{"id":270,"date":"2025-05-22T03:00:31","date_gmt":"2025-05-22T03:00:31","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=270"},"modified":"2025-05-22T03:00:31","modified_gmt":"2025-05-22T03:00:31","slug":"tidak-timbul-soal-rombak-kabinet-selepas-pemilihan-pkr-anwar","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/tidak-timbul-soal-rombak-kabinet-selepas-pemilihan-pkr-anwar\/","title":{"rendered":"Tidak timbul soal rombak kabinet selepas pemilihan PKR: Anwar"},"content":{"rendered":"<p>Pemilihan PKR kali ini adalah satu proses pertandingan dalaman parti dan tiada kaitan dengan soal rombakan kabinet, tegas Perdana Menteri Anwar Ibrahim.<\/p>\n<p>Dia yang juga Presiden PKR berkata pertandingan jawatan dalam parti itu sepatutnya menjadi proses yang mampu memperkukuh dan merangkul semua kekuatan untuk mengukuhkan parti.<\/p>\n<p>\u201cPemilihan PKR adalah pertandingan antara sahabat-sahabat, rakan karib dan kenalan kita sendiri. Maka tidak timbul sama sekali soal berlaku perubahan kepada jemaah menteri.<\/p>\n<p>\u201cKita tidak boleh menghalang cita-cita orang lain (untuk melepaskan jawatan atau mengisi kekosongan jawatan), dia ingat kosong (kekosongan jawatan) dia mahu isi.. itu biasa.<\/p>\n<p>\u201cJika tanya saya, saya tidak ada sebarang rencana untuk lakukan apa-apa perubahan pada kabinet,\u201d katanya kepada pemberita selepas sesi taklimat bersama ketua-ketua pengarang media tempatan dan antarabangsa di Kompleks Seri Perdana, di Putrajaya malam ini.<\/p>\n<p>Dia menjawab pertanyaan berhubung hasrat penyandang Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli yang menyatakan kesediaan untuk melepaskan jawatannya sebagai Menteri Ekonomi dalam Kabinet jika dia tewas dalam pemilihan parti itu.<\/p>\n<p>Pemilihan PKR 2025 menyaksikan pertembungan satu lawan satu bagi jawatan Timbalan Presiden iaitu antara Rafizi dengan Nurul Izzah Anwar.<\/p>\n<p>Kongres Nasional PKR 2025 akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada, Johor Bahru bermula Jumaat ini dengan pengundian bagi pemilihan Majlis Pimpinan Pusat (MPP), Majlis Pimpinan Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Wanita bagi sesi 2025-2028 diadakan pada hari sama bermula 8 pagi hingga 5 petang.<\/p>\n<p>Mengulas lanjut, Anwar berkata \u2018kehangatan\u2019 pertandingan dalaman parti itu perlu dilihat secara positif dan tidak mencerminkan sebarang elemen ketidakstabilan politik negara.<\/p>\n<p>\u201cApa yang berlaku ini pertandingan merebut jawatan itu adalah politik yang stabil, ada pertandingan..tak stabil jadi diktator, tiada pertandingan\u2026kita harus lihat secara positif,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Terdahulu, Anwar meluangkan masa lebih sejam dalam sesi taklimat itu yang disertai 83 wakil media tempatan dan antarabangsa serta menjawab pelbagai persoalan berkaitan isu semasa termasuk berhubung Sidang Kemuncak Asean yang akan berlangsung hujung minggu ini.<\/p>\n<p>Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datin Paduka Nur-ul Afida Kamaludin, Ketua Pengarang Bernama Arul Rajoo Durar Raj dan Editor Eksekutif Perkhidmatan Berita Ekonomi Bernama Saraswathi Muniappan. &#8211; Bernama<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Pemilihan PKR kali ini adalah satu proses pertandingan dalaman parti dan tiada kaitan dengan soal rombakan kabinet, tegas Perdana Menteri Anwar Ibrahim. Dia yang juga Presiden PKR berkata pertandingan jawatan dalam parti itu sepatutnya menjadi proses yang mampu memperkukuh dan merangkul semua kekuatan untuk mengukuhkan parti. \u201cPemilihan PKR adalah pertandingan antara sahabat-sahabat, rakan karib dan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":271,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[13,235,14,9,18,8],"authors":[],"class_list":["post-270","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-anwar","tag-kabinet","tag-pemilihan","tag-pkr","tag-pmx","tag-rafizi"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/270","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=270"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/270\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":272,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/270\/revisions\/272"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/271"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=270"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=270"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=270"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=270"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}