08T11:42:32","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=2209"},"modified":"2025-08-08T11:42:32","modified_gmt":"2025-08-08T11:42:32","slug":"malaysia-jadi-pemain-utama-diplomasi-asia-tenggara-presiden-trump-puji-peranan-anwar","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/malaysia-jadi-pemain-utama-diplomasi-asia-tenggara-presiden-trump-puji-peranan-anwar\/","title":{"rendered":"Malaysia jadi pemain utama diplomasi Asia Tenggara: Presiden Trump puji peranan Anwar"},"content":{"rendered":"<p>Malaysia kini berada di tengah-tengah gelanggang diplomasi serantau apabila Amerika Syarikat memuji secara terbuka peranan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim dalam memudah cara proses damai antara Kemboja dan Thailand.<\/p>\n<p>Washington menyifatkan Mesyuarat Jawatankuasa Am Sempadan (GBC) yang diadakan di Kuala Lumpur pada Khamis sebagai langkah konstruktif pertama dalam melaksanakan gencatan senjata antara dua negara jirannya itu.<\/p>\n<p>Presiden Donald Trump bersama Setiausaha Negara Marco Rubio menggesa Phnom Penh dan Bangkok agar menunaikan sepenuhnya komitmen mereka, demi mencapai keamanan berkekalan di rantau Mekong.<\/p>\n<p>\u201cKami memuji kepimpinan Anwar Ibrahim dalam memacu proses ini dan menghargai kesediaannya menjadi tuan rumah bersama mesyuarat khas penting pada 28 Julai bersama Amerika Syarikat,\u201d kata Jurucakap Utama, Thomas \u2018Tommy\u2019 Pigott semasa sidang media Jabatan Negara AS di Washington.<\/p>\n<p>Penghargaan ini bukan sekadar formaliti diplomatik, ia memberi isyarat bahawa Malaysia sedang mengukuhkan kedudukannya sebagai pemain neutral yang dipercayai dalam menyelesaikan konflik serantau.<\/p>\n<p>Pengiiktirafan ini sesuatu yang sering dipandang tinggi oleh kuasa besar seperti AS dan rakan sekutunya.<\/p>\n<p>Mesyuarat damai itu dianggap sebagai detik penting dalam usaha menamatkan ketegangan sempadan Kemboja-Thailand yang sudah berlarutan bertahun-tahun dan pernah mencetuskan pertembungan ketenteraan.<\/p>\n<p>Dengan sokongan diplomatik Washington dan kebijaksanaan rundingan Putrajaya, pemerhati antarabangsa melihat peluang untuk keamanan kekal di rantau ini semakin terbuka luas dan ia sekali gus mengangkat Malaysia sebagai broker damai yang berpengaruh di Asean.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Malaysia kini berada di tengah-tengah gelanggang diplomasi serantau apabila Amerika Syarikat memuji secara terbuka peranan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim dalam memudah cara proses damai antara Kemboja dan Thailand. Washington menyifatkan Mesyuarat Jawatankuasa Am Sempadan (GBC) yang diadakan di Kuala Lumpur pada Khamis sebagai langkah konstruktif pertama dalam melaksanakan gencatan senjata antara dua negara jirannya itu. [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":1879,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[13,530,221,1214,758,1094,822],"authors":[],"class_list":["post-2209","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-anwar","tag-as","tag-asean","tag-gbc","tag-rundingan","tag-thailand-kemboja","tag-trump"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/2209","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=2209"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/2209\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":2210,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/2209\/revisions\/2210"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/1879"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=2209"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=2209"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=2209"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=2209"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}