{"id":235,"date":"2025-05-20T12:20:57","date_gmt":"2025-05-20T12:20:57","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=235"},"modified":"2025-05-20T12:20:57","modified_gmt":"2025-05-20T12:20:57","slug":"perhimpunan-melayu-berdaulat-diteruskan-walaupun-bertindih-sidang-asean","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/perhimpunan-melayu-berdaulat-diteruskan-walaupun-bertindih-sidang-asean\/","title":{"rendered":"Perhimpunan Melayu Berdaulat diteruskan walaupun bertindih sidang ASEAN"},"content":{"rendered":"<p>Penganjuran Perhimpunan Melayu Berdaulat 3.0 pada 24 Mei ini akan diteruskan seperti yang dirancang walaupun ia bertindih dengan Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 yang akan berlangsung di ibu negara.<\/p>\n<p>Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Syed Hassan Syed Ali berkata setakat ini mereka akan meneruskan perhimpunan tersebut dan memberi jaminan tidak akan tercetus kekecohan atau gangguan terhadap Sidang ASEAN nanti.<\/p>\n<p>Katanya, perhimpunan anjuran gabungan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu dijadualkan bermula pukul 2.30 petang di hadapan Kompleks Sogo dan dilaksanakan secara aman mengikut undang-undang sedia ada.<\/p>\n<p>\u201cPerhimpunan ini bukanlah satu rusuhan, tetapi hanyalah luahan kegusaran rakyat yang semakin tertekan melihat hak Melayu dan Islam semakin terhakis,\u201d katanya semasa sidang akhbar hari ini.<\/p>\n<p>Tambahnya, perhimpunan kali ini bertujuan memperlihatkan penyatuan bangsa Melayu merentasi fahaman politik di negara.<\/p>\n<p>\u201cPerhimpunan ini yang terbesar dianjurkan sekretariat sejak tiga tahun lalu dan dijangka menghimpunkan hampir 10 badan NGO termasuk dari luar Lembah Klang.<\/p>\n<p>\u201cSurat jemputan telah dihantar kepada semua parti politik Melayu dan lima sudah sahkan penyertaan termasuk PAS, Bersatu, Parti Pejuang, dan Parti Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa),\u201d katanya.<\/p>\n<p>Katanya, sekretariat telah memaklumkan penganjuran perhimpunan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan menjangkakan kerjasama yang baik untuk memastikan kelancaran himpunan itu nanti.<\/p>\n<p>\u201cFokus utama tetap diberikan kepada wakil NGO-NGO Melayu kerana perhimpunan itu digerakkan atas inisiatif akar umbi yang ingin memperjuangkan kepentingan bangsa dan agama secara bersama.<\/p>\n<p>\u201cKami telah kenal pasti empat lokasi berkumpul iaitu Masjid Jamek, Masjid Jamek Kampung Baru, Jalan Raja Laut berdekatan pejabat Pas pusat dan Kelab Sultan Sulaiman. Peserta juga digalakkan berpakaian putih sebagai simbol solidariti,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Mengulas dakwaan himpunan berisiko menimbulkan ketegangan kaum, Syed Hassan menafikannya dan berkata, mereka tidak akan menyentuh isu kaum lain atau menghina mana-mana agama.<\/p>\n<p>\u201cKita hanya bercakap tentang isu Melayu dan Islam yang makin diketepikan. Kalau masa BERSIH dulu, bangsa lain boleh berhimpun tanpa halangan, kenapa kita tak boleh berhimpun untuk hak sendiri secara aman?\u201d katanya.<\/p>\n<p>Dalam perkembangan sama, program selawat dan munajat turut dianjurkan oleh wakil wanita daripada NGO terbabit bermula pukul 11 pagi di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru sebagai pengisian rohani menjelang perhimpunan utama.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Penganjuran Perhimpunan Melayu Berdaulat 3.0 pada 24 Mei ini akan diteruskan seperti yang dirancang walaupun ia bertindih dengan Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 yang akan berlangsung di ibu negara. Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Syed Hassan Syed Ali berkata setakat ini mereka akan meneruskan perhimpunan tersebut dan memberi jaminan tidak akan tercetus kekecohan atau [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":236,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[221,43,218,219,222,220],"authors":[],"class_list":["post-235","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-asean","tag-pdrm","tag-perhimpunan-melayu-berdaulat","tag-perkasa","tag-sidang","tag-syed-hassan-ali"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/235","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=235"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/235\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":237,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/235\/revisions\/237"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/236"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=235"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=235"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=235"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=235"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}