{"id":2755,"date":"2025-08-25T09:48:16","date_gmt":"2025-08-25T09:48:16","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=2755"},"modified":"2025-08-25T09:48:26","modified_gmt":"2025-08-25T09:48:26","slug":"rmk-13-anwar-tegaskan-agihan-peruntukan-berdasarkan-keperluan-secara-saksama","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/rmk-13-anwar-tegaskan-agihan-peruntukan-berdasarkan-keperluan-secara-saksama\/","title":{"rendered":"RMK-13: Anwar tegaskan agihan peruntukan berdasarkan keperluan secara saksama"},"content":{"rendered":"<p>Perdana Menteri Anwar Ibrahim menegaskan agihan peruntukan pembangunan kepada semua kaum dilaksanakan secara adil dan saksama melalui Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13), tanpa menjadikan isu kaum sebagai polemik.<\/p>\n<p>Dalam pembentangan usul RMK13 di Dewan Negara hari ini, Anwar menekankan komitmen kerajaan Madani untuk memastikan setiap kelompok masyarakat termasuk Melayu, Cina, India, bumiputera Sabah dan Sarawak, Orang Asli, wanita, OKU dan belia menerima manfaat berdasarkan keperluan masing-masing.<\/p>\n<p>&#8220;Saya sangat tidak senang dengan polemik sedemikian kerana ia memberikan gambaran seolah-olah sesuatu kaum sudah selesa. Jangan pertikai apabila sesuatu kaum menerima manfaat lebih tinggi kerana ia berdasarkan keperluan, bukan kaum,&#8221; ujarnya.<\/p>\n<p>Beliau memberikan contoh agihan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang menunjukkan 57 peratus penerima adalah Melayu, Bumiputera Sabah (7.57%) dan Bumiputera Sarawak (6.23%).<\/p>\n<p>Masyarakat India pula menerima bantuan melalui pelbagai saluran termasuk STR, SARA dan jaminan perumahan bernilai RM2.5 bilion.<\/p>\n<p>Anwar turut menggariskan sembilan prakarsa utama RMK13 yang merangkumi pemerkasaan sosial berteraskan insan Madani, penanganan kos sara hidup, pemerataan ekonomi, pemulihan pendidikan, perumahan rakyat, pembangunan wilayah, daya saing industri, teknologi kecerdasan buatan serta perkhidmatan kerajaan yang telus.<\/p>\n<p>Beliau menekankan bahawa RMK13 bukan sekadar dokumen perancangan tetapi pelan tindakan yang dipantau secara berterusan.<\/p>\n<p>Pencapaian membanggakan termasuk 1,177 sekolah daif berjaya dinaik taraf setakat Jun lalu dan pembinaan 102 sekolah baharu dalam tempoh dua hingga tiga tahun kebelakangan.<\/p>\n<p>Perdana Menteri juga menyentuh inisiatif peningkatan pendapatan melalui kenaikan gaji minimum kepada RM1,700, gaji progresif pekerja swasta dan pelaksanaan SSPA dengan perbelanjaan tambahan RM10 bilion tahun ini dan RM18 bilion tahun depan.<\/p>\n<p>&#8220;Buat pertama kali dalam sejarah, GLC menetapkan gaji minimum RM3,100. Ini contoh yang diharap akan diikuti syarikat swasta,&#8221; ujarnya.<\/p>\n<p>Anwar turut menekankan pentingnya pemuliharaan warisan negara melalui projek seperti pemulihan Bangunan Sultan Abdul Samad, Dataran Merdeka dan Stesen Keretapi Kuala Lumpur dengan peruntukan RM1 bilion melalui Khazanah.<\/p>\n<p>Beliau memohon Dewan Negara meluluskan RMK13 bagi tempoh 2026-2030 yang bertemakan &#8216;Melakar Semula Pembangunan&#8217; untuk meningkatkan potensi ekonomi dan kesejahteraan rakyat secara menyeluruh.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Perdana Menteri Anwar Ibrahim menegaskan agihan peruntukan pembangunan kepada semua kaum dilaksanakan secara adil dan saksama melalui Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13), tanpa menjadikan isu kaum sebagai polemik. Dalam pembentangan usul RMK13 di Dewan Negara hari ini, Anwar menekankan komitmen kerajaan Madani untuk memastikan setiap kelompok masyarakat termasuk Melayu, Cina, India, bumiputera Sabah dan Sarawak, Orang [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":2100,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[13,287,285,18,719],"authors":[],"class_list":["post-2755","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-anwar","tag-kewangan","tag-madani","tag-pmx","tag-rmk-13"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/2755","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=2755"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/2755\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":2757,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/2755\/revisions\/2757"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/2100"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=2755"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=2755"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=2755"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=2755"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}