{"id":245,"date":"2025-05-20T17:02:07","date_gmt":"2025-05-20T17:02:07","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=245"},"modified":"2025-05-20T17:02:07","modified_gmt":"2025-05-20T17:02:07","slug":"tak-sesuai-rafizi-masuk-pas-zuhdi-sindir-jangan-terlalu-perasan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/tak-sesuai-rafizi-masuk-pas-zuhdi-sindir-jangan-terlalu-perasan\/","title":{"rendered":"Tak sesuai Rafizi masuk PAS, Zuhdi sindir jangan terlalu perasan"},"content":{"rendered":"<p>Dakwaan Rafizi Ramli kononnya terdapat pelawaan untuk menyertai PAS hanya cerita dongeng dan karut, kata Mohd Zuhdi Marsuki.<\/p>\n<p>Ahli Jawatankuasa PAS Pusat itu berkata Menteri Ekonomi tersebut tidak mempunyai perjuangan yang selari dengan parti Islam tersebut dan tidak memahami matlamat sebenar yang menjadi tunjang parti itu.<\/p>\n<p>\u201cSejak Pas ditubuhkan, citra perjuangannya ialah memperjuangkan hukum dan nilai-nilai Islam dalam pemerintahan serta mempertahankan kedudukan kaum bumiputera tanpa menafikan hak kaum-kaum lain.<\/p>\n<p>\u201cPada pemerhatian saya, kedua-dua citra perjuangan ini tidak ada pada Rafizi. Justeru, beliau tidak sesuai menyertai PAS,\u201d katanya menerusi kenyataan di Facebook.<\/p>\n<p>Terdahulu, Rafizi mendedahkan bahawa beliau pernah menerima tawaran untuk menyertai PAS susulan beberapa insiden yang berlaku sepanjang kempen Pemilihan PKR bagi sesi 2025-2028.<\/p>\n<p>Mengulas lanjut, Mohd Zuhdi berkata, sepanjang penglibatan Rafizi dalam politik, beliau tidak pernah berada di barisan hadapan memperjuangkan Islam mahupun mempertahankan hak bumiputera seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.<\/p>\n<p>\u201cPerjuangan politik Rafizi lebih bercirikan aliran politik kanan Barat. Walaupun tiga syarat asas untuk menyertai PAS adalah warganegara Malaysia, Islam dan akil baligh, satu lagi syarat penting ialah pengakuan menerima serta taat kepada Perlembagaan, peraturan dan keputusan parti.<\/p>\n<p>\u201cAhli PAS mesti berjuang untuk mendaulatkan Islam dan mempertahankan kesuciannya. Dalam konteks ini, keputusan-keputusan politik PAS ditentukan oleh Majlis Syura Ulama berdasarkan kehendak Islam,\u201d jelasnya.<\/p>\n<p>Tambah beliau, jika Rafizi menyertai PAS, beliau tidak akan terlibat secara langsung dalam proses penetapan dasar parti seperti yang lazim dilakukannya dalam PKR, kecuali selepas memenuhi syarat menjadi seorang ulama yang faqih.<\/p>\n<p>&#8220;Di dalam PAS, lazimnya Presiden dan Timbalan Presiden dipilih dalam kalangan ulama kerana mereka terlibat secara langsung dalam proses pemutusan dasar dan hala tuju parti,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Bagaimanapun, Mohd Zuhdi menegaskan bahawa PAS sentiasa terbuka kepada sesiapa sahaja daripada kalangan umat Islam untuk menyertai parti itu, manakala bukan Muslim boleh menyertai Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP).<\/p>\n<p>\u201cOleh itu, tanpa pelawaan pun Rafizi sebenarnya boleh menyertai PAS. Jika pelawaan hanya datang daripada penyokong awam, tidak perlulah dihebohkan. Lainlah jika datang daripada pimpinan utama PAS, itu memang suatu penghormatan,\u201d ujarnya.<\/p>\n<p>Sementara itu, Mohd Zuhdi berkata, beliau secara peribadi tidak berminat mencampuri urusan pemilihan PKR, namun terpaksa memberi ulasan kerana PAS sering dikaitkan dalam kempen-kempen pemilihan parti berkenaan.<\/p>\n<p>Katanya, dari sudut pemerhatian luaran, Rafizi dilihat sukar mempertahankan jawatannya sebagai Timbalan Presiden apabila sokongan akar umbi cenderung kepada Nurul Izzah Anwar.<\/p>\n<p>\u201cJika Rafizi kalah, saya tidak fikir beliau akan menyertai PAS. Sebaliknya, tidak mustahil beliau akan menyertai gabungan baharu bersama tokoh-tokoh beraliran kanan seperti Khairy Jamaluddin, Syed Saddiq, Syahrir Adnan dan yang seumpamanya.<\/p>\n<p>\u201cPolitik Malaysia akan menjadi lebih menarik jika tokoh-tokoh ini bergabung membentuk kuasa ketiga bagi menghadapi PN (Perikatan Nasional) dan PH (Pakatan Harapan)-BN (Barisan Nasional) dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang. Mungkin MCA dan MIC juga bersama,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Dakwaan Rafizi Ramli kononnya terdapat pelawaan untuk menyertai PAS hanya cerita dongeng dan karut, kata Mohd Zuhdi Marsuki. Ahli Jawatankuasa PAS Pusat itu berkata Menteri Ekonomi tersebut tidak mempunyai perjuangan yang selari dengan parti Islam tersebut dan tidak memahami matlamat sebenar yang menjadi tunjang parti itu. \u201cSejak Pas ditubuhkan, citra perjuangannya ialah memperjuangkan hukum dan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":246,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[205,126,14,9,8,229],"authors":[],"class_list":["post-245","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-menteri","tag-pas","tag-pemilihan","tag-pkr","tag-rafizi","tag-zuhdi"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/245","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=245"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/245\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":247,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/245\/revisions\/247"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/246"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=245"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=245"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=245"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=245"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}