{"id":2437,"date":"2025-08-15T03:33:47","date_gmt":"2025-08-15T03:33:47","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=2437"},"modified":"2025-08-15T03:33:47","modified_gmt":"2025-08-15T03:33:47","slug":"akmal-persoal-kenapa-dap-koyak-walaupun-himpunan-berjalan-secara-aman","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/akmal-persoal-kenapa-dap-koyak-walaupun-himpunan-berjalan-secara-aman\/","title":{"rendered":"Akmal persoal kenapa DAP koyak walaupun himpunan berjalan secara aman"},"content":{"rendered":"<p>Dr Akmal Saleh, menyatakan bahawa beliau tidak berasa gentar dengan ancaman DAP untuk membuat laporan polis berhubung himpunan yang diadakan di hadapan sebuah kedai perkakas di Kepala Batas, Pulau Pinang, petang Khamis lalu.<\/p>\n<p>Ketua Pemuda UMNO itu menegaskan perhimpunan semalam tersebut berlangsung secara aman tanpa sebarang tindakan provokatif seperti memijak gambar pemimpin DAP.<\/p>\n<p>\u201cKami berhimpun dengan aman, dan tiada langsung gambar pemimpin kamu dipijak semalam. Nak buat laporan polis? Sila, saya sedia memberi kerjasama. Takut dengan kamu? Sama sekali tidak,\u201d tegasnya.<\/p>\n<p>Kenyataan itu merupakan respons kepada arahan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, yang mengarahkan Pemuda DAP (DAPSY) di seluruh negara untuk membuat laporan polis berhubung kejadian itu di bawah beberapa seksyen Kanun Keseksaan, termasuk Seksyen 503 (ugutan jenayah), Seksyen 504 (kenyataan menghina dengan niat menimbulkan kekacauan), dan Seksyen 505 (kenyataan yang boleh menjejaskan ketenteraman awam).<\/p>\n<p>Selain itu, laporan turut akan dibuat di bawah Seksyen 507B (menyebabkan mangsa berasa terganggu, tertekan, takut atau bimbang) dan 507C (mengeluarkan kata-kata yang boleh menimbulkan gangguan atau kebimbangan) sebagai langkah menangani isu buli.<\/p>\n<p>Akmal turut mengingatkan tindakan DAP ketika masih menjadi pembangkang yang sering melanggar arahan polis untuk tidak mengadakan perhimpunan.<\/p>\n<p>\u201cDulu, semasa kamu pembangkang, banyak arahan polis diabaikan. Kamu tetap berhimpun walaupun dilarang.<\/p>\n<p>\u201cAdakah tindakan itu juga boleh didakwa kerana melanggar arahan Ketua Polis? Malah, ada insiden kereta terbalik dan gambar pemimpin kerajaan dipijak pada masa itu,\u201d sindirnya.<\/p>\n<p>Beliau mempersoalkan mengapa DAP bertindak seolah-olah himpunan tersebut menimbulkan kekacauan sedangkan ia berjalan dengan terkawal.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Dr Akmal Saleh, menyatakan bahawa beliau tidak berasa gentar dengan ancaman DAP untuk membuat laporan polis berhubung himpunan yang diadakan di hadapan sebuah kedai perkakas di Kepala Batas, Pulau Pinang, petang Khamis lalu. Ketua Pemuda UMNO itu menegaskan perhimpunan semalam tersebut berlangsung secara aman tanpa sebarang tindakan provokatif seperti memijak gambar pemimpin DAP. \u201cKami berhimpun [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":203,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[1269,1190,63,1181,1235,561,171,94,146],"authors":[],"class_list":["post-2437","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-akmal","tag-bendera-terbalik","tag-dap","tag-dapsy","tag-kepala-batas","tag-laporan","tag-pemuda","tag-polis","tag-umno"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/2437","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=2437"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/2437\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":2438,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/2437\/revisions\/2438"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/203"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=2437"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=2437"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=2437"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=2437"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}