{"id":2819,"date":"2025-08-27T07:41:04","date_gmt":"2025-08-27T07:41:04","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=2819"},"modified":"2025-08-27T07:41:11","modified_gmt":"2025-08-27T07:41:11","slug":"tuduh-akmal-ejen-h20-pemuda-umno-n-sembilan-pula-gesa-lokman-minta-maaf","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/tuduh-akmal-ejen-h20-pemuda-umno-n-sembilan-pula-gesa-lokman-minta-maaf\/","title":{"rendered":"Tuduh Akmal ejen \u2018H20\u2019, Pemuda UMNO N. Sembilan pula gesa Lokman minta maaf"},"content":{"rendered":"<p>Pemuda UMNO Negeri Sembilan mendesak Lokman Noor Adam agar memohon maaf secara terbuka kepada Dr. Akmal Saleh, berikutan kenyataan yang didakwa merendahkan martabat dan jawatannya.<\/p>\n<p>Ketua Pemuda Negeri Sembilan tersebut, Mohamad Fadil Md Zin membidas kenyataan Lokman sebelum ini yang menyifatkan Ketua Pemuda UMNO itu sebagai \u2018Ketua Pemuda H2O\u2019 dan menegaskan tuduhan sedemikian adalah serius, berniat jahat, dan jelas bertujuan menjatuhkan reputasi ketua mereka.<\/p>\n<p>\u201cPemuda UMNO Negeri Sembilan memohon beliau supaya menghentikan kenyataan yang menjurus kepada serangan terhadap kepimpinan UMNO terutamanya kepada Dr Akmal dan perlu membuat permohonan maaf secara terbuka.<\/p>\n<p>\u201cPertuduhan yang dibuat adalah amat serius dan dilihat seolah-olah berniat jahat serta ingin menjatuhkan reputasi Ketua Pemuda UMNO Malaysia,\u201d katanya menerusi satu kenyataan.<\/p>\n<p>Mohamad Fadil berkata sekiranya permohonan maaf terbuka tidak dilakukan, pimpinan tertinggi parti wajib membawa individu terbabit untuk berhadapan dengan Jawatankuasa Disiplin Parti kerana didakwa melanggar Perlembagaan Parti di bawah Fasal 20.9.<\/p>\n<p>\u201cSeandainya tiada permohonan maaf secara terbuka dilakukan beliau kepada Dr Akmal maka Pemuda UMNO Negeri Sembilan memohon supaya pimpinan tertinggi parti perlu membawa beliau ke Jawatankuasa Displin Parti kerana telah melanggar Perlembagaan Parti Fasal 20.9,\u201d ujarnya lagi.<\/p>\n<p>Mohamad Fadil turut menggesa semua pihak menolak sebarang bentuk perbalahan dalaman, memandangkan musuh parti hanya menunggu peluang untuk melihat pemimpin UMNO bermusuhan antara satu sama lain.<\/p>\n<p>Tindakan tegas perlu diambil bagi memastikan budaya negatif ini tidak berulang dan menjadi kebiasaan pada masa akan datang.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Pemuda UMNO Negeri Sembilan mendesak Lokman Noor Adam agar memohon maaf secara terbuka kepada Dr. Akmal Saleh, berikutan kenyataan yang didakwa merendahkan martabat dan jawatannya. Ketua Pemuda Negeri Sembilan tersebut, Mohamad Fadil Md Zin membidas kenyataan Lokman sebelum ini yang menyifatkan Ketua Pemuda UMNO itu sebagai \u2018Ketua Pemuda H2O\u2019 dan menegaskan tuduhan sedemikian adalah serius, [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":2652,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[120,1390,629,1389,1459,1154,171,146],"authors":[],"class_list":["post-2819","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-akmal-saleh","tag-h20","tag-hishammuddin-hussein","tag-lokman-adam","tag-mohamad-fadil-md-zin","tag-negeri-sembilan","tag-pemuda","tag-umno"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/2819","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=2819"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/2819\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":2820,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/2819\/revisions\/2820"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/2652"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=2819"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=2819"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=2819"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=2819"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}