{"id":250,"date":"2025-05-21T08:47:30","date_gmt":"2025-05-21T08:47:30","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=250"},"modified":"2025-05-21T08:47:30","modified_gmt":"2025-05-21T08:47:30","slug":"pemuda-mca-lapor-kepada-sprm-skandal-mykiosk-bidas-kor-ming","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/pemuda-mca-lapor-kepada-sprm-skandal-mykiosk-bidas-kor-ming\/","title":{"rendered":"Pemuda MCA lapor kepada SPRM skandal MyKiosk, bidas Kor Ming"},"content":{"rendered":"<p>Laporan skandal projek MyKiosk dibuat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) oleh sekumpulan Pemuda MCA di Putrajaya hari ini.<\/p>\n<p>Pemimpin muda MCA hadir ke ibu pejabat SPRM bagi membuat laporan berhubung projek MyKiosk yang dikendalikan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) supaya siasatan dibuka.<\/p>\n<p>Timbalan Ketua Pemuda MCA, Mike Chong Yew Chuan berkata, pihaknya melahirkan rasa kesal apabila menterinya, Nga Kor Ming menuduh MCA cuba memporak-perandakan Kerajaan Perpaduan dengan isu tersebut.<\/p>\n<p>\u201cIsu ini bukan Pemuda MCA yang cakap, tapi kita menerima banyak laporan daripada orang ramai dan pendedahan yang dibuat oleh akhbar-akhbar tempatan.<\/p>\n<p>\u201cBanyak pautan berita mengatakan terdapat banyak MyKiosk tidak digunakan secara baik dengan alasan mungkin sebelum ini ada orang sewa, tetapi dikatakan duduk di situ tidak sesuai, lokasi tidak strategik atau duduk dalam itu panas.<\/p>\n<p>\u201cUntuk fasa pertama, mungkin tenaga solar tidak mencukupi, hanya boleh tahan empat jam dan pelbagai alasan lagi. Keberkesanan projek ini dipertikai ramai orang.<\/p>\n<p>\u201cApabila kita membangkitkan persoalan ini, kita pula dituduh oleh pihak-pihak tertentu terutama kementerian pelaksana melalui menterinya kononnya MCA sengaja cari isu untuk memporak-perandakan Kerajaan Madani,\u201d katanya dipetik laporan MalaysiaGazette.<\/p>\n<p>Terdahulu beliau bersama Ketua Pemuda MCA Selangor, Tan Jie Sen; Ketua Pemuda MCA Pahang, Wong Siew Mun dan Ketua Beliawanis MCA, Ivone Low hadir ke ibu pejabat SPRM untuk membuat laporan rasmi berkenaan projek MyKiosk@KPKT.<\/p>\n<p>Semalam, media melaporkan Kor Ming mengarahkan KPKT membuat laporan polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) susulan penyebaran beberapa berita palsu mengenai projek MyKiosk.<\/p>\n<p>Kor Ming mengeluarkan arahan kepada Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT) untuk mengesan individu yang menyebarkan berita palsu berkenaan.<\/p>\n<p>Projek MyKiosk@KPKT merupakan inisiatif kementerian untuk membantu golongan B40 dan peniaga perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) dengan menyediakan ruang niaga yang seragam, selamat dan selesa.<\/p>\n<p>Projek itu bertujuan meningkatkan pendapatan dan taraf sosioekonomi penduduk setempat melalui penyediaan kios perniagaan dengan kadar sewaan yang rendah.<\/p>\n<p>Dalam pada itu, Yew Chuan berkata, pihaknya menyuarakan isu bagi rakyat yang mempersoalkan sejauh mana dana awam diuruskan dengan baik dalam projek MyKiosk itu atau wujudnya penyelewengan.<\/p>\n<p>\u201cKenapa kos MyKiosk ini terlalu tinggi? Kita tak menafikan projek ini dimulakan dengan niat yang baik untuk membantu rakyat terutamanya penjaja di tepi jalan supaya diberikan satu tempat sesuai untuk mereka berniaga.<\/p>\n<p>\u201cApabila kita buat perbandingan harga dalam internet, Shopee, Lazada dan sebagainya, kita mendapati kos yang digunakan kerajaan untuk membina kiosk ini jauh lebih tinggi daripada apa yang kita boleh beli dari pasaran,\u201d katanya.<\/p>\n<p>\u201cKita perlukan jawapan daripada KPKT, apabila kita melontarkan persoalan kepada KPKT, kita tidak mengatakan menterinya daripada DAP.<\/p>\n<p>\u201cKita menyeru kementerian pelaksana utama dalam projek ini untuk bangkit tampil ke depan untuk memberikan penjelasan kepada rakyat,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Yew Chuan melahirkan rasa kesal apabila Kor Ming menuduh MCA menggunakan isu kiosk itu untuk keluar daripada Kerajaan Perpaduan dan menyertai Perikatan Nasional (PN).<\/p>\n<p>\u201cApa yang kita dengar daripada Menteri semalam, mengatakan ini semua salah MCA, MCA cuba memporak-perandakan kerajaan, MCA cuba cari pasal.<\/p>\n<p>\u201cMalah Menteri tergamak mengatakan ini menjadi dalil MCA untuk meninggalkan kerajaan sekarang dan untuk menyertai PN dan sebagainya,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Sehubungan itu, Yew Chuan menggesa SPRM bertindak segera menyiasat projek MyKiosk@KPKT dengan telus sejauh mana perolehan itu dijalankan secara tender terbuka atau sebaliknya.<\/p>\n<p>\u201cAdakah ia melalui tender terbuka? Bagaimana caranya, adakah ini melibatkan isu-isu penyelewengan, kronisme, nepotisme atau sebagainya?<\/p>\n<p>\u201cKita buat tuduhan bukan main tuduh sahaja. Kita mempunyai angka-angka yang dipetik daripada sumber yang sah iaitu daripada laman web kementerian, PBT dan sebagainya.<\/p>\n<p>\u201cKita telah kumpulkan, kita telah membuat perbandingan untuk membantu SPRM dalam siasatan mereka.<\/p>\n<p>\u201cSaya meminta SPRM memandang berat perkara ini kerana tuduhan-tuduhan yang dilakukan pihak-pihak di luar terutamanya rakyat biasa akan mencemarkan nama baik kerajaan sekarang ini,\u201d katanya lagi.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Laporan skandal projek MyKiosk dibuat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) oleh sekumpulan Pemuda MCA di Putrajaya hari ini. Pemimpin muda MCA hadir ke ibu pejabat SPRM bagi membuat laporan berhubung projek MyKiosk yang dikendalikan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) supaya siasatan dibuka. Timbalan Ketua Pemuda MCA, Mike Chong Yew Chuan berkata, pihaknya melahirkan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":251,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[63,207,180,206,204,230,21],"authors":[],"class_list":["post-250","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-dap","tag-kpkt","tag-mca","tag-mykiosk","tag-nga-kor-ming","tag-skandal","tag-sprm"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/250","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=250"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/250\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":252,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/250\/revisions\/252"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/251"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=250"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=250"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=250"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=250"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}