{"id":2782,"date":"2025-08-26T08:25:39","date_gmt":"2025-08-26T08:25:39","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=2782"},"modified":"2025-08-26T08:27:58","modified_gmt":"2025-08-26T08:27:58","slug":"lokman-kena-minta-maaf-kepada-akmal-gesa-pemuda-umno-sabah","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/lokman-kena-minta-maaf-kepada-akmal-gesa-pemuda-umno-sabah\/","title":{"rendered":"Lokman kena minta maaf kepada Akmal, gesa Pemuda UMNO Sabah"},"content":{"rendered":"<p>Pemuda UMNO Sabah menggesa Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Lokman Noor Adam, agar membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Ketua Pemuda, Dr. Muhamad Akmal Saleh.<\/p>\n<p>Menurut Ketuanya, Sufian Abd Karim, gesaan itu dibuat berikutan tuduhan yang dikemukakan oleh Lokman terhadap Akmal kononnya ingin menaikkan bekas naib presiden UMNO, Hishammuddin Hussein sebagai perdana menteri.<\/p>\n<p>Sufian menegaskan tuduhan tersebut adalah sangat berat dan serius, malah boleh diklasifikasikan sebagai mempunyai niat jahat untuk menjatuhkan reputasi dan maruah Akmal.<\/p>\n<p>Beliau juga menambah bahawa sekiranya tiada permohonan maaf yang dibuat oleh Lokman, Pemuda UMNO Sabah tidak akan teragak-agak untuk memohon kepada pimpinan tertinggi parti agar kes tersebut dibawa ke Jawatankuasa Disiplin parti kerana didakwa telah melanggar Perlembagaan Parti di bawah Fasal 20.9.<\/p>\n<p>\u201cJika tiada sebarang permohonan maaf yang dilakukan oleh beliau kepada Dr. Muhamad Akmal, maka Pemuda UMNO Sabah tidak akan teragak-agak untuk memohon kepada pimpinan tertinggi parti agar beliau dikemukakan ke Jawatankuasa Disiplin parti kerana telah melanggar Perlembagaan Parti Fasal 20.9,\u201d katanya dalam kenyataan.<\/p>\n<p>Isu ini tercetus ekoran tularnya sebuah klip video temu bual Lokman di media sosial yang memaparkannya secara sengaja menggelar Akmal sebagai \u2018Ketua Pemuda H2O\u2019 dan menuduhnya mempunyai agenda tersembunyi untuk menyokong Hishammuddin sebagai perdana menteri.<\/p>\n<p>Dalam pada itu, Sufian turut menekankan Pemuda UMNO Sabah sangat membantah sebarang bentuk budaya tidak sihat seperti memfitnah dan menyerang pemimpin parti secara terbuka.<\/p>\n<p>Beliau menyeru agar semua pihak bekerjasama membendung perbuatan tersebut bagi mengelakkan berlakunya perpecahan dalam kalangan ahli parti.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Pemuda UMNO Sabah menggesa Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Lokman Noor Adam, agar membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Ketua Pemuda, Dr. Muhamad Akmal Saleh. Menurut Ketuanya, Sufian Abd Karim, gesaan itu dibuat berikutan tuduhan yang dikemukakan oleh Lokman terhadap Akmal kononnya ingin menaikkan bekas naib presiden UMNO, Hishammuddin Hussein sebagai perdana menteri. Sufian [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":2652,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[120,1390,629,1389,171,102,1445],"authors":[],"class_list":["post-2782","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-akmal-saleh","tag-h20","tag-hishammuddin-hussein","tag-lokman-adam","tag-pemuda","tag-sabah","tag-sufian-abd-karim"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/2782","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=2782"}],"version-history":[{"count":9,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/2782\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":2791,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/2782\/revisions\/2791"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/2652"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=2782"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=2782"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=2782"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=2782"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}