{"id":2723,"date":"2025-08-24T04:57:14","date_gmt":"2025-08-24T04:57:14","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=2723"},"modified":"2025-08-24T04:57:14","modified_gmt":"2025-08-24T04:57:14","slug":"kes-saman-fitnah-sanusi-saifuddin-akan-rayu-keputusan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/kes-saman-fitnah-sanusi-saifuddin-akan-rayu-keputusan\/","title":{"rendered":"Kes saman fitnah Sanusi: Saifuddin akan rayu keputusan"},"content":{"rendered":"<p>Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail akan memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Alor Setar yang memerintahkannya membayar ganti rugi berjumlah RM670,000 kepada Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor.<\/p>\n<p>Dalam kenyataan rasmi yang dikeluarkan hari ini, Saifuddin berkata menghormati terhadap keputusan mahkamah namun menegaskan terdapat asas undang-undang yang kukuh untuk membawa kes ini ke Mahkamah Rayuan.<\/p>\n<p>&#8220;Setelah meneliti keputusan tersebut bersama pasukan guaman, saya berpendirian bahawa terdapat asas yang kukuh untuk dirayu.<\/p>\n<p>\u201cSaya telah mengarahkan peguam saya untuk segera memfailkan rayuan dan memohon penangguhan pelaksanaan keputusan sementara menunggu proses rayuan selesai,&#8221; jelasnya.<\/p>\n<p>Saifuddin mempertahankan kenyataannya yang menjadi asas tindakan mahkamah sebagai sebahagian daripada tanggungjawabnya untuk menyuarakan isu-isu kepentingan awam.<\/p>\n<p>&#8220;Segala kenyataan yang saya keluarkan adalah berasaskan tanggungjawab dalam menyuarakan isu kepentingan awam.<\/p>\n<p>\u201cSaya akan terus berpegang pada prinsip keterbukaan, integriti dan kebertanggungjawaban sebagai asas amalan demokrasi,&#8221; tegas beliau.<\/p>\n<p>Keputusan mahkamah yang dikeluarkan sebelumnya oleh Hakim Dr. John Lee Kien How @ Mohamad Johan Lee mendapati Saifuddin bersalah memfitnah Sanusi dalam dua isu berbeza iaitu berkenaan dakwaan kecurian unsur nadir bumi (REE) di Bukit Enggang, Sik dan pengurusan dana RM1.6 bilion daripada Sistem Maklumat Rekod Jalan Malaysia (Marris).<\/p>\n<p>Mahkamah memerintahkan Saifuddin membayar RM600,000 sebagai ganti rugi am dan RM70,000 untuk kos guaman.<\/p>\n<p>Beliau juga diarahkan untuk menerbitkan permohonan maaf dalam dua akhbar utama dalam tempoh 14 hari serta dilarang mengulangi kenyataan berkenaan.<\/p>\n<p>Saman fitnah ini asalnya difailkan oleh Sanusi pada 3 Ogos 2023 berikutan dua ucapan awam Saifuddin pada Julai 2023 yang didakwa mengandungi tuduhan serius terhadap Menteri Besar Kedah tersebut.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail akan memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Alor Setar yang memerintahkannya membayar ganti rugi berjumlah RM670,000 kepada Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor. Dalam kenyataan rasmi yang dikeluarkan hari ini, Saifuddin berkata menghormati terhadap keputusan mahkamah namun menegaskan terdapat asas undang-undang yang kukuh untuk membawa kes ini ke [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":1824,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[291,22,125,314,58,9,20,290,124],"authors":[],"class_list":["post-2723","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-fitnah","tag-kdn","tag-kedah","tag-kes","tag-mahkamah","tag-pkr","tag-saifuddin-nasution-ismail","tag-saman","tag-sanusi"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/2723","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=2723"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/2723\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":2724,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/2723\/revisions\/2724"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/1824"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=2723"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=2723"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=2723"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=2723"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}