{"id":2758,"date":"2025-08-25T09:53:50","date_gmt":"2025-08-25T09:53:50","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=2758"},"modified":"2025-08-25T09:53:50","modified_gmt":"2025-08-25T09:53:50","slug":"najib-tidak-terlibat-dalam-konspirasi-src-kata-peguambela","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/najib-tidak-terlibat-dalam-konspirasi-src-kata-peguambela\/","title":{"rendered":"Najib tidak terlibat dalam konspirasi SRC, kata peguambela"},"content":{"rendered":"<p>Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mendengar hujahan tiada bukti yang mengaitkan Najib Razak dengan dakwaan penyalahgunaan dana SRC International Sdn. Bhd. dan sebarang kesalahan merupakan hasil konspirasi pengarah-pengarah syarikat tersebut.<\/p>\n<p>Peguambela Najib, Muhammad Farhan Muhammad Shafee berhujah jika wujud konspirasi, ia dilakukan antara ahli perniagama dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif SRC International, Nik Faisal Ariff Kamil, dengan bantuan pengarah lain tanpa penglibatan Najib.<\/p>\n<p>&#8220;Jho Low mempunyai agendanya sendiri dan memanfaatkan bukan sahaja SRC International malah 1Malaysia Development Berhad (1MDB) untuk mengaut kekayaan peribadi.<\/p>\n<p>\u201cDia mempunyai ejen seperti Nik Faisal untuk melaksanakan rancangannya,&#8221; hujah peguam tersebut.<\/p>\n<p>Muhammad Farhan menegaskan tindakan ini dilakukan tanpa pengetahuan Najib, dan kehadiran bekas Perdana Menteri itu sebenarnya akan mengekang perbuatan mereka.<\/p>\n<p>&#8220;Dalam undang-undang, seseorang hanya boleh dipertanggungjawabkan terhadap konspirasi jika terlibat secara langsung.<\/p>\n<p>\u201cKami menggesa mahkamah supaya tidak membiarkan penipuan yang dilakukan oleh orang lain mencipta &#8216;liabiliti kambing hitam&#8217; tanpa bukti,&#8221; tegasnya.<\/p>\n<p>Mahkamah ketika ini sedang mendengar penghujahan kes saman SRC International terhadap Najib dan Nik Faisal yang difailkan pada Mei 2021 oleh pengurusan baharu syarikat tersebut.<\/p>\n<p>Plaintif menuntut deklarasi mahkamah bahawa Najib bertanggungjawab atas kerugian RM42 juta yang dialami syarikat akibat pelanggaran tugas dan amanah, serta menuntut bayaran balik jumlah tersebut.<\/p>\n<p>Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Ahmad Fairuz Zainol Abidin dijadualkan bersambung pada 24 September ini untuk penghujahan seterusnya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mendengar hujahan tiada bukti yang mengaitkan Najib Razak dengan dakwaan penyalahgunaan dana SRC International Sdn. Bhd. dan sebarang kesalahan merupakan hasil konspirasi pengarah-pengarah syarikat tersebut. Peguambela Najib, Muhammad Farhan Muhammad Shafee berhujah jika wujud konspirasi, ia dilakukan antara ahli perniagama dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low dan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":716,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[123,959,287,121,230,501],"authors":[],"class_list":["post-2758","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-1mdb","tag-jho-low","tag-kewangan","tag-najib","tag-skandal","tag-src"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/2758","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=2758"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/2758\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":2759,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/2758\/revisions\/2759"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/716"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=2758"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=2758"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=2758"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=2758"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}