{"id":2751,"date":"2025-08-25T04:59:01","date_gmt":"2025-08-25T04:59:01","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=2751"},"modified":"2025-08-25T04:59:01","modified_gmt":"2025-08-25T04:59:01","slug":"peruntukan-tambahan-rm100-juta-fokus-pembangunan-semula-gaza-fahmi","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/peruntukan-tambahan-rm100-juta-fokus-pembangunan-semula-gaza-fahmi\/","title":{"rendered":"Peruntukan tambahan RM100 juta fokus pembangunan semula Gaza: Fahmi"},"content":{"rendered":"<p>Peruntukan tambahan RM100 juta untuk membantu rakyat Palestin di Gaza akan memberi tumpuan kepada proses pembangunan semula wilayah yang musnah akibat peperangan, berbeza dengan bantuan sebelum ini yang lebih tertumpu kepada bekalan makanan.<\/p>\n<p>Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil menjelaskan perubahan pendekatan ini dibuat setelah mengambil iktibar daripada pengalaman lalu dimana bantuan makanan yang disalurkan terbazir akibat sekatan ketat rejim Zionis.<\/p>\n<p>&#8220;Kali ini fokusnya mungkin berbeza iaitu ke arah usaha membangunkan semula Gaza dan saya percaya ia boleh dilakukan dengan kerjasama rakan antarabangsa termasuk Jepun,&#8221; katanya selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Kementerian Komunikasi hari ini.<\/p>\n<p>Fahmi menegaskan bahawa kerajaan memberikan jaminan komitmen Malaysia terhadap perjuangan Palestin tidak berubah, malah diperkukuh dengan pemberian dana tambahan ini.<\/p>\n<p>&#8220;Pendirian Malaysia tentang kemerdekaan Palestin tidak berubah dan tidak ada prasyarat, ia tidak bergantung kepada keadaan,&#8221; tegasnya.<\/p>\n<p>Perdana Menteri Anwar Ibrahim telah mengumumkan peruntukan tambahan RM100 juta tersebut semasa berucap pada Malam Himpunan dan Selawat Malaysiaku Bersama Gaza di Dataran Merdeka malam tadi.<\/p>\n<p>Anwar yang juga Menteri Kewangan menegaskan ia merupakan komitmen berterusan Malaysia dalam membela nasib rakyat Palestin dan menggesa lebih banyak syarikat korporat menyumbang kepada usaha kemanusiaan ini.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Peruntukan tambahan RM100 juta untuk membantu rakyat Palestin di Gaza akan memberi tumpuan kepada proses pembangunan semula wilayah yang musnah akibat peperangan, berbeza dengan bantuan sebelum ini yang lebih tertumpu kepada bekalan makanan. Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil menjelaskan perubahan pendekatan ini dibuat setelah mengambil iktibar daripada pengalaman lalu dimana bantuan makanan yang disalurkan terbazir akibat [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":461,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[13,414,49,184,985,535,18],"authors":[],"class_list":["post-2751","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-anwar","tag-dana","tag-fahmi-fadzil","tag-komunikasi","tag-palestin","tag-peruntukan","tag-pmx"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/2751","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=2751"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/2751\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":2752,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/2751\/revisions\/2752"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/461"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=2751"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=2751"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=2751"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=2751"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}