{"id":2780,"date":"2025-08-26T08:19:50","date_gmt":"2025-08-26T08:19:50","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=2780"},"modified":"2025-08-26T08:19:50","modified_gmt":"2025-08-26T08:19:50","slug":"polis-siasat-pelajar-tingkatan-tiga-cedera-parah-jatuh-dari-asrama-di-sabak-bernam","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/polis-siasat-pelajar-tingkatan-tiga-cedera-parah-jatuh-dari-asrama-di-sabak-bernam\/","title":{"rendered":"Polis siasat pelajar tingkatan tiga cedera parah jatuh dari asrama di Sabak Bernam"},"content":{"rendered":"<p>Seorang pelajar lelaki tingkatan tiga berada dalam keadaan kritikal selepas dipercayai terjatuh dari tingkat tiga asrama sebuah sekolah di daerah Sabak Bernam dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 2 pagi tadi.<\/p>\n<p>Ketua Polis Selangor, Shazeli Kahar, mengesahkan pihaknya telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001 berhubung insiden tersebut.<\/p>\n<p>&#8220;Siasatan sedang dijalankan dari pelbagai sudut termasuk aspek keselamatan pelajar, pengurusan asrama, serta latar belakang sosial mangsa dan persekitarannya,&#8221; jelas Shazeli dalam kenyataan rasmi.<\/p>\n<p>Beliau menegaskan bahawa sebarang spekulasi mengenai punca kejadian, termasuk dakwaan wujudnya unsur buli, adalah terlalu awal untuk dibuat dan boleh mengganggu proses siasatan.<\/p>\n<p>Mangsa yang mengalami kecederaan parah termasuk patah rahang, pendarahan otak dan kecederaan paru-paru, kini ditempatkan di unit rawatan rapi hospital dan masih dalam keadaan tidak sedar.<\/p>\n<p>Menurut laporan, keluarga mangsa hanya dimaklumkan tentang kejadian tersebut kira-kira dua jam selepas insiden berlaku, iaitu sekitar jam 4 pagi.<\/p>\n<p>Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, mengumumkan pengetua, penolong kanan hal ehwal murid, dan semua warden sekolah tersebut telah ditempatkan sementara di Jabatan Pendidikan Negeri Selangor sehingga siasatan selesai.<\/p>\n<p>&#8220;Kementerian akan menjalankan siasatan dalaman bagi meneliti semua aspek pematuhan SOP di sekolah. Saya akan memastikan siasatan dijalankan secara terperinci termasuk dakwaan buli,&#8221; tegas Fadhlina.<\/p>\n<p>Kejadian ini berlaku selepas insiden kematian pelajar tingkatan satu, Zara Qairina Mahathir, yang meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth I pada 17 Julai lalu setelah ditemui tidak sedarkan diri dalam longkang berhampiran asrama sekolah agamanya di Papar.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Seorang pelajar lelaki tingkatan tiga berada dalam keadaan kritikal selepas dipercayai terjatuh dari tingkat tiga asrama sebuah sekolah di daerah Sabak Bernam dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 2 pagi tadi. Ketua Polis Selangor, Shazeli Kahar, mengesahkan pihaknya telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001 berhubung insiden tersebut. &#8220;Siasatan sedang dijalankan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":394,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[1442,1221,1084,43,773,1443,96,1444],"authors":[],"class_list":["post-2780","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-asrama","tag-buli","tag-jatuh","tag-pdrm","tag-pelajar","tag-sabak-bernam","tag-selangor","tag-shazeli-kahar"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/2780","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=2780"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/2780\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":2781,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/2780\/revisions\/2781"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/394"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=2780"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=2780"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=2780"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=2780"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}