{"id":242,"date":"2025-05-19T16:32:42","date_gmt":"2025-05-19T16:32:42","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=242"},"modified":"2025-05-20T16:34:13","modified_gmt":"2025-05-20T16:34:13","slug":"rafizi-makin-sedar-kekalahan-kian-menghampirinya","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/rafizi-makin-sedar-kekalahan-kian-menghampirinya\/","title":{"rendered":"Rafizi makin sedar kekalahan kian menghampirinya"},"content":{"rendered":"<p>Semakin tempoh kempen menuju detik-detik akhir sebelum pengundian pada 23 Mei ini, Rafizi Ramli nampaknya semakin sedar ruangnya untuk memperolehi kemenangan kian tipis.<\/p>\n<p>Di Sarawak semalam, penyandang jawatan Timbalan Presiden PKR itu berkata, beliau sedar peluangnya untuk menang adalah amat sukar.<\/p>\n<p>\u201cSaya datang (Sarawak) bukan nak kata tolonglah bagi saya menang, itu hak masing-masing.<\/p>\n<p>\u201cSaya masuk bertanding ini seperti aksi berani mati, menang belum tentu, kalah confirm.<\/p>\n<p>\u201cSaya masuk (pemilihan ini) juga dengan menerima hakikat kalau saya menang, dunia akan kiamat,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Sebagaimana semua orang semakin menyedari, gelombang kali ini adalah jelas memihak kepada Nurul Izzah Anwar yang mendapat sokongan meluas daripada cabang-cabang dan negeri berbanding Rafizi selaku penyandang jawatan.<\/p>\n<p>Di Ipoh malam tadi pula, Rafizi seakan melepaskan segala-galanya dengan menyerang beberapa pihak yang didakwanya menyebabkan parti menjadi hiruk-pikuk seperti sekarang.<\/p>\n<p>Ternampak beliau bukan lagi memikirkan soal kemenangan dalam jelajah kempennya, tapi hanya ingin melepaskan geram.<\/p>\n<p>Di Johor Bahru pagi ini, Rafizi sekali lagi menegaskan kesediaanya untuk berundur daripada kabinet, sambil membayangkan tempohnya memegang jawatan Menteri Ekonomi mungkin tidak lama.<\/p>\n<p>Beliau menyatakan perkara itu ketika menekankan bahawa kesinambungan sesuatu dasar tidak seharusnya bergantung kepada pentadbiran semasa atau kehendak peribadi ahli politik tertentu.<\/p>\n<p>\u201cKehadiran saya di sini bersifat sementara, dan akhirnya akan ada menteri ekonomi lain yang menggantikan saya.<\/p>\n<p>\u201cNamun apa yang saya ingin tegaskan ialah, kesinambungan dasar tidak seharusnya bergantung kepada pentadbiran semasa atau kehendak peribadi ahli politik tertentu,\u201d katanya ketika berucap pada Persidangan Rakan Kongsi Perniagaan dan Pelaburan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ), di sini, hari ini.<\/p>\n<p>Dalam kedudukan PKR sebagai parti yang menunjangi kuasa, secara organiknya sokongan orang bawahan atau perwakilan akan lebih memihak kepada mereka yang berkuasa atau bakal ada kuasa.<\/p>\n<p>Pemimpin yang sedang menuruni bukit atau pemimpin yang sedar tiada harapan lagi untuk ke depan tidak mungkin mampu menambah sokongan.<\/p>\n<p>Meskipun pengakuan Rafizi itu mungkin mampu menarik simpati, tetapi dalam dunia politik yang bertunjangkan kuasa, mereka yang simpati kepada pemimpin yang bakal kehilangan kuasa tidak mungkin melebihi keghairahan untuk menonjolkan sokongan kepada yang akan ada kuasa.<\/p>\n<p>Secara perlahan-lahan dengan pengakuan Rafizi yang membayangkan kekalahannya itu hanya memungkinkan beliau semakin kekurangan sokongan berbanding pencabarnya, Nurul Izzah. <strong><em>\u2013 ShahbudinHusin<\/em><\/strong><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Semakin tempoh kempen menuju detik-detik akhir sebelum pengundian pada 23 Mei ini, Rafizi Ramli nampaknya semakin sedar ruangnya untuk memperolehi kemenangan kian tipis. Di Sarawak semalam, penyandang jawatan Timbalan Presiden PKR itu berkata, beliau sedar peluangnya untuk menang adalah amat sukar. \u201cSaya datang (Sarawak) bukan nak kata tolonglah bagi saya menang, itu hak masing-masing. \u201cSaya [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":243,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[5],"tags":[14,9,228],"authors":[227],"class_list":["post-242","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-rencana","tag-pemilihan","tag-pkr","tag-shahbudin-husin","authors-shahbudin-husin"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/242","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=242"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/242\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":244,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/242\/revisions\/244"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/243"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=242"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=242"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=242"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=242"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}