{"id":254,"date":"2025-05-21T08:54:37","date_gmt":"2025-05-21T08:54:37","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=254"},"modified":"2025-05-21T09:04:24","modified_gmt":"2025-05-21T09:04:24","slug":"fahmi-tinjau-persiapan-media-menjelang-sidang-kemuncak-asean","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/fahmi-tinjau-persiapan-media-menjelang-sidang-kemuncak-asean\/","title":{"rendered":"Fahmi tinjau persiapan media menjelang Sidang Kemuncak Asean"},"content":{"rendered":"<p>Tinggal beberapa hari lagi menjelang Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 yang akan diadakan di Kuala Lumpur.<\/p>\n<p>Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil turun meninjau persiapan di Pusat Media yang akan menempatkan petugas tempatan dan antarabangsa yang akan membuat liputan sepanjang sidang berlangsung pada 26 Mei nanti.<\/p>\n<div id=\"attachment_256\" style=\"width: 510px\" class=\"wp-caption aligncenter\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" aria-describedby=\"caption-attachment-256\" class=\"size-full wp-image-256\" src=\"https:\/\/agendadaily.my\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/WhatsApp-Image-2025-05-21-at-16.00.23-e1747817655452.jpeg\" alt=\"\" width=\"500\" height=\"333\" \/><p id=\"caption-attachment-256\" class=\"wp-caption-text\">Fahmi tiba di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).<\/p><\/div>\n<p>Ketibaan beliau disambut Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datin Paduka Nur-ul Afida Kamaludin dan Ketua Pengarang Bernama Arul Rajoo Durar Raj.<\/p>\n<p>Turut hadir Timbalan Ketua Pengarang (Perkhidmatan Berita Ekonomi) Bernama, Azlina Aziz.<\/p>\n<p>Sebagai Pengerusi dan tuan rumah ASEAN 2025, Malaysia akan menganjurkan Sidang Kemuncak ASEAN Ke-46 dan Sidang Kemuncak Berkaitan di KLCC bermula 26 hingga 27 Mei.<\/p>\n<p>Bersempena dengan persidangan itu, dua mesyuarat peringkat tinggi turut dijadualkan berlangsung iaitu Sidang Kemuncak ASEAN-Majlis Kerjasama Teluk (GCC) Ke-2 dan Sidang Kemuncak ASEAN-GCC-China, yang akan menjadi platform penting untuk memperkukuh kerjasama serantau dan antara rantau.<\/p>\n<p>Sebagai persiapan menyambut kehadiran pegawai kanan, menteri dan ketua kerajaan ke ibu negara, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menjalankan beberapa latihan dan simulasi keselamatan bagi memastikan kelancaran serta tahap keselamatan sepanjang persidangan berlangsung.<\/p>\n<p>Blok ASEAN terdiri daripada negara pengasas iaitu Malaysia, Indonesia, Singapura, Thailand dan Filipina.<\/p>\n<p>Anggota lain ialah Brunei, Laos, Vietnam, Kemboja dan Myanmar.<\/p>\n<p>Negara GCC pula merangkumi Arab Saudi, Bahrain, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Qatar, Oman dan Kuwait.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Tinggal beberapa hari lagi menjelang Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 yang akan diadakan di Kuala Lumpur. Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil turun meninjau persiapan di Pusat Media yang akan menempatkan petugas tempatan dan antarabangsa yang akan membuat liputan sepanjang sidang berlangsung pada 26 Mei nanti. Ketibaan beliau disambut Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datin [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":255,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[221,112,38,231,222],"authors":[],"class_list":["post-254","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-asean","tag-fahmi","tag-malaysia","tag-media","tag-sidang"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/254","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=254"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/254\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":262,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/254\/revisions\/262"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/255"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=254"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=254"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=254"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=254"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}