{"id":2416,"date":"2025-08-14T07:45:17","date_gmt":"2025-08-14T07:45:17","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=2416"},"modified":"2025-08-14T07:45:17","modified_gmt":"2025-08-14T07:45:17","slug":"fahmi-cadang-keutamaan-pemilikan-rumah-untuk-penduduk-asal-kampung-kerinchi","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/fahmi-cadang-keutamaan-pemilikan-rumah-untuk-penduduk-asal-kampung-kerinchi\/","title":{"rendered":"Fahmi cadang keutamaan pemilikan rumah untuk penduduk asal Kampung Kerinchi"},"content":{"rendered":"<p>Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, mencadangkan agar 50 hingga 60 peratus unit perumahan dalam projek seperti Residensi Wilayah dan Residensi MADANI di Kampung Kerinchi diperuntukkan kepada generasi kedua dan ketiga penduduk asal kawasan tersebut.<\/p>\n<p>Beliau yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai menekankan pentingnya memberi peluang kepada warga Kerinchi yang kini terpaksa tinggal di luar kawasan untuk kembali menetap di tanah asal mereka.<\/p>\n<p>&#8220;Ramai anak Kampung Kerinchi, termasuk ahli Persatuan Waris Kerinchi, kini tinggal di tempat lain. Melalui dasar ini, kami harap mereka dapat pulang dan menetap semula di sini,&#8221; katanya selepas merasmikan mercu tanda Kampung Kerinchi di hadapan KL Gateway Mall hari ini.<\/p>\n<p>Fahmi menjelaskan bahawa langkah ini merupakan sebahagian daripada usaha memartabatkan identiti dan sejarah Kampung Kerinchi yang kian terhakis akibat pembangunan pesat.<\/p>\n<p>Mengenai mercu tanda baharu itu, beliau menyatakan ia merupakan kesinambungan komitmennya sejak penggal pertama sebagai wakil rakyat Lembah Pantai.<\/p>\n<p>&#8220;Kami merancang untuk membina satu lagi mercu tanda di pintu masuk lain Kampung Kerinchi dan sedang berbincang dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk mewartakan kawasan ini secara rasmi,&#8221; tambahnya.<\/p>\n<p>Fahmi turut menyeru syarikat besar seperti Touch &#8216;n Go Digital yang beroperasi di kawasan itu untuk bekerjasama menganjurkan program latihan industri dan hari terbuka bagi memberi peluang kepada generasi muda tempatan.<\/p>\n<p>Beliau menegaskan pembangunan pesat di sekitar Bangsar South, Pantai Panorama dan Pantai Hillpark sebenarnya terletak dalam sempadan Kampung Kerinchi yang sepatutnya memberi manfaat langsung kepada penduduk asal.<\/p>\n<p>Sementara itu, Pengerusi Persatuan Waris Kerinchi, Baharuddin Hasan, 74, melahirkan rasa bangga dengan mercu tanda tersebut yang dinantikan penduduk sejak sekian lama.<\/p>\n<p>&#8220;Sejarah Kampung Kerinchi bermula sekitar 1850-an sezaman dengan Kampung Haji Abdullah Hukum. Kami tidak mahu identiti ini hilang ditelan arus pembangunan,&#8221; kata Baharuddin yang merupakan generasi keempat menetap di kawasan berkenaan.<\/p>\n<p>Mercu tanda setinggi 10 meter berbentuk rumah Melayu tradisional dengan unsur seni bina Minangkabau itu diharap dapat menjadi simbol kekuatan komuniti dan warisan budaya yang berterusan.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, mencadangkan agar 50 hingga 60 peratus unit perumahan dalam projek seperti Residensi Wilayah dan Residensi MADANI di Kampung Kerinchi diperuntukkan kepada generasi kedua dan ketiga penduduk asal kawasan tersebut. Beliau yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai menekankan pentingnya memberi peluang kepada warga Kerinchi yang kini terpaksa tinggal di luar kawasan untuk [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":2417,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[49,1291,184,1292,1115],"authors":[],"class_list":["post-2416","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-fahmi-fadzil","tag-kampung-kerinchi","tag-komunikasi","tag-pemilikan","tag-rumah"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/2416","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=2416"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/2416\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":2418,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/2416\/revisions\/2418"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/2417"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=2416"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=2416"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=2416"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=2416"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}