{"id":2612,"date":"2025-08-20T18:39:35","date_gmt":"2025-08-20T18:39:35","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=2612"},"modified":"2025-08-20T18:39:35","modified_gmt":"2025-08-20T18:39:35","slug":"mahkamah-keluar-gag-order-larang-dedah-prosiding-kes-zara-qairina","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/mahkamah-keluar-gag-order-larang-dedah-prosiding-kes-zara-qairina\/","title":{"rendered":"Mahkamah keluar \u2018gag order\u2019, larang dedah prosiding kes Zara Qairina"},"content":{"rendered":"<p>Mahkamah Kanak-Kanak Kota Kinabalu mengeluarkan perintah larangan (gag order) yang melarang sebarang pendedahan prosiding pendakwaan terhadap lima remaja perempuan dalam kes membabitkan kematian pelajar sekolah, Zara Qairina Mahathir.<\/p>\n<p>Hakim Elsie Primus mengeluarkan perintah tersebut setelah membenarkan permohonan daripada peguam pertahanan, Ram Singh, yang mewakili salah seorang remaja terbabit.<\/p>\n<p>Peguam Negara, Mohd. Dusuki Mokhtar, menjelaskan perintah ini dikeluarkan mengikut Seksyen 15(1) Akta Kanak-Kanak 2001 yang meletakkan sekatan ketat terhadap laporan media termasuk larangan mendedahkan identiti, alamat, institusi pendidikan atau sebarang butiran yang boleh menyebabkan kanak-kanak terbabit dikenali.<\/p>\n<p>&#8220;Mahkamah juga melarang penyiaran gambar mereka dan keluarga,&#8221; jelas Mohd. Dusuki ketika dihubungi media.<\/p>\n<p>Menurut Peguam Negara, kesemua tertuduh dibenarkan ikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin yang perlu terdiri daripada ibu atau bapa, dengan deposit RM1,000 kepada mahkamah.<\/p>\n<p>Peguam keluarga Zara Qairina, Hamid Ismail, enggan mengulas lanjut berikutan perintah larangan tersebut.<\/p>\n<p>&#8220;Kami tidak boleh memberikan sebarang komen kerana tertakluk kepada Seksyen 15 akta tersebut. Tunggu penjelasan Jabatan Peguam Negara (AGC) kerana kami tidak boleh melanggar perintah mahkamah,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Timbalan Pendakwa Raya Nor Azizah Mohamad memberitahu media bahawa umur kelima-lima remaja itu juga tidak boleh didedahkan.<\/p>\n<p>Beliau menjelaskan media hanya boleh melaporkan pertuduhan telah dibacakan, remaja terbabit mengaku tidak bersalah, dan butiran mengenai jaminan.<\/p>\n<p>Kelima-lima remaja tersebut didakwa menggunakan perkataan mencela terhadap Zara Qairina di sebuah sekolah di Papar pada 15 Julai lalu antara pukul 10 malam dan 11 malam, di bawah Seksyen 507C(1) Kanun Keseksaan.<\/p>\n<p>Mahkamah menetapkan sebutan kes pada 25 September dan 16 Oktober ini, manakala pendengaran kes akan bermula dari 8 hingga 12 Disember dan 15 hingga 19 Disember.<\/p>\n<p>Zara Qairina, 13 tahun, ditemui tidak sedarkan diri di sekolahnya pada 16 Julai dan meninggal dunia keesokan harinya di Hospital Queen Elizabeth. Kes ini telah menarik perhatian ramai dan menimbulkan perbincangan meluas mengenai isu buli di sekolah.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Mahkamah Kanak-Kanak Kota Kinabalu mengeluarkan perintah larangan (gag order) yang melarang sebarang pendedahan prosiding pendakwaan terhadap lima remaja perempuan dalam kes membabitkan kematian pelajar sekolah, Zara Qairina Mahathir. Hakim Elsie Primus mengeluarkan perintah tersebut setelah membenarkan permohonan daripada peguam pertahanan, Ram Singh, yang mewakili salah seorang remaja terbabit. Peguam Negara, Mohd. Dusuki Mokhtar, menjelaskan perintah [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":2041,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[1221,1370,314,621,1341,102,1202],"authors":[],"class_list":["post-2612","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-buli","tag-gag-order","tag-kes","tag-perbicaraan","tag-remaja","tag-sabah","tag-zara-qairina-mahathir"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/2612","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=2612"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/2612\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":2613,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/2612\/revisions\/2613"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/2041"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=2612"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=2612"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=2612"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=2612"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}