{"id":2385,"date":"2025-08-13T17:48:51","date_gmt":"2025-08-13T17:48:51","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=2385"},"modified":"2025-08-13T17:48:51","modified_gmt":"2025-08-13T17:48:51","slug":"nota-bantahan-akan-dihantar-kepada-parti-terima-bekas-ahli-umno-asyraf","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/nota-bantahan-akan-dihantar-kepada-parti-terima-bekas-ahli-umno-asyraf\/","title":{"rendered":"Nota bantahan akan dihantar kepada parti terima bekas ahli UMNO: Asyraf"},"content":{"rendered":"<p>UMNO akan menghantar nota bantahan kepada semua parti gabungan dalam Kerajaan Perpaduan yang merancang atau telah menerima ahli-ahli UMNO untuk menyertai parti mereka.<\/p>\n<p>Setiausaha Agung UMNO, Asyraf Wajdi Dusuki berkata bantahan tersebut sebagai amaran keras kerana tindakan sedemikian boleh menjejaskan hubungan antara parti-parti dalam kerajaan.<\/p>\n<p>Keputusan itu dibuat dalam mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang dipengerusikan Presiden parti, Ahmad Zahid Hamidi di Pusat Dagangan Dunia (WTC) malam tadi.<\/p>\n<p>Sebelum ini, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Zafrul Abdul Aziz, mengesahkan permohonannya menyertai PKR telah diluluskan, dan beliau kini merupakan ahli PKR Cabang Ampang.<\/p>\n<p>Setiausaha Agung PKR, Fuziah Salleh, turut mengesahkan permohonan Tengku Zafrul sudah diluluskan Majlis Pimpinan Pusat PKR pada 26 Julai lalu.<\/p>\n<p>Dalam perkembangan lain, Asyraf Wajdi berkata MT UMNO turut melahirkan rasa kecewa dengan pengendalian kes kematian Allahyarham Zara Qairina Mahathir, yang dianggap lemah dan tidak mematuhi prosedur serta SOP yang ditetapkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).<\/p>\n<p>Oleh itu, UMNO menyokong penuh keputusan Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk menjalankan inkues penuh bagi menentukan punca kematian Zara Qairina, termasuk sama ada terdapat unsur jenayah atau tidak.<\/p>\n<p>\u201cKami berharap proses inkuis ini akan dilaksanakan secara adil, bebas, dan telus mengikut peruntukan undang-undang demi mendapatkan keadilan untuk arwah,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Mengenai isu pengibaran Jalur Gemilang, Asyraf Wajdi menegaskan UMNO menggesa tindakan tegas dan pendakwaan ke atas sesiapa sahaja yang melakukan kesalahan dalam pemasangan atau pengibaran bendera kebangsaan itu, tanpa mengira alasan yang diberikan.<\/p>\n<p>\u201cUMNO amat serius dengan kesalahan berulang dalam isu ini kerana Jalur Gemilang adalah lambang maruah dan kedaulatan negara,\u201d jelasnya.<\/p>\n<p>Selain itu, Asyraf Wajdi berkata keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini mengenai kes titah adendum Najib Razak memberikan kelegaan dalam usaha mendapatkan keadilan untuk bekas perdana menteri itu.<\/p>\n<p>\u201cUMNO akan terus berusaha melalui semua saluran yang ada untuk membela Najib,\u201d tegasnya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>UMNO akan menghantar nota bantahan kepada semua parti gabungan dalam Kerajaan Perpaduan yang merancang atau telah menerima ahli-ahli UMNO untuk menyertai parti mereka. Setiausaha Agung UMNO, Asyraf Wajdi Dusuki berkata bantahan tersebut sebagai amaran keras kerana tindakan sedemikian boleh menjejaskan hubungan antara parti-parti dalam kerajaan. Keputusan itu dibuat dalam mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":2386,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[634,1285,1284,9,801,146],"authors":[],"class_list":["post-2385","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-asyraf-wajdi","tag-lompata-parti","tag-mesyuarat-mt","tag-pkr","tag-setiausaha-agung","tag-umno"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/2385","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=2385"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/2385\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":2387,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/2385\/revisions\/2387"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/2386"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=2385"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=2385"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=2385"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=2385"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}