{"id":2465,"date":"2025-08-16T03:01:49","date_gmt":"2025-08-16T03:01:49","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=2465"},"modified":"2025-08-16T03:01:49","modified_gmt":"2025-08-16T03:01:49","slug":"rafizi-tegur-fadhlina-tak-boleh-jegil-mata-kalau-ada-orang-tanya","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/rafizi-tegur-fadhlina-tak-boleh-jegil-mata-kalau-ada-orang-tanya\/","title":{"rendered":"Rafizi tegur Fadhlina: \u201cTak boleh jegil mata kalau ada orang tanya\u201d"},"content":{"rendered":"<p>Bekas menteri ekonomi, Rafizi Ramli mengkritik sikap defensif Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, dalam menangani isu buli di sekolah, termasuk ketika perkara itu dibangkitkan dalam mesyuarat kabinet.<\/p>\n<p>Rafizi membangkitkan sikap Fadhlina yang dilihat tidak profesional dalam menangani isu-isu melibatkan kementeriannya, malah sering emosional apabila menjawab soalan yang diajukan terhadapnya.<\/p>\n<p>\u201cJadi kalau ada orang tanya sikit, dia jegil mata\u2026 Jangan kacau kami\u2026 Tak boleh macam itu.<\/p>\n<p>\u201cAda beberapa kementerian yang operasinya melibatkan nyawa, melibatkan semua orang setiap hari seperti Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pendidikan yang ini barisan depan dengan rakyat ini kompleksiti memang lebih kompleks daripada kementerian yang lain,\u201d katanya semasa program audio &#8216;Yang Berhenti Menteri&#8217; malam tadi.<\/p>\n<p>Rafizi juga berkata sudah berkali-kali membawa isu buli dalam mesyuarat kabinet sejak 2023 lagi, namun mendapati respons Fadhlina tidak memuaskan.<\/p>\n<p>&#8220;Saya sudah berulang kali mengingatkan agar tidak memandang ringan isu buli di sekolah. Dari tahun 2023 dan 2024, saya tekankan perkara ini, tetapi jawapan Fadhlina selalu sama &#8211; kononnya semua sudah baik, semua mekanisme sudah ada,&#8221; katanya lagi.<\/p>\n<p>Beliau berkongsi pengalaman peribadi apabila anaknya yang kini berusia 13 tahun pernah menjadi mangsa buli di sekolah, manakala isterinya juga melalui pengalaman sama ketika di sekolah berasrama penuh dahulu.<\/p>\n<p>Rafizi mendedahkan bahawa Perdana Menteri Anwar Ibrahim sendiri menunjukkan keprihatinan terhadap isu ini dalam mesyuarat kabinet dan bersependapat dengannya.<\/p>\n<p>&#8220;Anak kami adalah anak orang berprofil tinggi dan menjadi sasaran komen negatif. Ini menunjukkan betapa seriusnya masalah buli di sekolah,&#8221; jelasnya.<\/p>\n<p>Dalam perkembangan lain, Rafizi turut mengkritik tindakan Ketua Pemuda UMNO, Dr Akmal Saleh yang dianggap membuli seorang peniaga kedai perkakasan di Kepala Batas baru-baru ini.<\/p>\n<p>&#8220;Jika nampak Jalur Gemilang dipasang salah, tegur dan betulkan. Jangan dirakam dan disebarkan untuk menakut-nakutkan peniaga. Sampai bila Dr Akmal nak buat aksi seperti ini?&#8221; soal Rafizi.<\/p>\n<p>Beliau menegaskan pendekatan membuli dan menakut-nakutkan orang awam bukan cara menyelesaikan masalah.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Bekas menteri ekonomi, Rafizi Ramli mengkritik sikap defensif Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, dalam menangani isu buli di sekolah, termasuk ketika perkara itu dibangkitkan dalam mesyuarat kabinet. Rafizi membangkitkan sikap Fadhlina yang dilihat tidak profesional dalam menangani isu-isu melibatkan kementeriannya, malah sering emosional apabila menjawab soalan yang diajukan terhadapnya. \u201cJadi kalau ada orang tanya sikit, dia [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":2466,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[134,1203,205,973,8],"authors":[],"class_list":["post-2465","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-fadhlina-sidek","tag-kes-buli","tag-menteri","tag-pendidikan","tag-rafizi"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/2465","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=2465"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/2465\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":2467,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/2465\/revisions\/2467"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/2466"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=2465"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=2465"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=2465"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=2465"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}